Thursday 17 April 2014

Karpal: Ujian awal air kencing pemandu lori mengandungi kesan ganja - Polis.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.

“Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya kepada Astro AWANI. Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

KM 301.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara sering menjadi lokasi kemalangan.

Friday 11 April 2014

Kapal terbang ajaib isi minyak disteyen pam minyak biasa

Kehabisan minyak, seorang juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di jalan raya dan mengisi bahan bakar di stesen minyak di Daerah Beichuan, China.
Pesawat ringan yang dipercayai dikendalikan oleh juruterbang warga asing itu pada mulanya mendarat di jalan raya sebelum dilihat beratur bersama kenderaan lain untuk masuk ke stesen minyak.
Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya telah mendapat laporan bahawa terdapat sebuah pesawat telah mendarat di jalan raya serta bergerak seperti kenderaan biasa. siasatan polis masih mengesan lokasi pesawat itu mendarat dan berlepas selepas mengisi minyak.
"Kami beranggapan pesawat itu mungkin kenderaan biasa tapi berbentuk kapal terbang, namun saksi berkata ia mempunyai keupayaan untuk terbang.
"Malah, seorang atendan stesen minyak memberitahu, juruterbang itu menceritakan dia telah menghabiskan sebanyak £200,000 untuk pesawat berkenaan," ujarnya.
Berikutan itu, pihak polis Beichuan kini sedang menjejaki juruterbang warga asing itu untuk siasatan.-Mstar



Wednesday 9 April 2014

pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam)






Mohd Radzi, 30,Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata "Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut. ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.


Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik  ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

http://mstar

Tuesday 8 April 2014

Profesor itu terus meraba buah dada memotong stim yang mulanya arjunaku menegang


Mati memanglah pasti profesor tut tut oiii...itu janji Tuhan...jawablah buat ke tak buat...senang citer...kantoi kan?

Saturday 5 April 2014

KLIA dipilih lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014

KLIA sentiasa menerima sanjungan daripada Skytrax sejak 2010, yang merupakan perakuan ke atas usaha berterusan bagi meningkatkan lagi kepuasan pelanggan. – Gambar fail.  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad berkata anugerah itu yang diumumkan pada 26 Mac lepas di Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol, bukanlah yang pertama diterima oleh lapangan terbang tersebut.
"KLIA sentiasa menerima sanjungan daripada Skytrax sejak 2010, yang merupakan perakuan ke atas usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan semasa menggunakan KLIA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dengan klia2 menggantikan terminal syarikat penerbangan tambang rendah tidak lama lagi, MAHB akan mempunyai kemudahan lebih besar dan lebih baik, dan terminal baharu itu berada pada kedudukan paling sesuai untuk menyokong pertumbuhan rancak trafik ke Malaysia.
"Kami juga optimistik bahawa kita akan terus melakukan yang terbaik memandangkan klia2 akan menawarkan perkhidmatan, tahap keselesaan dan pengalaman yang lebih baik, yang merupakan nilai tambah untuk pelanggan kami," katanya.
Anugerah Lapangan Terbang itu adalah berdasarkan pencalonan 12.85 juta penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.
Tinjauan yang dijalankan menilai tahap kepuasan pelanggan merentas 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan lapangan terbang dan produk, daripada daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen sehinggalah pelepasan. - Bernama, 4 April, 2014.

tambah panas

Followers