Saturday, 9 February 2013

Krisis Sheila Amzah, N.D Lala kata Sharnaz biadap, dan pelakon Zarina Anjolie dituduh positif dadah

ND Lala menerusi sebuah akhbar menempelak sikap Sharnaaz yang menguar-uarkan perancangannya untuk merisik Shila Mac ini, tanpa pengetahuannya.

ND Lala juga mendakwa Sharnaaz biadab kerana memberlakanginya sebagai orang tua dan wali Shila.“Tak pernah berlaku perbincangan tentang tajuk ini (perkahwinan)... tak pernah berlaku. Tarikh, pergi merisik, ditegah apa semua, tak berlaku, jadi bagaimana saya nak respons?,” katanya kepada Galaksi.
Shila Amzah radio *Hot FM* pagi  Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi *Shila Amzah* yang menyampaikan lagu* "Ombak Rindu"* sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, *Sharnaaz Ahmad. * Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.* "Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah,"* katanya. Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM. 

Zarina Anjolie dituduh guna dadah
Zarina Anjoulie
satu laporan  dari Sinarharian Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul 27,yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran semalam.
Kedua-dua mereka didakwa positif dadah berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dan terdapat kandungan dadah dalam air kencing.
Perbuatan itu dilakukan oleh mereka Pejabat Narkotik Damansara dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.
Zarina dan Mohamad  juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini pada 5.30 petang, 30 Disember lalu.
Mereka yang merupakan pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima
tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M Raja.

Blog Archive

tambah panas

Followers