Monday 30 January 2012

Saksi dakwa dipaksa Pengerusi NFC untuk cuba merasuah polis

Suami kepada ketua wanita Umno, Datuk Mohamed Salleh Ismail yang juga merupakan pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) memaksa ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail untuk merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.


Datuk Shamsubahrin Ismail membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC."Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."ujar beliau.


Naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.
NONE
"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya.


 Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Kes Qazaf: Peguam Anwar tidak puashati keputusan Mahkamah syariah

Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok yang mewakili Datok Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan keputusan hakim memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf  bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur.


“Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.
“Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman,” kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah, lapor Malaysiakini

Bukit Aman nafi Ketua Polis Negara meninggal dunia

Polis Diraja Malaysia hari ini menafikan hebahan palsu bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia di London.

Dalam laman Facebook, Bukit Aman berkata tindakan itu dipercayai disebarkan pihak tertentu yang berniat jahat.

“Beliau dalam keadaan baik dan berada di sana bagi lawatan kerja bersama Polis United Kingdom,” petik tulisan di laman Facebook itu.


Ismail berada di London bagi mengembangkan lagi kerjasama rangkaian di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi perisikan MI5 dan MI6 United Kingdom.

PM perlu jelaskan kontrak 'istimewa' lebuh raya

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Najib perlu juga menjelaskan kepada rakyat berhubung “tawaran istimewa” yang diberikan kepada Europlus, termasuk pemberian konsesi selama 60 tahun dan RM2.24 bilion dalam bentuk pinjaman mudah.
pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan eng 
Katanya, pembinaan lebuhraya sepanjang 316km itu adalah permulaan kepada satu lagi skandal yang akan menyebabkan penderitaan rakyat lebih perit.

“DAP berasa curiga kenapa Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan kebertanggungjawab awam,” kata Lim dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya rakyat perlu tahu dengan jelas tentang projek yang dianugerahkan kepada Europlus itu, termasuk pemberian subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah.

Katanya Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri perlu memastikan tujuh persoalan berikut dijawab:

1.Adakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?

2. Kenapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?

3. Bagaimanakah kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia (dan kedua paling lama selepas perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960-an)?

4. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4 peratus serta subsidi faedah 3 peratus untuk pinjaman komersial selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.

5. Kenapa perlu kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?

6. Kenapa kos lebuh raya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km?

7. Jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu bermakna beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi beliau hingga ke cucu-cicitnya.

“Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan Maha Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia,” katanya lagi.

kerajaan tipu harga gula?

Kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.
"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri  lsmail Sabri Yaakob.
dap scholarship fund pc 130607 tony pua"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri) dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung.

Saturday 28 January 2012

Rayuan pembunuh Altantuya

Rayuan dua pengawal peribadi dalam unit elit polis Malaysia yang dijatuhi hukuman mati dua tahun  lalu selepas didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, dijadual ke Mahkamah Rayuan bulan depan.

altantuya razak baginda murder 110707 sirul escortedRayuan itu akan dikemukakan untuk pengurusan kes di mana
mahkamah akan menetapkan tarikh pendengarannya.

Dua pengawal peribadi tersebut ialah Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kanan).

Azilah dan Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi dalam unit polis elit yang diselia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

Saksi skandal NFC dalam bahaya?

Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang didakwa atas tuduhan menipu baru-baru ini berada dalam keadaan tidak selamat dan perlukan perlindungan sepenuhnya.

Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dalam sidang media hari ini mendakwa, Samsubahrin yang merupakan saksi utama dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan didakwa atas dua pertuduhan menipu dilihat menjadi "kambing hitam" kepada skandal tersebut bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

"Apa yang kita lihat sekarang Samsubahrin telah dianiayai oleh pihak tertentu bagi menutup kepincangan yang berlaku di dalam NFC, malah beliau juga telah dijadikan 'kambing hitam' bagi menanggung kesalahan yang dilakukan oleh orang lain," jelasnya.

Baru-baru ini, Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Baru-baru ini, Pengerusi NFC mendakwa, bekas kakitangannya adalah antara pihak yang terlibat membocorkan rahsia NFC.

