Akhbar rasmi pembangkang
Keadilandaily.com hari ini mendakwa dan menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansur memiliki jam tangan berjenama Frank Muller berharga sekitar RM350 ribu iaitu jam tangan mewah paling mahal didunia.
Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000.
Sehubungan itu, Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar.