Saturday 31 December 2011

sedih pilu menjelang tahun baru

Habsah Sahak (dua, kanan) ibu kepada Muhammad Saiful Haikal Dahari,7, melihat anak sulungnya Mohd Afzanizam Dahari, 25, mencium jenazah adiknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang, Gerik pada Sabtu. Muhammad Amir Fadlillah Ruzai,11, dan adiknya Muhammad Adham Hamiz Ruzai,8, serta sepupu mereka Muhammad Saiful Haikal Dahari,7, yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ketika bermain perahu ditemui mati lemas di Sungai Perak. - Foto BERNAMA 

Friday 30 December 2011

NFC: Datuk Shamsulbahrin mengaku tak bersalah



Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan  skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.
Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.
Shamsulbahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.
Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.
Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Thursday 29 December 2011

Ketua Pemuda Mca P.Pinang keluar parti

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boon
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA. 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.
Beliau berkata  bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Friday 23 December 2011

alfatihah - Tan Sri Hamid Othman meninggal dunia


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat.
Allahyarham berusia 72 tahun.
Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.
Sementara itu, Pegawai peribadi Allahyarham, Nor Azhar Yusof dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sebelum meninggal dunia Abdul Hamid kelihatan seperti biasa sahaja sehinggalah beliau tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.
Ketika kejadian Allahyarham berada di pejabatnya di Maju Junction di sini.
"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.
"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi, jenazah Abdul Hamid telah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.
Abdul Hamid dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952.
Kemudiannya beliau menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954.
Di bawah asuhan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.
Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan.
Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian.
Pada tahun 1961, beliau mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Sarjana Muda Perundangan Islam.
Abdul Hamid kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St Andrew, Scotland dan di sana beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafahnya.
Pada tahun 1995 beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.
Pada tahun 2001 beliau telah dilantik sebagai penasihat agama bertaraf menteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dari tahun 2005 hingga 2009, beliau juga turut dilantik ke jawatan yang sama kepada Perdana Menteri Ke-6, Tun Abdullah Ahmad.
Selepas bersara dari politik sepenuhnya, beliau telah dilantik sebagai penasihat hal ehwal Islam kepada Kumpulan Maju.
Sejarah Kerjaya:
> Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Klang.
> Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971)
> Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977).
> Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984).
> Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.
> Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.
> Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Penglibatan Politik:
> Memenangi Pilihanraya Umum 1990.
> Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Khir Toyo dihukum penjara


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.
Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.
Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Thursday 22 December 2011

duit baru

 
Orang Ramai bakal menggunakan duit kertas baru apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.
Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.
*****************
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mendapat kecaman hebat daripada beberapa pemimpin parti itu berhubung kesetiaannya terhadap PAS menegaskan beliau tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun unntuk menyertai Umno.
*****************
Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
*****************
 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengabdikan diri bagi melakukan yang terbaik untuk rakyat semenjak dua tahun setengah memegang jawatan Perdana Menteri.
*****************
Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Rabu, bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR.
****************
Pergerakan Puteri Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana perjuangan beliau jelas hanya berasaskan kepentingan peribadi.

Wednesday 21 December 2011

Sharizat Jalil semakin pening: Penemuan terbaru skandal NFC

orchard scotts condominium 2 Kondo mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Ochard Scotts, Singapura dibeli pada harga RM9.9 juta dengan keluasan 2,282 kaki persegi pada 27 Januari 2010 didaftarkan atas nama suami Shahrizat yang juga pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Zabedah Mohamad Salleh.
Perkara tersebut ddidedahkan oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution dalan satu sidang akhbar semalam.

Monday 5 December 2011

umno cheras minta shahrizat jalil berundur

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.
“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.
“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” .
Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.




Saturday 3 December 2011

Musa Hassan nafi kahwini syella

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menafikan laporan beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syella Kamaruddin.
Akhbar utusan malaysia hari ini melaporkan Musa 60, dipetik sebagai berkata ianya adalah fitnah dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan itu. 

Friday 2 December 2011

Petronas untung besar tahun ini


 Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan kenaikan sebanyak 50.9 peratus dalam untung bersihnya kepada RM40 bilion bagi enam bulan pertama sehingga 30 September 2011 daripada RM26.5 bilion yang dicatatkan pada separuh pertama tahun kewangan sebelumnya.
Syarikat tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.6 bilion, berbanding RM39.6 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.
Perolehan bagi enam bulan pertama meningkat sebanyak 25.3 peratus kepada RM144.8 bilion daripada RM115.5 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA)bertambah sebanyak 39.4 peratus kepada 64.7 bilion daripada RM46.4 bilion pada suku yang sama sebelumnya.
Bagi suku kedua, untung bersih melonjak 53.8 peratus kepada RM18.3 bilion daripada RM11.9 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama.
Perolehan bagi suku kedua meningkat sebanyak 26 peratus kepada RM71.8 bilion daripada RM57 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama sebelumnya, manakala EBITDA naik 44.3 peratus kepada RM30.6 bilion daripada RM21.2 bilion pada suku kedua tahun kewangan sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, kenaikan dalam untung bersih itu berikutan margin keuntungan kasar yang lebih tinggi meskipun persekitaran kos yang meningkat.
Beliau berkata, perolehan yang bertambah baik disebabkan oleh harga yang lebih tinggi dalam produk Petronas, sebahagiannya dinafikan oleh Ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika.
"Hasilnya di luar jangkaan kami. Melangkah ke hadapan, kami melihat keuntungan sebelum cukai antara RM70 bilion dan RM75 bilion untuk akhir tahun. Itu berdasarkan bagaimana pasaran bergerak masa ini," kata beliau pada sidang media ketika mengumumkan prestasi kewangan Petronas bagi suku kedua dan enam bulan bagi tahun kewangan semasa di sini, Khamis.
Shamsul Azhar menambah, beliau menjangkakan harga minyak mentah berlegar antara AS$85 hingga AS$87 setong pada tahun hadapan.-BERNAMA

Thursday 1 December 2011

kain shahrizat terlondeh lagi

Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC  untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,”  Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,”
Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.
Turut didedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand.
Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.
turut dibongkar pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.
Demikian antara pendedahan terbaru PKR mengenai skandal NFC keluarga Shahrizat Jalil yang diberitahu oleh Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

tambah panas

Followers