There was an error in this gadget

Saturday, 30 April 2011

perkahwinan diraja putera william


Putera William dan isterinya, Kate yang juga Duchess of Cambridge berdiri di luar Westminster Abbey selepas Majlis Perkahwinan Diraja yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia di London pada Jumaat. - Foto AP 


Putera William dan Kate Middleton sah menjadi pasangan suami isteri melalui upacara perkahwinan di Wetminster Abbey, di sini Jumaat.
Pasangan diraja itu telah diraikan dengan acara yang penuh protokol dan dihadiri golongan bangsawan, diplomat dan para selebriti.
Kate hadir di Westminster Abbey dengan gaun rekaan Sarah Burton dari kediaman Alexander McQueen menyusuri jalan. 
.
Selesai
 upacara tersebut, Kate dan William kelihatan ceria selepas masing-masing menyarungkan cincin di jari manis.
Selepas rasminya perkahwinan antara William dan Kate ini, Kate kini dikenali sebagai Duchess of Cambridge.


Friday, 29 April 2011

Eskay Angkat Sumpah, Hadir Dengan Pakaian Kalis Peluru

 trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI. 

Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Lafaz sumpahnya: "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."


Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa ia dibatalkan.
Eskay yang ditemani oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim turut mengenakan pakaian kalis peluru yang begitu mengejutkan khalayak seolah-olah keselamatan mereka terancam.
Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, Eskay kemudiannya terus berlalu tanpa menjawab soalan pemberita seperti yang diminta oleh pengiring-pengiringnya.

Eskay takut dimakan sumpah..upacara batal

Upacara angkat sumpah laknat oleh datuk Eskay batal disaat akhir tanpa diketahui sebarang sebab. Bayang beliau juga tidak nampak dimasjid berkenaan.
Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.
Semalam, Eskay berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu.

Soi Lek Presiden Mca akan undi PKR


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.
“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.
Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.
“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.
“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.
Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.
“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.
Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.
Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.

PDRM: Saman bergambar mulai 1 mei


 Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman beserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.
"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman beserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Khamis.
Katanya kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.
Kaedah itu digunakan sebagai 'bahan bukti' bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya, katanya.
Khalid berkata bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggota dan pegawai polis yang enggan menerima sesuatu laporan polis.
Menurutnya isu tersebut antara yang dibangkitkan dalam mesyuarat 'Delivery Task Force' bagi mengurangkan kes jenayah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.
Khalid berkata pengurusan tertinggi PDRM telah menerima banyak aduan mengenai isu tersebut dan masyarakat perlu tampil melaporkan mana-mana anggota yang enggan menerima sesuatu laporan polis.
"Tulis nombor mereka dan catat di mana kes itu berlaku. Kita tidak akan berdolak-dalik dalam hal ini dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang enggan mengikut arahan ini," katanya.
Beliau berkata sepatutnya, laporan boleh dilakukan di mana-mana balai dan siasatan akan dilakukan segera dan memanggil individu yang memuat laporan itu bagi membantu siasatan.
Mesyuarat itu turut membincangkan strategi dan kaedah bagi mengurangkan rasa takut masyarakat ketika berhadapan dengan sesuatu kes jenayah, katanya.
Bagi tujuan itu, Khalid berkata lebih banyak program kemasyarakatan akan diadakan bagi membolehkan polis dan orang ramai bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi sesuatu kes jenayah.BERNAMA

Thursday, 28 April 2011

Rahim TC dan Shuib Tak jadi sumpah laknat

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya.
Eskay tidak memberitahu kenapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu, tetapi menegaskan beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”
Eskay turut mencabar Anwar untuk mengambil sumpah itu bersamanya di  Masjid Amru al-Aas, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat esok.

