Thursday 29 March 2012

tabung Haji jual ladang kepada Robert Kuok


Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar)berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.

"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.

Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji.

"Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau juga tidak menolak langkah ini diambil setelah usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia tergendala.

"Kami berpandangan ini langkah terdesak BN untuk cash out aset-aset yang dimiliki oleh agensi atau perbadanan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.

"Dan ini mungkin langkah kedua setelah langkah mereka dalam penyenaraian FGVH tergendala," katanya.

Blog Archive

tambah panas

Followers