Saturday 24 September 2011

Norman Hakim sah bernikah dengan Memey



 pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.
Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.
Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.
Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Friday 16 September 2011

Paling panas! Hassan Ali sertai UMNO?

Ketika entri ini dituliskan khabaran sedang hangat dari sumber dalaman PAS mengenai Hassan Ali exco Kerajaan Selangor dikatakan akan menyertai UMNO. Berita rasmi dan kesahihan belum dapat disahkan. Menurut sumber  Hassan akan mengishtiharkan dirinya sebagai bebas dan mesra Umno/BN terlebih dahulu.

berita lanjut bakal menyusul.

PM Bangladesh akui rakyatnya mudah dapat PR Malaysia asal mengundi kerajaan

 
Mengikut laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara Bangladesh www.ngoab.gov.bd  Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengakui pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.


Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Thursday 15 September 2011

PM umum mansuhkan ISA dan undang-undang lain


"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," kata Perdana Menteri Najib Razak dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.
Gubal dua undang-undang baru
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. 

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. 

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tegasnya.

Jamil Khir guna wang sendiri


NONE“Wallahi, saya tak ambil duit zakat, Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Wang yang digunakan untuk mengubahsuai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 .itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera,

Wednesday 14 September 2011

Rumah mewah jutaan ringgit milik menteri Jamil Khir



Keraguan timbul apabila menteri Agama Jamil Khir yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.



Tuesday 13 September 2011

Ratu cantik dunia yang tak cantik

Miss Angola, Leila Lopes, (kiri), dinobatkan sebagai Miss Universe 2011 di Sao Paulo, Brazil pada Isnin (waktu tempatan). foto - AP

Monday 12 September 2011

Bekas Ketua CID PDRM akui bukti terhadap kes Anwar dipalsukan


Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim melalui satu surat terbuka kepada Ketua Polis Negara TS Ismail Omar mendakwa;
“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.
Menurut Mat Zain, Musa  dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini. 

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka 
berdua,” katanya dalam surat itu.

Mat Zain mendakwa beliau berani membuat pendedahan itu kerana terlibat secara langsung dalam kes Fitnah ’98.
“Saya bertemu dan berinteraksi dengan watak-watak utama dalam perkara ini, termasuk Mahathirlah, Gani, Musa dan Anwar, selain pesuruhjaya dalam Suruhanjaya
Diraja Siasatan dalam insiden mata lebam” kata beliau .Dalam surat sama, Mat Zain mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam berlangsung.
“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.

cukai 6% prepaid (telco) diteruskan langgar arahan kerajaan

Mulai awal pagi ini syarikat Maxis menghantar pesanan SMS kepada seluruh pelanggannya pemberitahuan mengenai caj 6% akan di kenakan mulai 15/9/11.
Sementara Bernama melaporkan Kementerian Penerangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan
ppp supreme council pc maytower 111208 maglin d cruzTimbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata "Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi..

Friday 9 September 2011

Imej Najib dan Kerajaan Malaysia merosot akui Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.
Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.
Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar)berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.
“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib.
“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.
Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.
Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.
Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.
“Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.
Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.
“Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa

Wednesday 7 September 2011

siapa mat indera dengan Ts muhyidin yassin


Muhammad Indera, bukan sahaja pernah menjadi murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi juga hampir menikah dengan anak perempuan ulama tersohor di Johor itu.
Perkara itu dipetik pada satu pertemuan bersama adik bongsu Mat Indera, Johan Indera di rumahnya di Yong Peng, Johor baru-baru ini oleh blog wargamarhaen.blogspot.
Menurut Johan atau mesra dipanggil pak Johan, Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin yang amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar.
Menurut blogger berkenaan, Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bahawa Mat Indera pernah berkawan dengan  Noraini Yassin yang  juga kakak kepada Muhyiddin.
“Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya (Mat Indera) kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor,” tulis blogger itu.
Selain Haji Yassin, Mat Indera juga pernah berguru dengan Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Menurut Pak Johan, ia menjadi faktor Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera ditangkap penjajah British.
Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.
“(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis,” ujarnya di laman sosial Facebook turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya Indera anak kedua daripada lapan adik beradik dan ibunya meninggal ketika Johan berusia dua tahun.
Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya juga dikatakan diseksa oleh British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
British juga menawarkan wang sebanyak $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk menangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut, sebaliknya pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu yang bernama Yusof Rono.
Beliau yang tidak pernah berkahwin digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama selepas dihukum mati oleh British.
Salasilah keluarganya dikatakan berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.
Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

tambah panas

Followers