Kuan Yew menang tanpa bertanding

 Menteri Mentor, Lee Kuan Yew dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen Tanjong Pagar selepas pembangkang, Perikatan Demokratik Singapura (SDP) tidak menghantar wakil untuk bertanding sehingga masa penamaan calon berakhir semalam.
Kuan Yew yang merupakan bekas Perdana Menteri Singapura menang tanpa bertanding di kawasan itu sejak 1991.
Menurutnya, beliau mahu melihat seseorang bertanding bagi menentangnya tetapi pasukan SDA tidak hadir pada waktu penamaan yang ditetapkan menjelang pukul 12 tengah hari.
"Semua orang tahu bahawa anda perlu mengisi dokumen menjelang pukul 12 tengah hari. Justeru ia adalah percubaan tidak bersungguh-sungguh yang menunjukkan mereka mahu bertanding," kata Kuan Yew selepas beliau menang tanpa bertanding.
Menurut laporan agensi berita Bernama, dalam ucapan terima kasihnya yang dilapor televisyen tempatan, Channel NewsAsia, Kuan Yew memberi jaminan bahawa beliau akan berkhidmat untuk penduduk Tanjong Pagar bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya Singapura menyatakan, parti-parti pembangkang buat pertama kali meletakkan calon paling ramai yang bertanding sejak republik itu memperoleh kemerdekaan pada tahun 1965.
Calon-calon dari enam parti pembangkang akan bertanding di 82 kerusi manakala PAP bertanding di 87 kerusi.
Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong berdepan dengan pilihan raya umum kedua selepas beliau menjadi perdana Menteri pada 2004.
Parti PAP sudah menguasai politik Singapura lebih lima dekad. - Agensi

Wednesday, 27 April 2011

kadar Inflasi negara sebenarnya tenat

Kerajaan diminta menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga seorang bekas akauntan bertauliah berkata perkara itu bercanggahan dengan norma ekonomi.

NONEHujah Lim, pengukuhan matawang negara lazimnya membawa kesan kepada dua perkara - mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi lebih murah.

Namun, yang anih apabila ringgit semakin kukuh, tiada tanda-tanda bahawa kadar inflasi akan berkurangan.

Lim berkata berdasarkan perangkaan kerajaan, kadar inflasi sejak tiga bulan lalu dicatatkan pada kadar 2.8 peratus.

"Kenapa kita tidak lihat harga barangan turun tetapi tetap BN atau barang naik? Adakah awak lihat harga tepung susu turun. Semua ini diimport.

inflation"Kita adalah rakyat yang bertolak ansur. Kita beri sebulan lagi untuk harga barangan turun. Jika tidakj kerajaan mesti berikan jawapannya,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

"Entah mana silapnya, ke mana wang untuk pergi?”

Semalam, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu RM2.995 berbanding dolar Amerika yang turut merudum berbading matawang antarabangsa yang lain.

Tuesday, 26 April 2011

BN susah dapat sokongan cina - Gerakan

Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.
NONE
"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.,” katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.”

Dalam laporan Bernama semalam, Ahmad berkata Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar,” katanya.

Baljit juga berkata kerajaan mesti serius menangani gejala rasuah dan kronisme jika ingin mendapatkan sokongan bukan Melayu semula.

"Lakukannya dalam semangat 1Malaysia sebenar... ia tidak harus semata-mata retorik atau kata-kata manis. Dalam hal rasuah, tangkap ikan yang besar dan bukan yang kecil sahaja.”

Ringgit Paling Kukuh Pada Tahap 2.99 Dalam 13 Tahun


Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada 2.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya Isnin, berikutan minat belian yang kukuh dari luar negara, kata seorang pedagang mata wang.
Pada 11.40 pagi, ringgit didagangkan pada 2.9945/9975 berbanding dolar AS, paras tertinggi sejak Oktober 1997.
"Terdapat permintaan kukuh untuk mata wang tempatan dari bank-bank luar negara memandangkan ringgit masih di bawah nilai selain pelabur yakin terhadap pasaran saham dipacu oleh Program Transformasi Ekonomi," kata pedagang itu kepadaBERNAMA.
Beliau berkata ringgit masih di bawah nilai sedangkan semua mata wang Asean sudah pulih daripada krisis mata wang 1997, dengan ada antaranya kembali kepada paras prakrisis.
"Trend untuk ringgit mencatat paras yang paling kukuh sudah wujud sejak dua minggu lepas dan ia akan menarik lebih banyak pelabur tempatan dan asing ke dalam pasaran tempatan," katanya.
Pedagang itu menjangkakan ringgit akan terus meningkat antara paras 2.80 hingga 2.85 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun, bergantung kepada dasar monetari Bank Negara Malaysia.
Antara sebab ringgit yang kukuh ialah trend peningkatannya yang selari dengan mata wang Asia lain, berikutan spekulasi bank-bank pusat di rantau ini akan menaikkan kadar faedah untuk melegakan inflasi.
Kadar faedah yang tinggi juga bermakna pulangan yang baik ke atas aset-aset tempatan.
"Ringgit juga mengukuh berikutan dolar AS yang lemah memandangkan dana-dana dipindahkan ke pasaran membangun, ketika pembuat dasar di Jepun dan AS mengekalkan kadar-kadar penanda aras kepada hampir angka sifar minggu ini," kata pedagang itu.
Beliau berkata masih ada tanda-tanda penurunan dollar US yang akan terus menyokong ringgit, yang menambah mata wang yang kukuh akan membantu membendung inflasi.

