Saturday, 8 March 2014

pesawat Mas ghaib diudara

Ahli keluarga penumpang pesawat MAS yang hilang menanti dengan tangisan di Lapangan Terbang Beijing, China hari ini. – Gambar Reuters, 8 Mac, 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.
"Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia - Vietnam," katanya pada sidang media khas di KLIA, Sabtu.
Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.
Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.
Penumpang lain ialah dari China (152 + 1 bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika (3+1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1), Austria (1).
Anak-anak kapal yang berada dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Zaharie Ahmad Shah, Farid Ab Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.
MH370 berkongsi kod penerbangan dengan China Southern Airlines.
Menurut MAS, pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, seorang juruterbang veteran dengan mencatatkan 18,365 jam penerbangan.
Beliau menyertai MAS pada 1981.
Dalam penerbangan itu, beliau dibantu oleh Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid yang mempunyai pengalaman sebanyak 2,763 jam penerbangan.
Beliau menyertai MAS pada tahun 2007.Malaysia Airlines (MAS) mula menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.

"Hati dan doa kami bersama dengan penumpang, anak kapal dan ahli keluarga mereka," kata ketua pengurus eksekutif kumpulan MAS, Ahmad Jauhari, dalam satu kenyataan.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warganegara berbeza, kata MAS. Menurut agensi berita China, Xinhua, seramai 160 warga China menaiki pesawat tersebut.


Perhubungan radar dengan pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini terputus di udara yang dikawal Vietnam awal pagi ini, lapor Xinhua.

MAS dalam kenyataannya mengesahkan penumpang pesawat tersebut terdiri daripada warganegara China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, CKanada 2 orang, Russia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang.

tambah panas

Followers