Wednesday 29 June 2011

Bersih 2.0: Tindakan polis tahan aktivis prakejatuhan Umno-BN, kata Nik Aziz


 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih, yang dilaporkan mencecah lebih 100 orang setakat ini,  adalah prakejatuhan Umno-BN.
“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.
“Saya mengira kerajaan masih belum belajar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui akaun Twitter hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu dipetik Harakah Daily menegaskan, tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.
“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah prakejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.
Beliau sebelum ini menyokong Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Tuesday 28 June 2011

'K'jaan perdaya rakyat berhubung subsidi RM74 bilion'

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.
Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor madya pelawat Universiti Nottingham Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan dari jumlah itu subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

perbelanjaan PM kelua rnegeri


Belanja lawatan Najib, Rosmah RM17 juta

 Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri ROsmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011
Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.
Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07.
Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja
Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

Friday 24 June 2011

Mahkamah hanya denda RM5500 sahaja kepada Datuk T

NONE
"Datuk T" mengaku bersalah, Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuaib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000. Eskay dan Shuaib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34. Tuduhan yang dibaca berbunyi “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan di bawah Seksyen 292a dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.
Manakala tuduhan ke atas Rahim berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.

Datuk T didakwa dimahkamah

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyaksikan trio Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video seks mirip Ketua Pembangkang bakal didakwa.

Seawal jam lapan pagi tadi, kira-kira 50 penyokong mereka hadir untuk memberi sokongan.

Trio Datuk T terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas benhari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. 

Mereka merupakan individu yang bertanggungjawab menayangkan video lucah secara terbuka kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. 

Ketiga-tiga mereka kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Thursday 23 June 2011

Pengarah Jawi guna duit zakat untuk diri sendiri

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali dikecam kerana menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir ditandatangani sendiri oleh beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April 2010.

Malah dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

Beliau pengarah dan beliau juga setiausaha yang meluluskan sendiri. Kedua, penerima wang zakat adalah jelas iaitu orang miskin dan ketiga dari aspek politik yang mana pemegang amanah menguruskan wang zakat," ujar Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di lobi parlimen semalam.



Bayaran kepada syarikat guaman itu merujuk kepada pengendalian kes Mahkamah Tinggi Syariah dan Wilayah Persekutuan antara Datuk Seri Anwar Ibraim melawan  Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tuntutan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Adzlan.

Wednesday 22 June 2011

Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum

"Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum'
dalam kiriman SMS ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
NONE
Mereka telah mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin sesuatu akan berhasil daripada tuduhan terhadap Trio Datuk T berhubung video seks. Beliau mendakwa, berasaskan kepada rekod prestasi peguam negara, mereka akan dikenakan tuduhan paling minima untuk menyenangkan hati pihak (Umno), sepertimana dengan tuduhan bermotifkan politik yang lain, kecuali bila ia membabitkan pemimpin pembangkang.“Saya tidak tahu, (saya) tidak mendengar, kes-kes seperti ini ditangguhkan (untuk) banyak bulan, (ia) akan membangkitkan banyak persoalan,” tegas Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Dalam pada itu sebuah blog milosuam melaporkan Pagi tadi salah seorang anggota yang menggelarkan diri mereka sebagai Dato T, iaitu bekas ketua menteri Melaka Rahim Tamby Chik dilihat masuk ke pejabat Perdana Menteri di tingkat 3 bangunan parlimen pada jam 11:40.

Tujuannya masih tidak diketahui namun dipercayai ada kaitan dengan kes dakwaan penyebaran video lucahnya di mahkamah Jumaat ini.


Tuesday 21 June 2011

Ketua Puteri Umno dituduh bersekedudukan bersekediaman dan berkhalwat

Ketua Puteri UMNO Jerlun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam atas tuduhan berkhalwat dengan Setiausaha UMNO bahagian itu, Jasmi Muhd Ismail, 47, di Taman Tunku Sarina di sini, bulan lalu. 

Mengikut pertuduhan, Yusmawati Yaacob, 31, didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung dan bersembunyi bersama Jasmi, di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala Jasmi di dakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.

Yusmawati berbaju kurung putih dan tudung berbunga merah manakala Jasmi berkemeja putih berserta seluar berwarna gelap kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha. 

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Shukri Zakaria, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan

Saturday 18 June 2011

majlis pertunangan anak Perdana Menteri DS Najib


Majlis Pertunangan Anak Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini.


Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.
Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev

Friday 17 June 2011

Petanda UMNO-BN semakin kesempitan wang?

ditulis oleh: Neo Chee Hua



GLC kini dijadikan sasaran untuk menyelamatkan UMNO-BN dari kesempitan wang.  Polisi dividen yang diutarakan memperlihatkan petanda-petanda bahawa UMNO dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kini semakin kesempitan wang, sehingga mengintai dividen dari syarikat GLC.
KUB Malaysia Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Kementerian Kewangan memaklumkan pada 14 Jun 2011, bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan polisi dividen mulai tahun 2013 - mengagihkan dividennya kepada pemegang saham.  Kebetulan, Petronas Nasional yang merupakan penyalur wang utama kepada kerajaan persekutuan, mengumumkan pada minggu lalu bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Najib, untuk melaksanakan polisi dividen 30% mulai tahun 2013.
Polisi dividen yang dimaksudkan adalah, sesebuah korporat menentukan satu kadar yang tetap untuk agihan dividen, dengan mengeluarkan keuntungan bersih pada kadar tertentu, untuk dijadikan dividen dan diagihkan kepada pemegang saham.  Mengambil contoh Petronas Nasional, polisi dividen 30% membawa makna bahawa, syarikatnya telah menetapkan dividennya pada kadar 30% daripada keuntungan bersih - untuk diagihkan kepada pemegang saham saban tahun pada kadar yang tetap ini.
UMNO-BN paling dimanfaatkan
Menurut laporan Bernama, Pengarah Urusan KUB Malaysia Bhd, Mohd Nazar Samad memaklumkan kepada media pada 14 Jun 2011 bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan satu polisi dividen mulai tahun 2013, dan beliau berharap ia dilaksanakan setelah syarikatnya mencapai paras pertumbuhan yang stabil.
Kini, KUB Malaysia Bhd mengagihkan dividen kepada 75,000 orang pemegang sahamnya berasaskan keuntungan daripada projeknya.  Pada tahun kewangan 2010, syarikatnya mengagihkan dividen 2.4 sen per unit saham.
Menurut laporan tahun kewangan 2010, dua pemegang saham terbesar KUB Malaysia Bhd adalah Gaya Edisi Sdn Bhd (29.62%) dan Kementerian Kewangan (22.55%).  Menurut maklumat yang diumumkan di Bursa Malaysia, pemegang saham terbesar Gaya Edisi Sdn Bhd adalah Temasek Padu Sdn Bhd, dan Temasek Padu kini adalah pemegang harta parti pemerintah terbesar, UMNO.
Najib Razak telah menstruktur semula harta parti UMNO setelah mengambil alih tampuk pimpinan.  Harta UMNO telah dimasukkan ke bawah Temasek Padu, dan syarikat ini dikuasai oleh orang rapatnya, Zulkifly Rafique, pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners, dan seorang lagi peguam dari firma guaman ini, Tunku Alizan Raja Muhammad Alia.
Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar.  Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun.  Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.
KUB dapat projek mega
Sebagaimana yang diketahui, KUB Malaysia dijangka bakal mendapat satu projek hospital kepakaran kanak-kanak yang bernilai RM3 bilion bersama IJM Corporation Bhd.  Di bawah kontrak yang sama, KUB Malaysia bersama IJM bakal mendapat kontrak konsesi untuk mengendalikan hospital tersebut selama 30 tahun.
Selain itu, KUB Malaysia juga berniat untuk mendapatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur kedua, yang bernilai RM250 juta, termasuk pembinaan landasan kapal terbang ketiga dan landasan teksi.