Monday, 25 April 2011

umno hilang sokongan cina

Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.
"Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.
"Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru di Bukit Mertajam malam tadi.-bernama

Thursday, 21 April 2011

Video seks Anwar Ibrahim sejak 1999


Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh “Datuk T” bulan lalu.

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Semalam, Ismail berkata, polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam, Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.

“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Dalam surat terbukanya, Zain menambah, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan video seks pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga, yang diedarkan pada 1999.

Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes Anwar akhir 1990-an berkata, beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.

Zain juga berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video seks pertama 1999 tetapi gagal untuk mengenal pasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum.

“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10.

“Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan video seks berkenaan,” katanya lagi dalam surat kepada Ismail bertarikh 18 April ini.

Beliau beberapa kali menghantar surat terbuka berkaitan kes Anwar sebelum ini.

Beliau menambah, memandangkan kumpulan yang menggelar diri mereka “Datuk T” — terdiri daripada Rahim, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggungjawab di atas penemuan dan penayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

“Terdapat ‘nexus’ antara kedua video seks ini,” kata beliau l

Wednesday, 20 April 2011

Lynas hasilkan 20,000 tan sisa radioaktif


Ramai penduduk tempatan menentang syarikat perlombongan Lynas, daripada membina loji nadir bumi di Gebeng Kuantan, dan jumlahnya semakin membesar untuk bergabung tenaga bagi membantah projek itu.
Portal dalam talian Malaysiakini hari ini memaparkan ketakutan dan perasaan marah penduduk di kawasan sekitar tempat pembinaan loji berkenaan apabila ramai penduduk tempatan tidak yakin dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut.
Salah seorangnya Pekerja pelabuhan Kuantan, Saufi Harun, 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3 kilometer dari tapak projek berkenaan.
“Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut. Ada yang tak kena,”  ujarnya.
Saufi, bapa kepada enam orang anak pula mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari loji Lynas.
Beliau juga memberitahu pernah mendengar  keluhan penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan yang dialami mereka akibat kesan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia.
“Bila anda sebut ‘radioaktif’, penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang,” katanya.
Abdul Majid Ishak, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana pula, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya.
Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan tempat tinggal nya jatuh menjunam.
Lynas sebelum ini telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan kini sedang menjalankan projek itu yang dijangka siap pada September.
Syarikat itu kononnya memberi jaminan bahawa operasi loji tersebut tidak akan mengeluarkan radiasi, dan berbeza dengan loji  Asia Rare Asia yang ditutup di Bukit Merah, Perak, pada 1992.
Bagaimanapun, menurut pakar kesihatan awam, Dr T Jayabalan, projek memproses nadir bumi itu tetap akan menjejaskan kesihatan orang ramai apabila ia menghasilkan sekurang-kurangnya 20,000 tan sisa radioaktif setahun setelah beroperasi kelak.
“Walaupun Lynas dan Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menyatakan tahap radiasi lebih rendah, tetapi ianya akan berbahaya apabila terkumpul dengan jumlah yang lebih banyk.
“Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng  adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium,” kata Jayabalan.
Beliau juga menegaskan bahawa pelbagai istilah akan digunakan oleh industri bagi mengelirukan rakyat walaupun sedar akan bahaya radioaktif.
“Sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk,” ujarnya.

Tuesday, 19 April 2011

adun P.Klang kaki curang

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bercerai talak satu dengan isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
Media melaporkan perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim syarie, Abdul Malek Soleh.
Badrul, 51 dan Ramizah, 40 mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan memiliki lima anak hasil perkongsian hidup.
Pada prosiding itu, Ramizah yang dikatakan pernah bekerja sebagai penjaga stor, diwakili peguam syarie Norrasyada Osman.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat, sebelum berpaling tadah dan menjadi Adun Bebas.
Badrul kemudian menyertai Umno secara rasmi pada Mei 2010 .
Beliau sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat, malah menunjukkan rekod buruk kehadiran dalam sesi DUN Selangor.
Pergolakan perkahwinan Badrul mula menjadi perhatian apabila isterinya memfailkan permohonan fasakh mengikut seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Berdasarkan penyataan tuntutan yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan sifat Badrul Hisham yang mempunyai hubungan dengan wanita lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami.
Ramizah juga mendakwa mereka tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11732

Monday, 18 April 2011

Video: Polis sahkan bukan Anwar?

