Thursday 29 March 2012

Nazri Aziz malu kantoi diParlimen


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal menjawab soalan apabila diminta menjelaskan pengakuan SPR yang diarahkan Kabinet untuk membatalkan dakwat kekal pada pilihanraya umum 2008.
Sebelum itu dalam perbahasan, Nazri yang juga Ahli Parlimen Padag Rengas begitu lantang dan yakin mempertahankan bahawa SPR adalah badan bebas daripada cengkaman eksekutif dan perundangan (legislatif).
“Apabila menyebut tentang kebebasan SPR, ia bermaksud bebas dari eksekutif ia juga bebas daripada legislatif.
“Kita boleh memberi pandangan tetapi akhirnya SPR kena ambil keputusannya sendiri… Ada cadangan yang kita cadangkan mungkin agak sukar dilaksanakan, jadi kita perlu beri kebebasan untuk mereka buat keputusan,” kata Nazri.
Tidak berpuas hati dengan jawapan Nazri, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua bangun mencelah dan meminta penjelasan Nazri berhubung pengakuan Pengerusi SPR beberapa tahun lalu.
“Saya menghormati pendirian kerajaan bahawa SPR perlu bebas daripada cengkaman eksekutif dan legislatif.
“Tetapi saya inginkan penjelasan, Pengerusi SPR pernah mendedahkan pada pilihanraya lepas, beliau dan SPR sudah bersedia untuk menggunakan dakwat kekal tetapi diarah  kabinet supaya dakwat kekal tidak diteruskan.
“Saya ingin penjelasan sekali lagi sama ada Pengerusi SPR tidak berkata benar? Kalau tidak, bolehkah berikan penjelasan seperti kerajaan dakwa menghormati kebebasan SPR?” soalnya di Dewan Rakyat.
Nazri yang menyedari terperangkap dengan soalan itu terdiam seketika sebelum menjawabnya dalam keadaan tergagap beberapa saat kemudiaan.
“(Terdiam seketika) Tuan yang dipertua… dia..  dia.. Tuan Yang Dipertua.. dia.. kita ni.. di negara kita ni..banyak… (terdiam seketika).
“Tuan Yang Dipertua di Malaysia ini kita selalu dikongkong mantan – mantan setiausaha, mantan menteri, mantan pengerusi, mantan Umno..
“Selalunya begitulah mantan ini akan bercakap setelah dia tidak lagi memegang apa-apa jawatan  dan dia memang bebas untuk bercakap,” kata Nazri sambil mengelak menjawab soalan itu kerana mendakwa telah menjawab soalan itu beberapa tahun lalu.
Mei 2008, SPR mendedahkan kabinet memutuskan pada hari pembubaran Parlimen untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Pengerusinya pada masa itu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, SPR sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.

Malaysia rayu Israel anjurkan persidangan Gas

 Selepas mendedahkan hubungan dagangan Malaysia dan Israel, KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti membongkar penglibatan Malaysia melobi negara Zionis itu untuk mendapatkan sokongan penganjuran Persidangan Gas (WGC) yang akan berlangsung pada Jun 2012.
Setiausaha Agong KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan surat daripada Persatuan Gas Malaysia (MGA) kepada Institut Petroleum dan Tenaga Israel bertarikh 6 September 2005 menunjukkan Malaysia merayu Israel bagi menyokong negara ini menjadi tuan rumah persidangan tersebut.
“Pendekatan merayu bantuan Israel mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjuran pula dikendalikan WGA yang diwakili Petronas dan dinasihati bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.
“Malah KEADILAn mempunyai bukti Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini,” dedahnya di lobi Parlimen hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.
Bermula 4hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan WGC yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.
Menurut Saifuddin, penganjur WGC dipilih oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa yang turut diangotai Israel, Rusia, Brunei dan Indonesia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pada surat melobi Israel itu, Malaysia turut menawarkan untuk mengurus penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke persidangan IGU di Tianjun China.
“Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.
“Malah pendedahan kali ini membongkar hipokrasi Umno dalam hubungan dengan Zionis kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untyuk mengadakan hubungan diplomatik malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan Israel,” katanya.

Felda kalah lagi


 Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Felda dalam kes saman fitnah RM200 juta terhadap Pengerusi Jawatankuasa Displin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong (gambar).
“Saya mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan atas kemenangan ini. Terima kasih juga kepada peguam-peguam saya yang telah bekerja keras selama ini,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.
Beliau turut berkata, akan meneruskan perjuangan membela nasib peneroka, dan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Felda.
16 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang dikemukakan Felda kepada Tan, dan mengarahkan Felda membayar kos RM70,000 kepada beliau.
25 Januari 2011, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd memfailkan saman berkenaan artikel akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’, yang didakwa memfitnah Felda.
Tan, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi

tabung Haji jual ladang kepada Robert Kuok


Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar)berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.

"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.

Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji.

"Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga tidak menolak langkah ini diambil setelah usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia tergendala.

"Kami berpandangan ini langkah terdesak BN untuk cash out aset-aset yang dimiliki oleh agensi atau perbadanan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.

"Dan ini mungkin langkah kedua setelah langkah mereka dalam penyenaraian FGVH tergendala," katanya.

Wednesday 28 March 2012

Nazri tidak mahu bertanggungjawab terhadap anaknya


Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.
“Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia,tidak ada kena mengena dengan saya '" katanya lapor the malaysianinsider

Monday 26 March 2012

PAS gesa Ali Rustam dedah ADUN diperiksa polis

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Bukti, lihat aksi ekxo terbabit ketika melihat pihak polis memeriksa premis itu
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan.

Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.

"Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.

"Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

"Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu," katanya.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

untuk jawapannya klik disini:
http://kijang59.blogspot.com/2012/03/kemaskini-adun-rim-yang-ditangkap-di.html
 NAMA : SDR. MOHD. YAZED BIN HJ. KHAMIS,

TARIKH LAHIR / TEMPAT LAHIR : 09.05.1966

NO. KAD PENGENALAN : 660509-04-5441

ALAMAT : 53 JALAN CEMPAKA 7, TAMAN SERI CEMPAKA,
75400 PERINGGIT, MELAKA.

NO. TELEFON
i) BIMBIT :             019 - 6674104      
ii) RUMAH :             06 - 2845731      
iii) PEJABAT :

STATUS PERKAHWINAN :BERKAHWIN

BILANGAN ANAK :3

TARAF PENDIDIKAN

i) SEKOLAH RENDAH :SEK KEB AIR BAROK

ii) SEKOLAH MENENGAH :SEK MEN DATUK BENDAHARA

iii) UNIVERSITI / KOLEJ :UITM. DIPLOMA UKUR BAHAN

JAWATAN DI
i) PERHUBUNGAN :JAWATAN KUASA PERHUBUNGAN NEGERI MELAKA
ii) BAHAGIAN : BEKAS KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAH JASIN
iii) CAWANGAN : KETUA PEMUDA CAWANGAN KEMENDOR

PENGALAMAN PEKERJAAN : AHLI PERNIAGAAN

AKTIVITI SUKARELAWAN / NGO

JAWATANG YANG DISANDANG
i) POLITIK : KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

ii) NGO :

1. Pengerusi Belia 4B Cawangan Kemendor

2. Pengerusi Bola Sepak Lega Perdana Melaka

3. Nazir PLKN Negeri Melaka

Dan yang paling penting adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka

Sunday 25 March 2012

Anak Nazri Aziz juga terlibat dengan pembunuhan?


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.
“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.
“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.
Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri
“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.
“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.
Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.
“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya.

Friday 23 March 2012

anak menteri Umno jadi taiko pukol pengawal keselamatan

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu lapor malaysiakini.comMohamad Nedim Mohd Nazri Aziz"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.
Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. 

Thursday 22 March 2012

FELDA TIDAK PERNAH HUBUNG DAGANG DENGAN ISRAEL - aHMAD mASLAN

 
Kumpulan Felda tidak pernah mengeksport mana-mana produk ke Israel menerusi anak-anak syarikatnya termasuk Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Beliau berkata, FISB hanya membuat penghantaran ke Palestin pada 2010 dan 2011 bagi memenuhi pesanan untuk pasaran tempatan dengan menggunakan pelabuhan Ashdod di Israel, kerana tidak mempunyai saluran penghantaran lain.

"Semua produk itu yang terdiri daripada minyak pukal dan lelemak adalah untuk dihantar ke Palestin," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau mengulas dakwaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat yang mendakwa Felda mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel.

Ahmad menjelaskan FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 manakala penghantaran terakhir dilakukan pada 9 Disember 2011 dengan nilai dagangan sekitar RM30 juta.

Menurutnya invois bertarikh 7 Januari 2012 jelas menunjukkan bahawa FISB telah membuat penghantaran dengan menggunakan kapal Gallia V.1201 ke alamat, Ajjawi Commercial Stores Company, Jenin-Palestin melalui pelabuhan Ashdod.

Ahmad berkata semua jualan itu mempunyai permit eksport daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum penghantaran dibuat. 

"Jualan produk minyak pukal dan lelemak adalah berdasarkan terma-terma kos, insurans dan pengangkutan," katanya. 

FISB, yang beribu pejabat di Pandamaran, Klang adalah sebuah syarikat multinasional usaha sama antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan Kumpulan IFFCO, syarikat pemprosesan makanan yang berpusat di Sarjah, Emeriyah Arab Bersatu (UAE). - Bernama 

Naib Ketua desak Shahrizat letakkan jawatan Ketua Wanita Umno


Kamilia Ibrahim.
Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.
"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.
"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.
"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.
"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."
Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.
Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.
"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.
Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.
"Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan).”

Wednesday 21 March 2012

Islam dan Yahudi

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain. 

Tuesday 20 March 2012

Setelah 18 tahun ditutup kesan radiasi diBukit Merah masih ada ditahap merbahaya!

Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL)  mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.
Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan)NONE, ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.

Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.

Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.


AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17 microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. 

Monday 19 March 2012

Tan Sri Kadir Fadzir keluar Umno

 Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatan selaku ahli Umno.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini,” kata Abdul Kadir.
Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno bahagian Kulim – Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhir yang dipegangnya dalam Umno.
Semasa berada di dalam Umno, yang dianggotainya sejak 1956, beliau pernah menjadi Exco Pemuda selama sepuluh tahun dan Ahli Majlis Tertinggi selama dua puluh empat tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Kedah.
Beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1999 dan Menteri Penerangan pada 2004. Beliau adalah Ahli Parlimen Kulim – Bandar baharu selama lima penggal, sebelum mengundur diri pada Pilihanraya Umum ke-12.
Kini, beliau adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Saturday 17 March 2012

ferrari meletup di lebuhraya Kajang- Seremban (LEKAS)

 
Sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin dekat Seremban, Sabtu. Foto BERNAMA



 Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi Sabtu.
Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.
Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.
Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.
Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.
Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. - BERNAMA


Blog Archive

tambah panas

Followers