Wednesday, 15 May 2013

Pelakon muda popular yg kurang ajar


Eina kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon Afiq Muzi sehingga menjejaskan nama dan reputasinya sebagai seorang artis.


Pelakon baru Eina Azman memberi tempoh seminggu kepada ibu kandung pelakon Afiq Muiz, Hasliza Mohd untuk memohon maaf secara terbuka melalui media berikutan menuduhnya mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut.
Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis.
"Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri.
"Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari," ujarnya ketika ditemui di sidang media, di sini, Selasa.
Eina berkata demikian ketika mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq.
Pelakon Afiq Muiz menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, turut menafikan keluar dari rumah dan membuang keluarga serta adik beradiknya, sebaliknya mendakwa dia dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," katanya sambil menitiskan air mata ketika sidang media, di sini, pada Selasa.
Pelakon drama Mimpi Cinderella itu menjelaskan sebelum ini terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka.
"Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan saya.
"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah," katanya.
erdahulu, mStar Online pada Selasa membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq Muiz meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman.


tambah panas

Followers