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.
Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11697

Friday, 15 April 2011

Pengakuan sebenar Raja Petra Kamarudin


Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.
Respons penuh adalah seperti berikut:
TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?
RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.
Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?
Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?
TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?
RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.
Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.
TMI: Sekarang, PKR menyifatkan anda sebagai orang yang tidak berpendirian, seolah-olah mahu mencemar nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ia benar ataupun mereka memberi reaksi berlebihan?
RPK: Sesiapa yang mengecam Najib, (Datin Seri) Rosmah (Mansor), (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), Khairy, (Datuk) Mukhriz (Mahathir) dan sebagainya adalah (mereka) yang mencintai tanah air, anugerah Tuhan, rakyat Malaysia yang setia, dan penjelmaan Ghandi dan Mother Teresa, sebagaimana dianggap oleh pembangkang.
Sesiapa, walaupun membuat kritikan kecil terhadap pembangkang atau pemimpin mereka, dianggap sebagai pengkhianat, orang yang tidak berpendirian, telah membelot, melakukannya kerana wang dan macam-macam lagi.
Inilah mentaliti pembangkang yang tipikal.
Mereka menuduh kerajaan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Mereka maksudkan, sudah tentu, kebebasan untuk mengkritik kerajaan. Tetapi apabila anda mengkritik pembangkang, itu bukan kebebasan untuk bersuara. Anda Judas.
Tunjukkan saya satu perkara dalam temu bual dengan TV3 yang saya tidak pernah sebutkan sebelum ini. Adakah ada apa-apa yang baru dalam temu bual TV3 atau saya hanya mengulangi?
Orang kata: Saya hanya tulis di Malaysia Today. Berapa ramai yang sebenarnya membaca Malaysia Today? Berapa ramai yang akses internet? Sangat sedikit! Televisyen, bagaimanapun, televisyen menjangkaui 97 peratus penduduk, mereka kata.
Tetapi, akhirnya apabila saya muncul dalam televisyen mereka kecewa. Mengapa? Adakah anda fikir TV3 akan menyiarkan temu bual, kalau saya membantai Najib dan mengecam kerajaan? Mereka memberikan saya masa siaran kerana saya mengkritik Anwar.
Bermakna saya tidak pernah mengkritik Anwar sebelum ini? Malah, Anwar mengkritik ketika saya berucap di Sydney, Australia. Anda boleh melihat video di YouTube. Jadi, sudah lama kami telah mengkritik satu sama lain.
Pada 2004, saya berhenti daripada Suara Keadilan dalam keadaan meradang ketika konvensyen PKR di Ipoh ekoran konflik dan bertumpu sepenuh masa di Malaysia Today. Jadi itulah persengketaan, jika anda mahu memanggilnya, sudah berusia tujuh tahun, bukan sesuatu yang baru.
Apa yang berbeza antara dulu dan sekarang ialah, dulu kritikan saya tertumpu kepada internet. Sekarang ia muncul dalam televisyen nasional. Itu sahaja perbezaannya. Dan, itu adalah isu sebenar di sini.
Jika saya mengatakan apa yang saya kata menerusi radio dan televisyen Australia (yang saya ada lakukan), maka orang tidak akan kecewa. Tetapi, apabila saya mengatakan yang sama menerusi TV3, mereka kecewa. Ini kerana TV3 dimiliki oleh Umno.
Tetapi jika TV3 dimiliki oleh Anwar Ibrahim, mereka tidak kisah. Oleh kerana ia dimiliki oleh Umno, maka mereka kecewa.
Masalahnya ialah mereka mengaitkan (kepimpinan) pembangkang dengan Anwar. Saya Rom, Rom adalah saya! Kita kena mengubah yang itu. Anwar adalah Anwar dan pembangkang adalah pembangkang. Anwar tidak boleh diketepikan. Kita tidak boleh meletakkan keseluruhan masa depan pembangkang hanya pada Anwar.
Apa akan berlaku jika Anwar dihantar ke penjara? Dan, ada sebab-sebab untuk percaya yang beliau akan (dipenjarakan). Adakah pembangkang akan berakhir? Kita harus melihat persekitaran menjangkaui Anwar. Ini bukan berkaitan dengan Anwar. Ia berkaitan dengan matlamat, perjuangan untuk membawa perubahan. Kadangkala kita mungkin kena mengkritik Anwar untuk menyelamatkan pembangkang.
Dan, bukankah saya sudah mengatakan perkara ini banyak kali sebelum ini? Jadi, apa yang katakan sekarang, saya tidak mengatakan sebelum ini? Saya hanya mengulangi apa yang saya katakan di sini. Hanya buat kali ini, ia tersiar menerusi televisyen.