Dalam sidang media hari ini, Zuraida memberitahu, sewaktu Samsubahrin diminta untuk menghuraikan segala kucar kacir di dalam akaun NFC, pihak NFC berharap beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya tetapi Samsubahrin tidak bertindak seperti apa yang mereka kehendaki.

"Melihat kepada tindakan Samsubahrin yang tidak mahu mengikut seperti apa yang dikehendaki, mereka mula memerangkap beliau dengan tuduhan-tuduhan menipu.

"Kami beranggap Samsubahrin adalah saksi yang penting dan kita mengharapkan keselamatan beliau dapat dijaga serta diberi perlindungan sepenuhnya.

"Sebab itulah kita akan membuat pendedahan seterusnya agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dan saya pasti pihak berkepentingan akan melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak ketahui," sambungnya lagi.


Sengaja diperangkap

Sementara itu, Peguam N. Surendran yang mewakili Samsubahrin memberitahu beliau mempunyai banyak maklumat berkaitan NFC dan pihak tertentu telah bertindak dengan tuduhan menipu dengan harapan Samsubahrin dapat berdiam diri dari membuat sebarang pendedahan.
(Gambar: Zuraidah ketika bertemu dengan Samsulbahrin di katil hospital.. semangatnya kental)

"Apa yang kita lihat hari ini adalah suatu yang pelik telah berlaku di mana dalam tempoh ini terdapat dua pertuduhan dikenakan terhadap anak guam saya,  Samsubahrin, iaitu yang pertama dari Mahkamah Klang dan yang kedua pula dari Mahkamah Majistret Shah Alam.

"Beliau tidak mengaku salah keatas kedua-dua tuduhan tersebut dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM9 ribu dan RM2 ribu dan sebutan akan dilakukan pada 27 Februari di Mahkamah Klang manakala pada 1 Mac di Shah Alam," jelasnya.

Tambahnya lagi, melihat kepada apa yang berlaku sekarang ini, ia adalah bermotifkan politik bagi melindungi seseorang.

"Samsubahrin akan membuat laporan polis untuk kali pertama kerana sebelum ini beliau tidak mengetahui apa yang berlaku dan atas alasan tersebut kita telah meminta hakim membenarkan beliau membuat laporan polis terhadap apa yang sebenarnya belaku.

"Hakim dari Mahkamah Klang telah membenarkan beliau membuat laporan dan sekarang pihak polis sedang mengambil laporan darinya, setelah laporan tersebut siap kita (PKR) akan membuat pendedahan mengenai apa yang terkandung dalam laporan tersebut," katanya.

N.Surendren berkata,  melihat kepada pertuduhan tersebut ia hanyalah melibatkan kes sivil sahaja dan tidak ada langsung unsur jenayah.

"Ini adalah kes fitnah kerana ia dilihat sebagai cubaan mengganggu tertuduh (Samsubahrin) dan berharap tertuduh berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya mahukan jawapan dari Peguam Negara mengapa kuasa pendakwaan disalahguna seperti ini untuk bertindak menyerang Samsubahrin, adakah kerana beliau mengetahui segala rahsia yang berlaku di dalam NFC," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau percaya ini adalah penganiayaan yang amat serius berlaku terhadap Samsubahrin dan ada pihak yang ingin menutup kes tersebut maka serangan demi serangan dilakukan terhadapnya.

Sebelum itu, beliau yang sepatutnya berada di Penjara Sungai Buloh tetapi dimasukan ke hospital bagi mendapat rawatan untuk penyakit kencing manis dan jantung.

Latheefa Koya juga turut bertindak mewakili Samsubahrin dalam kes tersebut.

Friday 27 January 2012

Datuk T akan dedah satu lagi video Anwar yang lebih dasyat

Sekumpulan tiga orang datuk gila seks yang menggelarkan mereka sebagai Datuk T akan mendedahkan sebuah lagi video seks Anwar Ibrahim yang lebih dahsyat.
Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu -Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
datuk t charged 240611 shuib lazim

Thursday 26 January 2012

Rasullulah tokoh seks suci Islam - Kelab Taat Suami

Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran  Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.
Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.
Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”
“Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.
“Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.
Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.
“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita,” jawabnya.
Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti “seks suci” antara suami isteri.
“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.
“Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” katanya.
Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk  “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”
Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.
Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.
Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang.

