Bekas ahli kumpulan Elite, Abby Abadi mengakui tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Khairul.
Menerusi laman Instagram miliknya, dia menjelaskan situasi sebenar hubungannya dengan lelaki yang juga guru mengaji kepada tiga anaknya.
Dalam kapsyen yang tulis bersama gambar yang dimuatnaik, Abby mendefinisikan status hubungannya dengan lelaki itu sebagai ‘sama-samar’.
“Ustaz kami, empat tahun kami kenal, bukan teman lelaki baru mama, kami baik sangat-sangat. Kategori apa, samar-samar, Jangan bersangka-sangka, berdosa. Doakan yang baik-baik sahaja.
“Tak berani saya nak cakap tidak berjodoh dengan dia sebab kalau tiba-tiba sampai jodoh nanti, dituduh menipu pula, tapi sejujurnya buat masa sekarang tidak ada apa-apa perancangan. Doakan yang baik-baik sahaja,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi gambar yang berlainan, Abby juga menjelaskan hubungannya bersama lelaki itu yang telah lama dikenalinya.
“Bukan hanya anak-anak tetapi mama pun telah belajar mengaji dengan ustaz ini daripada zaman sebelum berubah,” jelasnya.