Wednesday 15 October 2014

uptown shah Alam (muhibbah) musnah terbakar


Sebanyak 196 gerai musnah dalam satu kebakaran di Bazar Larut Malam Seksyen 24 Shah Alam awal pagi tadi.

Bazar berkenaan yang lebih dikenali sebagai 'Uptown Shah Alam' mempunyai 425 buah gerai.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Salleh Omar ketika dihubungi berkata Bomba menerima panggilan pada pukul 2.57 pagi.

Sebanyak 31 anggota dari Balai Bomba Shah Alam, Kota Raja dan Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 4.30 pagi, katanya.

Punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

- Bernama

Alien ditangkap di laut oleh nelayan Singapura


Nelayan Singapura Tertangkap Makhluk Aneh

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 12:17 PM
  (Ubah saiz teks)
SEJENIS  makhluk aneh umpama timbunan cacing atau sotong ditemui nelayan pantai dalam Singapura baru-baru ini.Ong Han Boon, 54 ketika itu berada di lokasi penangkapan ikan yang digemarinya iaitu di kawasan Pulau Sentosa dengan harapan memperoleh hasil lumayan.

Sementara menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia berehat sambil menikmati minuman di botnya apabila dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya.

"Saya dapat mengesan ada sesuatu yang menyebabkan tali pukat itu bergerak dan sebaik menariknya keluar dari air, saya terkejut dengan apa yang saya lihat.

Makhluk itu kelihatan mempunyak hampir 100 sesungut umpama tangan seperti sotong atau tapak sulaiman yang bergerak-gerak.

"Saya pernah beberapa kali menemui sesuatu yang pelik, tetapi bukan dari laut. Bagaimanapun, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

"Ia kelihatan seperti alien atau mutan," katanya.

Han Boon memuatnaik video makhluk aneh itu dengan harap ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu.

Tuesday 14 October 2014

ribut angin kuat akan menyerang Klang tghmlm ini

Orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin kononnya ribut kuat akan melanda Klang, Selangor pada 12 tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya malam ini menyatakan khabar angin itu tersebar menerusi aplikasi "Whatsapp" dan media sosial.

Justeru itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat tepat diminta melayari laman web www.met.gov.my.

Berdasarkan ramalan cuaca dalam laman web METMalaysia, cuaca di seluruh Selangor diramalkan mendung malam ini.

Monday 13 October 2014

pelakon rita Rudaini diugut bunuh


Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38,membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27,  menerusi satu status yang dimuat naik Jumaat lalu.

Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh.
Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.-ts

tambah panas

Followers