Saturday 21 June 2014

Hulu Langat berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual

Oleh: NAEEM RAFFI 
Kira-kira 24 kawasan sekitar Wilayah Hulu Langat dijangka terputus bekalan air atau tekanan rendah ekoran penurunan paras air di kolam utama yang mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih membabitkan 33,446 pintu rumah.
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Priscilla Alfred, berkata gangguan terbabit adalah kesan daripada permintaan air yang tinggi melebihi kapasiti bekalan.
“Pengeluaran air terawat daripada LRA Sungai Semenyih tidak dapat dipertingkatkan lagi kerana ia sudah mencecah paras maksima.
gangguan air“Oleh yang demikian, gangguan bekalan air tidak berjadual ini tidak dapat dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, SYABAS mengalami kesukaran dalam mendapatkan sumber bekalan air alternatif ekoran kapasiti bekalan air terawat sedi ada di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rezab bekalan air kurang daripada satu peratus
“Pada masa ini, lori tangki dan tangki air statik sedang diletakkan dalam keadaan tunggu sedia bagi penghantaran bekalan air kecemasan jika diperlukan.
“Pengguna di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan bekalan air ini diminta menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran bagi membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas,” katanya.
Miter_air_SyabasAntara kawasan terbabit adalah Kampung Bahagia, Taman Jernang Jaya, Pusat Nuklear, Seksyen 15, Kampung Teras Jernang, bangi Golf Resort, Bandar Teknologi Kajang, PKNS Beranang, Bandar Tasik Kesuma, Taman Bukit Semenyih dan Taman Harmoni.
Selain itu, beberapa kawasan lain yang terbabit adalah UKM Lingkungan 2, kawasan industri seksyen 13, Bandar Tasik Kesuma, Taman Bukit Semenyih dan beberapa seksyen di Bandar Baru Bangi.

tambah panas

Followers