Secara kebetulan, apa yang saya katakan ini adalah apa yang ramai sama-sama mengatakan. Perbezaannya ialah: mereka membisik di belakang Anwar dan memuji beliau di depan. Saya bercakap terus-terang. Itu sahaja perbezaannya.
Ketika Anwar berada di penjara dari 1998 hingga 2004, berapa ramai ‘orang ketegar’ ini datang ke rumah Anwar setiap malam Khamis. Saya biazanya ke rumah beliau pada malam Khamis dan mereka yang datang dalam lingkungan 100 orang.
Hari ini, ramai menjadi orang ketegar Anwar. Biar kita lihat balik (keadaan ini) apabila kerajaan menghantar Anwar ke penjara, adakah orang yang sama akan berada di rumah Anwar setiap malam Khamis atau sama ada kumpulan itu akan merosot lagi sekali, sehingga hanya sekitar 100 orang.
Nurul Izzah (Anwar) dan saya telah pergi untuk menemui Jawatankuasa Hal Ehwal Australia bulan lalu untuk memberi taklimat kepada ahli-ahli Parlimen mengenai apa yang kerajaan lakukan ke atas Anwar dan untuk bertanya bantuan daripada kerajaan Australia. Sebulan sebelum itu, saya memberikan temu bual dengan TV3, (walaupun ia hanya siar sekarang).
Jadi, pada satu sebelah, saya minta bantuan kerajaan asing untuk membantu Anwar. Pada satu sebelah, saya juga mengkritik Anwar. Anwar dan matlamat perjuangan adalah dua isu yang berbeza. Saya mungkin sokong satu tetapi saya mungkin mengkritik yang lain sebab kedua-duanya isu yang berbeza.
TMI: Sesetengah orang mentafsir anda mengatakan yang DS Najib dan isterinya tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Adakah itu yang anda berkata? Atau anda masih percaya mereka terlibat?
RPK: Adakah anda ada membaca akuan bersumpah (SD), yang merupakan fokus temu bual pertama saya (kelmarin)? Adakah saya mendakwa mereka terlibat dalam pembunuhan atau adakah saya mengatakan yang Lt Kol Azmi Zainal Abidin membuat dakwaan itu dan oleh itu, yang ini perlu disiasat? Apa yang tandatangan dalam SD pada Jun 2008 adalah masih apa yang saya katakan pada hari ini.
TMI: Orang ramai masih membuat spekulasi, seperti yang lazimnya dilakukan oleh rakyat Malaysia, anda memberi temu bual ini kerana sebab-sebab seperti wang atau urus janji yang membolehkan anda kembali ke Malaysia tanpa dicaj atau ditahan. Respons anda?
RPK: Lazimnya rakyat Malaysia adalah begitu dan hanya fikir pasal duit. Jadi, mereka cuba untuk membaca setiap yang anda katakan atau lakukan kerana duit. Jika saya puji Anwar dan pembangkang, ia bukan pasal duit. Ia berkaitan perjuangan, matlamat, ideal dan sebagainya.
Mengapa tiidak mereka juga mengatakan bahawa anda dibayar oleh Anwar untuk menyokong pembangkang? Hanya apabila anda mengkritik pembangkang dan/atau Anwar, ia berkenaan dengan duit.

Jika seseorang itu adalah pencuri, dia akan membayangkan bahawa setiap orang adalah pencuri. Jadi, apabila orang hanya fikir mengenai duit, mereka selalu fikir bahawa apa yang anda lakukan adalah kerana duit. Tidak akan ada sebab-sebab lain.
(Nota: The Malaysian Insider tiada apa-apa kaitan dengan Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Kalimullah Hassan)-M'insider

Thursday, 14 April 2011

mahathir: Taib jangan degil


Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua menteri Sarawak Taib Mahmud beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,"


Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.
NONE
Mahathir tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Wednesday, 13 April 2011

PRU SERAWAK: BN KECUNDANG teruk


Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan.

Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu.

Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak.

“Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).

“Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Tuesday, 12 April 2011

portal malaysiakini.com digodam


Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.
Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.
Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.
Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.
“Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini,” kata Premesh.
Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana  menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.
Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia.

Blog Archive

tambah panas

Followers