Wednesday 25 January 2012

Rusuhan Jln Kebun: 6 budak-budak sekolah ditahan polis, budak gemok ketua samseng belum lagi

Seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan  dua orang pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur ditahan polis Shah Alam untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.


Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini. Mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.


Menurut  Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob,  mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.
Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disunting dalam Youtube Malaysiakini.

Sementara itu NONEPesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Kenyataan Polis bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

Bagaimanapun keadaan sebenar berlaku kecedaraan fizikal seorang pemuda India yang dibelassah teruk menggunakan topi keledar dan kayu dan dikejarkan keHospital Pakar Sentosa, Klang. Manakala beberapa kerusi dewan dan peralatan di rosakkan. Gerai penjaja juga dilaporkan dimusnahkan oleh penyerang tersebut.

betul! cerita benar!

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Andrew Hornery kolumnis Sydney Morning Herald  dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.- malaysiakini

Monday 23 January 2012

wajah ketua samseng jalan kebun yang merosak dan membuat kacau diceramah (ABU) Asal Bukan Umno/ Hindrafdikenali

Kekecohan yang dimulakan oleh sekumpulan pemuda  diketuai seorang pemuda (gambar dibawah) yang menyerang dan  menggangu program ceramah A.B.U (asal bukan Umno)/ Hindraf di Dewan MBSA Seksyen 30 Jalan Kebun Shah Alam pada 21/01/12. Dalam kejadian tersebut beberapa orang cedera dibelasah oleh sekumpulan pemuda tersebut menggunakan kayu dan topi keledar. Seorang dilaporkan cedera parah dan dimasukkan keHospital Sentosa Medical Center.
Dari rakaman video jelas kelihatan nombor plate motorsikal yang mereka tunggangi, antaranya BLK 6537  BLK 6423 dan BLH 4761.




Lihat sedutan video kejadian tersebut.

 

Saturday 21 January 2012

Gambar Ally Iskandar nikah dengan Farah Lee

farahleekawinally11farahleekawinally8farahkawinlagi3[8]Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 menamatkan zaman bujangnya hari ini dengan menikahi pasangannya iaitu Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Binti Romli merupakan penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan.farahleekawinally10farahleekawinally7

Friday 20 January 2012

Alfatihah - Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia

izwan pilus meninggal duniagambar terakhir Allahyarham..
Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya).
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.izwan pilus meninggal dunia
Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Peguam Negara akhirnya "last minute" failkan rayuan kes liwat anwar

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.


Sementara itu, menulis dalam blognya, Saiful berkata, dia bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Saiful Bukhari Azlan (liwart) terdesak

Mohd Saiful Bukhari Azlan terpaksa menghantar surat rasmi memandangkan pihaknya belum mendapat maklum balas daripada Abdul Ghani berkenaan notis rayuan tersebut. Beliau menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebas Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu.Surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.
Peguam Negara mempunyai masa sehingga hari ini untuk memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu
    

Gembira dan teruja dapat saman

Pengarah Starategi PKR, Mohd Rafizi Ramli(gambar) berkata, saman daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya berhubung pendedahan isu NFC sememangnya ditunggu-tunggu.
 
Katanya, ia kerana mereka mahu menggunakan peluang mahkamah untuk terus mendedahkan secara lanjut dakwaan penyelewengan dalam projek NFC tersebut.
eliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

Sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.

"Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus
membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah," katanya lagi.

Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah
tentu beliau mampu membayarnya.

"Jika pimpinan Umno seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan
mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya.

Hot Fm: Panggilan hangit dihenti takut kena saman

Panggilan Hangit kendalian Fara Fauzana dan Faizal Ismail merupakan sebuah segmen yang diwujudkan untuk ‘memerangkap’ orang ramai apabila deejay bertugas akan membuat panggilan kepada individu tertentu dengan topik yang telah dirancang dengan tujuan untuk 'mengenanya'
.
Difahamkan seorang artis wanita veteran popular dikatakan berang selepas terperangkap dalam segmen berkenaan menyebabkan dia membuat aduan kepada pihak atasan stesen tersebut selain bercadang mengambil tindakan mahkamah.



