Wednesday, 26 December 2012

bekas anggota kumpulan ruffedge dituduh rogol anak

seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini mengaku tidak bersalah  merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ampang Roszianayati Ahmad.
Beliau didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Monday, 24 December 2012

'pelesit jalanan' serang TV3

biker protest sri pentas tv3 231212Kumpulan motosikal seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada Motor Corner dan ARC Selangor, berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan  "Kami sayang TV3".untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek dan Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB(media prima Berhad), Alwi Husni Yahya.
"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

Friday, 21 December 2012

Kisah sebenar pergaduhan di Sg Petani


Kenyataan media
Disember 20, 2012

Menerangkan isu sebaran berita direka di Sungai Petani

Salam semua teman2 dan kenalan. Saya ingin mengesahkan bahawa isu pergaduhan remaja India dgn Melayu adalah pergaduhan biasa yang melibatkan anak-anak muda. Cumanya ianya melibatkan dua kaum. 

Ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.

Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sg Petani. 

Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu.

Saya amat2 berharap teman2 membantu saya dan polis memadamkan berita yang tidak betul ini dan meyakinkan rakyat yg keadaan sudah kembali normal. 

Terima kasih. 

Dato' Johari Abdul, MP Sg Petani.

tambah panas

Followers