There was an error in this gadget

Friday, 25 October 2013

GST diperkenalkan oleh kerajaan

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 
Kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus bermula 2015 dan memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan.
Kadar ini, yang akan berkuatkuasa 1 April 2015, lebih rendah berbanding kadar 7 peratus yang dijangka banyak pihak. 

Najib ketika mengumumkannya berkata, sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai
terhadap kefahaman GST. Mereka mengatakan apabila GST dilaksanakan, kononnya, semua harga barang akan melambung naik.
"Lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan," katanya. 

Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.

Cameron Highlands selamatkah untuk bercuti pada cuti sekolah nanti?

Cameron HighlandsBerita tragedi pembukaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet yang mengakibatkan kematian tiga jiwa amat mengejutkan. Takziah buat keluarga dan waris mangsa kejadian.
Meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang amat buruk, kami amat runsing dengan prosedur yang digunapakai bagi melepaskan air empangan tersebut
.Adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan terbabit? Apakah langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima?
Kami memuji usaha dan gerak kerja oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Tetapi siapa yang sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan dan kenapa pihak yang berkuasa itu menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran? Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Tuesday, 8 October 2013

ribuan ikus menyerang Hospital Kota Bahru

 Kebanjiran tikus yang menyerang Hospital Universiti Sains Malaysia di sini menyebabkan pihak pengurusan tidak dapat berbuat apa-apa akibat dengan masalah tersebut.
Pesakit bercakap kepada The Star mengenai pengalaman mereka mengenai haiwan yang sering dijumpai di bangunan dan wad 12 di Kubang Kerian di sini.
Haiwan ini sering dilihat mencari makanan di bilik makanan, bawah katil tanpa menghiraukan kehadiran manusia di sekeliling merkea.
Hospital yang dibina pada 1983 ini, mengalami masalah kebanjiran haiwan perosak ini sejak 10 tahun lalu.
Kedai makanan yang terletak kira-kira 30 meter menjadi tempat pembiakan tikus yang kemudian berhijrah ke hospital melalui laluan bawah tanah dan paip kumbahan.
Yang menjadi persoalannya adalah mengapa sejak sekian lama masalah itu timbul pihak pengurusan hospital masih belum dapat mengatasinya.
Bagi seorang ibu yang mempunyai anak yang mengalami masalah kerosakan otak dia menyifatkan masalah tersebut tiada berpenghujungnya.
"Saya meninggalkan keropok di meja sebelah katil anak saya ketika hendak pergi ke tandas dan sebaik sahaja saya kembali, ia telah tiada.
"Pada mulanya saya fikir ada orang lain telah mengambilnya namun pada waktu malam saya nampak tikus bergerak aktif di bawah katil.
"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada jururawat dan doktor namun saya diberitahu masalah tersebut adalah perkara biasa dan semua orang telah biasa dengannya," katanya yang juga seorang suri rumah.
Dia juga sering mendengar bunyi bising di bahagian atas siling pada waktu malam yang mungkin disebabkan oleh bunyi tikus bergaduh.
Suri rumah, yang enggan dikenali itu berkata, dia sering melihat tikus menghidu topeng plastik oksigen anaknya dan akhirnya dia terpaksa meminta jururawat menukar topeng baru untuk anaknya.
Seorang lagi makcik kepada bayi berusia 11 bulan yang dimasukkan ke hospital kerana pnemonia berkata dia melihat tikus baring di atas kerusi, katil bayi dan di atas lantai.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata: "Saya telah memberitahu doktor mengenai perkara ini dan mereka yang ketawa dan memaklumkan kepada saya, tikus di wad ini ibarat haiwan peliharaan."
Pakar kawalan serangga perosak yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun, Ang Tan Loong berkata tikus yang membiak di hospital berkenaan mungkin daripada keluarga Muculus atau tikus rumah.
Beliau menambah tidak mungkin hospital berkenan dibanjiri dengan tikus betung atau Rattus Novegicus.
Keranan keluarga ratus adalah tikus tanah.
Ang berkata formula pengiraan secara kasar mengenai populasi tikus rumah di sesuatu tempat ialah darab dengan 10 bagi setiap ekor tikus yang dilihat.
"Tikus rumah mempunyai jangka hayat selamat lima tahun dan tikus betina boleh menghasilkan empat ekor anak tikus dalam tempoh empat bulan," kata Ang.
Ang berkata tikus betung boleh melakukan kemusnahan pada sistem pendawaian elektrik, sistem penghawa dingin selain menyebarkan penyakit leptospirosis melalui air kencingya.
Selain daripada ditemui di wad, tikus turut berada di kafeteria utama kompleks hospital tersebut menurut jurucakap hospital berkenaan.
"Daripada siasatan yang dijalankan tikus ini menyorok dalam sistem pembentungan menjumpai jalan ke hospital ini melalui pusat perniagaan berhampiran," katanya.
"Kita telah cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan memotong bahagian siling yang menjadi tempat keluar masuk mereka namun ia tidak berjaya.
"Kita juga telah menghubungi syarikat kawalan serangga perosak untuk menghapuskan tikus di hospital ini."
Jurucakap tersebut turut memaklumkan bahawa pihak hospital turut meminta bantuan daripada kampus utama USM di Pulau Pinang untuk mengkaji masalah berkenaan dan mencadangkan tindakan susulan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

tambah panas

Followers