Pada pagi Khamis, pengumuman ringkas mengenai keputusan untuk menamatkan segmen itu telah dibuat oleh Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG melalui program AM krew.
Antara artis yang pernah terkena dengan Panggilan Hangit ialah Lisa Surihani, Tomok, Jaclyn Victor, Wardina Safiyyah, Fauziah Ahmad Daud, Karam Singh Walia, Intan Ladyana, Akim dan Stacy.
Stesen radio Hot FM menolak dakwaan terpaksa menghentikan segmenPanggilan Hangit selepas mendapat bantahan daripada seorang artis yang kurang senang dengan rancangan tersebut.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, penamatan segmen itu tiada kaitan dengan dakwaan tersebut tetapi sebaliknya stesen itu ingin melakukan perubahan sempena tahun 2012.

Penyanyi rock Awie kena santau


Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.
Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya 

Thursday 19 January 2012

Shahrizat Saman Zuraida, Rafizi RM100 Juta


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Khamis memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Saman tersebut difailkan peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.
Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta.
Menerusi writ saman tersebut, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno memohon perintah injuksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang pernyataan atau kenyataan secara bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Azwan Ali berdamai dengan Umi Hafilda - lafaz ikrar sumpah sayangi umi

BEKAS pengacara televisyen, Azwan Ali (kanan) bersama Ummi Hafilda Ali memegang akuan ikrar dan bersumpah yang dibuat Azwan ketika mengadakan sidang media berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap adiknya itu di Kuala Lumpur, Rabu. Foto BERNAMA. 

“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan... Sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
Polis pada Jumaat lalu menahan Azwan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda.
Dalam sidang media bersama dengan adiknya Umi Hafilda Ali, Azwan Ali turut melafazkan sumpah tidak akan menghina dan mengaibkan mana-mana pihak termasuk ahli keluarga beliau. 
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Mohd Azwan bin Ali melafazkan sumpah dengan nama Allah tidak akan menghina, mengeji dan mengaibkan serangan peribadi yang mungkin membawa fitnah kepada Ummi Hafilda.

Wednesday 18 January 2012

KL jem depan KL sentral..jalan ditutp bangunan terbakar


(FOTO OLEH KHAIRUL aIMAN hAMDAN)348 Sentral bangunan dalam pembinaan di sebelah KL Sentral terbakar Jalan Brickfield ditutup ” kata tweet KL Traffic Update @kltrafficupdate Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat kebakaran bermula di tingkat 29 bangunan berkenaan “Sepuluh kereta bomba dan 72 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 3 55 pagi ” katanya Sehingga pukul 7 30 pagi tadi anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.

Tuesday 17 January 2012

Pm Najib dan 'Ah Jib Gor"


Ia merupakan facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.
"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.
"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.
Perdana Menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar pengikut.
Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada Perdana Menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.
"Kami berharap dengan adanya facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insan biasa," katanya.
Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut. - BERNAMA

pesuruhjaya Pas Selangor Dr.Rani ganti Hassan Ali sebagai Exco

Pemilihan Dr Rani OsmanNONE difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).
Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Terbaru! Klip Video Anwar cukur bulu tersebar


Sebuah klip video yang menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah serbuk cucian peluntur rasuah telah mencuri perhatian pelaman web dengan mesejnya yang lucu tetapi berisi.
Klip video Bahasa Malaysia yang dihasilkan pasukan publisiti DAP sehingga kini telah mendapat lebih 257,000 layaran sejak ia dimuatnaik ke dalam laman perkongsian video "youtube".
Saksikan video klip tersebut di bawah. 


Monday 16 January 2012

lagi kes NFC dibongkar: RM 600ribu belanja kad kredit

PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.
empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.


Petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.
NONE

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.




seperti titanic : tenggelam kapal mewah di Itali

Tragedi kapal karam ragut tiga nyawaROM - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh, 70 cedera dan 40 lagi masih hilang selepas sebuah kapal persiar Itali Costa Concordia bermuatan lebih 4,000 orang terbalik di perairan pantai barat Itali, semalam.

Kapten kapal persiaran mewah seberat 114,500 tan metrik itu, Francesco Schettino kini dalam tahanan polis atas kesalahan menyebabkan kematian, menyebabkan kejadian dan meninggalkan kapal tersebut selepas kejadian.