Pada masa yang sama, KUB Malaysia juga pengedar gas asli cecair (LNG) yang utama di Malaysia, membawa jumlah perolehanantara RM280 juta hingga RM320 juta setiap tahun.  KUB Malaysia juga sedang membida untuk perusahaan LNG Shell Malaysia.  Jikalau pembidaannya berjaya, maka syarikat tersebut akan berpeluang untuk menjadi pengedar LNG kedua terbesar, dijangka menyumbang perolehan RM2 bilion setiap tahun, malah akan meningkatkan nisbahnya dalam pasaran dari 12% kepada 32%.
Apa yang menarik, syarikat joint venture antara KUB Malaysia Bhd dengan Malaysia Steel Works (KL) Bhd juga berjaya mendapat satu projek inter-city commuter trainbernilai RM1.23 bilion di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.
Polisi dividen serentak pada tahun 2013?
Sementara itu, Petronas mengumumkan pada minggu lalu, bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan bersama kerajaan Najib bahawa mereka akan menetapkan pengagihan dividen kepada kerajaan pada kadar tetap 30% (daripada keuntungan bersih) mulai tahun 2013.  Dua tahun kebelakangan ini, Petronas telah mengagihkan dividen setinggi RM30 bilion setahun kepada kerajaan Najib.
Dari perhitungan yang sedia ada, sekurang-kurangnya dua buah GLC yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan UMNO akan melaksanakan serentak polisi dividen pada tahun 2013.  Dengan kata lain, kerajaan persekutuan dan UMNO akan mendapat dividen yang tetap daripada GLC ini mulai tahun 2013.  Seandainya ini satu polisi yang ditetapkan, maka dijangka lebih banyak GLC yang akan mengikut "kerangka" ini.
Petanda-petanda ini memperlihatkan kerajaan Najib dan UMNO kini semakin kesempitan wang, lantas cuba mendapatkan sumber kewangan dari GLC.
Harta semakin kekosongan
Pada hakikatnya ia bukan sesuatu yang berada di luar dugaan.  Kerajaan persekutuan telah melabur sejumlah RM26.49 bilion ke atas 104 buah syarikat GLC melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, namun kerajaan hanya boleh bergantung kepada Petronas untuk mendapat pulangan yang nyata melalui dividen Petronas. Dengan penetapan polisi dividen ini, pendapatan yang boleh diambil dari Petronas dijangka berkurang dari sebelumnya, namun langkah ini sebenarnya menyasarkan GLC yang lain, menyedari bahawa kerajaan tidak boleh bergantung kepada Petronas selama-lamanya. 
Laporan Audit Negara menunjukkan, daripada 25 GLC yang mendapat keuntungan pada tahun 2008, hanya 13 GLC yang mengagihkan dividen kepada kerajaan persekutuan, dan hanya empat buah GLC yang mengagih dividen berturut-turut untuk tiga tahun (2006-2008). 【Baca: Untung, tapi tak bayar dividen
Antara tahun 2006 hingga 2008, Petronas menyumbang RM159.73 bilion dalam bentuk cukai dan dividen kepada kerajaan persekutuan - lebih 98% daripada sumbangan cukai dan dividen GLC.  Selain itu, Petronas telah mengagihkan dividen sejumlah RM84 bilion kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun tersebut - 99.8% daripada dividen yang diperolehi kerajaan daripada GLC.
Apakah polisi dividen yang menetapkan kadar pada 30% ini sebagai persediaan kerajaan UMNO-BN berdepan dengan kekosongan wang pada tahun selepas 2013?  Lebih-lebih lagi PRU-13 dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau tahun 2012, yang sudah tentunya menelan kos yang tidak kurang.  Apakah keadaan ini mendesak kerajaan UMNO-BN untuk menggubal polisi dividen, agar memastikan pendapatan yang stabil dari GLC yang untung?
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 14 Jun 2011.




