There was an error in this gadget

Thursday, 23 January 2014

ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar kecundang

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dari suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada awal bulan ini dipetik dari laporan Bernama hari ini.

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
    
Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.
    
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.

tambah panas

Followers