Wednesday, 19 June 2013

Akademi Fantasia 10 bersama Najib Ali

 Pemilihan personaliti televisyen berasal dari Singapura, Najib Ali sebagai konsultan untuk program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) bakal memberi kelainan dan secara tidak langsung mengangkat program realiti tersebut lebih bertaraf global.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Najib mempunyai pengalaman yang luas dalam industri hiburan di rantau Asia dan mampu memberi pembaharuan dalam AF 2013 kali ini.
"Dia seorang personaliti yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini di peringkat Asia, kehadiran dia secara tidak langsung membuatkan AF berbau global.
"Kita lihat kemampuannya melihat format program itu di luar produksi dan memberi nafas baru dalam industri hiburan," katanya ketika ditemui pada taklimat program dan saluran baharu Astro, di sini, Selasa.
Tambah Khairul, bekas pengacara Asia Bagus itu juga mempunyai pengalaman mengendalikan rancangan realiti AF di Indonesia selama tiga musim.
"Dia ada wawasan dan matlamat tersendiri dan tahu apa kelainan yang kita inginkan bagi musim terbaru ini," katanya.
Jelasnya, AF kali ini telah membuat beberapa perubahan terhadap format program tersebut yang tidak lagi sesuai dengan situasi semasa.
Bagaimanapun, Khairul enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai program berkenaan dan akan mengadakan satu lagi sidang media bagi memperkenalkan konsep, tenaga pengajar dan hos.
Sementara itu uji bakat sedang diadakan di lima buah negeri sejak 1 Jun sehingga 30 Jun ini.

Blog Archive

tambah panas

Followers