Tuesday 14 June 2011

rakyat singapura dipaksa bogel dan ketuk ketampi oleh anggota imigresen malaysia

Akhbar harian berbahasa Cina Singapura -Lianhe Zaobao melaporkan dua wanita warga Singapura dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.
Kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.

"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.

Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Monday 13 June 2011

Hassan Ali digugur Pesuruhjaya PAS selagor serta merta

azlanExco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Hasan Datuk Hasan Mohamed Ali telah digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa kerja PAS Pusat yang dipengerusikan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, petang semalam menamakan Dr Abd Rani Osman sebagai pengganti Hasan.

Menurut Abdul Hadi yang dipetik Harakahdailyperlantikan berkuatkuasa serta merta.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.
PAS mengadakan lantikan baru ini berikutan semua jawatan lantikan dalam jawatankuasa dan pimpinan tertinggi PAS pusat sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya berikutan pemilihan baru yang diadakan pada Muktamar Agung parti kali ke-57, dari 3 hingga 5 Jun lalu.

Friday 10 June 2011

Kekayaan Khir Toyo melampau

Siri perbicaraan Bekas Menteri Besar Selangor mendedahkan Khir Toyo mempunyai jumlah aset dan kekayaan yang melampau.“Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.

Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubahsuai rumahnya seperti diberitahu pereka lanskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.
Bayaran itu dibuat secara ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Khir Toyo bayar RM6 Juta tunai Ubah Suai Banglo


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didakwa membelanjakan lebih RM6 juta tunai bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo di Seksyen 7 di sini, yang berkonsepkan Bali.
Perkara tersebut didedahkan oleh pereka laman bebas yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian itu, Nasir Ismail, 55, pada perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa oleh Mohamad Khir di Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.
Menurut saksi, pembayaran tersebut dibuat secara tunai memandangkan status dirinya yang telah diisytiharkan sebagai bankrap pada tahun 1998 dan tidak mempunyai akaun bank.
Saksi dilepaskan daripada bankrap tersebut pada tahun 2008.
Menurut Nasir, pembayaran tersebut dilakukan dalam beberapa transaksi dan setiap satunya melibatkan RM500,000.
"Empat atau lima pembayaran dilakukan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni manakala Mohamad Khir menjelaskan bayaran sebanyak tujuh atau lapan kali," katanya.
Terdahulu, Nasir menjelaskan dia diminta melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pada sekitar Mac 2006 selepas dimaklumkan Mohamad Khir 'berkenan' dengan kerja tangannya di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN), Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor.
Mengimbas pertemuan pertama mereka, saksi ketiga pendakwaan itu memberitahu, ia berlaku di hadapan banglo tersebut dan semasa itu, Mohamad Khir serta isteri, Zahrah Kechik banyak bercakap mengenaipengubahsuaian yang perlu dilakukan.
"Saya minta Mohamad Khir untuk bagi wang sebanyak RM250,000 bagi sayamulakan kerja. Beliau kata oklah, asalkan kamu boleh buat," katanya dan menambah wang itu diterima di kediaman rasmi Menteri Besar sekitar Mac atau April 2006.
Nasir seterusnya ke Jabatan Insolvensi untuk menguruskan pasport untuk ke Bali, Indonesia bagi membeli barang-barang pengubahsuaian.
Kata saksi lagi, Mohamad Khir kemudiannya memberitahu dia untuk berurusan dengan Shamsuddin sekiranya timbul masalah kerana beliau sibuk.
Nasir yang pada mulanya beranggapan rumah itu milik Mohamad Khir mengakui agak keliru apabila melihat nama Ditamas tertera pada pelan pengubahsuaian rumah.
Menjawab soalan Timabalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud, saksimemberitahu kerja-kerja pengubahsuaian selesai pada tahun 2008.
Bagaimanapun, semasa disoal oleh peguam M. Athimulan yang mengetuai barisan pembelaan Mohamad Khir, saksi mengakui bahawa ada kerja-kerja kecil yang tidak disiapkan.
"Kerja-kerja kecil tidak siap kerana waktu itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap rumah tersebut.
"Waktu itu ada ramai orang yang melakukan tunjuk perasaan di hadapan rumah. Pasal itu saya tidak siapkan kerja," tambahnya.
Selain itu, saksi juga mengakui ia disebabkan oleh perselisihan fahamyang berlaku antara dia dengan Mohamad Khir yang berpunca daripada isu pembayaran.
Berhubung ketiadaan dokumen yang merekodkan pembayaran, Nasir memberitahu ia adalah di atas permintaan tuan rumah.
Namun begitu, saksi mengakui ada menandatangani perjanjian bayaransebanyak RM600,000 bagi tujuan formal.
"Bagaimanapun, saya hanya menerima bayaran RM100,000 dalam bentuk cek," tambahnya merujuk kepada perjanjian tersebut.
Mengenai ketiadaan dokumen seperti resit yang membuktikan pembayaran, Nasir berkata ia adalah di atas 'permintaan tuan rumah'.
Pada keterangan lain, Nasir mengakui dia tidak mempunyai lesen kontraktor tetapi berani untuk melakukan kerja pengubahsuaian atas dasar minat, pengalaman dan pembacaan.
"Tun Dr Mahathir Mohamad kata 'Malaysia Boleh' jadi saya rasa saya boleh buat," tambahnya dengan nada yang tegas.
Saksi turut mengakui dia tidak memaklumkan penerima wang kepada Jabatan Insolvensi kerana tidak mengetahui perbuatannya salah.
Hakim Mohtarudin Baki bagaimanapun mengingatkan Athimulan bahawa saksibukan tertuduh yang sedang dibicarakan.

Thursday 9 June 2011

Petronas untung RM241 bilion



Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus,  Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.
Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.
Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.
Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.
Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.
Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

Tuesday 7 June 2011

disebalik skandal cetak duit Malaysia


Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara kemungkinan turut mengheret sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Menurut laporan akhbar  Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussein, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.
Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.
“Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan,” lapornya.
Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009. Kali terakhir  syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.
Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.
The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.
Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.
Menurut akhbar itu lagi, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.
Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.
Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.
Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.
Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.
Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindiket mencetak mata wang berganda.
Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.
Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan.

Blog Archive

tambah panas

Followers