Menurut polis, Schettino bertindak meninggalkan kapal tersebut sebelum penumpang-penumpang dan anak kapal dibawa keluar.

Sewaktu operasi mencari dan menyelamat, anggota bomba menemukan dua pasangan warga Korea Selatan yang menjerit meminta bantuan di bahagian kabin kapal.

Bagaimanapun, dua warga Perancis yang juga penumpang kapal mewah tersebut tidak dapat diselamatkan dan seorang anak kapal warga Peru turut terbunuh.

Difahamkan, lokasi Costa Concordia terbalik merupakan arah laluan yang sering digunakan kapal mewah itu untuk belayar.

Presiden Costa Cruises memberitahu, amat pelik untuk sebuah kapal yang 290 meter panjang terkandas dan terbalik di dalam pelayaran perairan tenang yang hampir dengan persisir pantai.

Pegawai tempatan turut me-nyuarakan kebimbangan, jika berlaku tumpahan minyak kerana dipercayai kapal mewah tersebut baru sahaja berlayar ditambah pula dengan tangkinya yang penuh dengan bahan api.

Ally Iskandar kahwini gadis pilihan orang tua

ally iskandar dan farah leePengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.

“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.

“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.

Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

Friday 13 January 2012

Kerajaan Paksa pemilik tanah Jln Sultan, KL serah kepada MRT., Stesen Bas Klang diroboh

 
(Gambar:  Yong Yew Wei, pengerusi Jawatankuasa bagi Pemuliharaan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan memberi taklimat kepada 50 pemilik tanah terlibat)

Jabatan Tanah dan Galian telah memberi kata dua kepada pemilik tanah di Jalan Sultan - sama ada mencapai persetujuan dengan MRT Corps menjelang 30 Januari atau akan kehilangan tanah mereka.
Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan Azemi Kasim memberi amaran bahawa jabatan itu boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pengambilan balik tanah di sepanjang Jalan Sultan untuk pembinaan projek MRT.
Sekiranya 'persetujuan bersama' tidak ditandatangani sebelum 30 Januari 2012, jabatan itu akan meneruskan proses pengambilan tanah.
Stesen Bas Klang, yang terletak diJalan Sultan, juga akan dirobohkan dalam tempoh tersebut.

fasha sanda bernikah dengan jejai

Dikhabarkan  perkahwinan Fasha dan bekas suami kepada pelakon Nora Danish itu akan berlangsung pada 28 Mac depan iaitu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Fasha.
"Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua.
"Bagaimanapun saya tidak akan membuat pengumuman secara sidang media seperti para selebriti selalu lakukan kerana dia (Jejai) agak segan untuk menghadiri acara sebegini.
Pelakon Fasha Sandha hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinannya kepada enam media terpilih termasuklah mengundang wakil media tersebut meraikan majlis pernikahannya dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai).

Watie (elite ) sudah bernikah senyap-senyap

Joey dan Watie sedang melalui hari-hari bahagia sebagai suami isteri. Gambar ihsan Pancaindera.

pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dengan Zulkifli Daud (Joey), 38, pasangan tersebut rupa-rupanya dilaporkan sudah berumah tangga dalam diam.Mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu.



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Untuk Mereka Berpendapatan RM3,000 Ke Bawah Dilancar

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) kini dibuka kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.
Skim ini adalah untuk mengalakkan mereka yang berada di dalam kumpulan berpendapatan rendah untuk menabung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancarannya di sini Khamis.
Najib telah mengumumkan mengenai pembentukan skim ini ketika membentangkan bajet 2012 hujung Oktober lalu.
Ia akan memberi faedah kepada sekurang-kurangnya 100,000 isi rumah.
Di bawah skim ini, mereka yang layak boleh melabur RM5,000 di dalam skum amanah berkenaan dan mampu menikmati pulangan pelaburan sehingga RM134 sebulan.
Mereka juga boleh memohon pinjaman daripada institusi kewangan untuk melabur di dalam skim tersebut.
Permohonan untuk melabur di dalam SARA 1Malaysia ini akan dibuka mulai 30 Januari ini.

Blog Archive

tambah panas

Followers