There was an error in this gadget

Saturday, 21 December 2013

Aiman Hakim bercinta dengan Nur Fatiha?


               Aiman Hakim                                                                 Fathia Latiff

"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya.
"Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," kata Aiman Hakim mengenai status hubungan dengan pelakon jelita Nur Fatiha.

Friday, 20 December 2013

amiruddin cerai isteri kerana adiputra

"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis (semalam) pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama,kata Amirrudin.
Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain untuk kebaikan mereka bersama.
 Amiruddin Othman, 56, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra 

Thursday, 19 December 2013

linda onn bakal kahwin dgn kerabat raja


Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36,mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.Penyampai radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.

Wednesday, 18 December 2013

ALFATIHAH AZEAN IRDAWATY KEMBALI KERAHMATULLAH


Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi mengesahkan kematian pelkon tyerkenal Azean Irdawaty.

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.


PRIMODANA  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam tadi.

Monday, 16 December 2013

Amaran Hujan lebat di Pantai timur bakal banjir lagi kali ke 3

Berita Nasional Malaysia (Bernama) dipetik melaporkan:
Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata ia dijangka disertai air pasang besar dan tiupan angin kencang di Laut China Selatan.

Beliau mengulas lanjut mengenai kenyataan media jabatan itu yang menyatakan hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Antara kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Dungun dan Kemaman, di Pahang – Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor – Segamat dan Mersing.

Berhubung kejadian banjir di tiga negeri itu termasuk Kelantan baru-baru ini, Muhammad Helmi berkata antara faktornya adalah curahan hujan yang tinggi dalam tempoh singkat.

Katanya bacaan jumlah hujan yang dicatatkan di Kuantan adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu lebih 300 milimeter sehari, pada 2 Dis lepas.

"Bagaimanapun, sukar untuk kita mengaitkan episod hujan lebat ini dengan perubahan iklim. Tetapi para saintis mengakui ia disebabkan pertambahan kejadian cuaca ekstrem," kata Muhammad Helmi.

Bernama

Sunday, 15 December 2013

Dahlah petrol naik..tol pun naik jugak? Adoi...mamposlah macam ni...

Kalau lah macam ni jadi anak derhakalah aku...mana tidak nya nak balik kampong tengok mak bapak pun tak boleh...mamposlah macam ni....

Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya. 
    
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.  
    
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain. 
    
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di ibunegara hari ini. 
    
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baru tiba. 
    
"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya. 
     
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
    
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana. 
    
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. 
    
Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara.   
    
"Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. 
    
- Bernama

Thursday, 12 December 2013

ERMA FATIMA TERUS TUNJUK EGO

Erma FatimaUntuk apa pengarah terkenal Erma Fatima terus tunjuk keras kepala? Adakah ini menunjukkan lagak beliau....menjelekkan dan menjengkelkan. 

Satu laporan berita Sinar Harian memberitakan: 
KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula. Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.

Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.

Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.

Monday, 2 December 2013

takrif letrik bakal naik 15% mulai 1 Jan tahun depan

 Tarif elektrik akan naik sebanyak 15 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17 % bagi Sabah dan Labuan mulai tahun hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.
"Purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89% daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWh kepada 38.53 sen/kWh.
"Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap KWJ atau 16.9 %, daripada 34.52 sen setiap KWJ kepada 29.52 sen per Kwh," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Bagaimanapun Sarawak tidak akan terjejas dengan kadar terbaru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, katanya.
Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.
Ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen, Ongkili berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.
"Ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih menanggung subsidi melalui pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun bagi pengguna elektrik di Semananjung Malaysia, dengan RM2.4 bilion setahun khusus oleh pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.
"Bagi Sabah dan dan Wilayah Persekutaan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, dengan RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama," katanya.
Selaras penyelarasan kadar purata tarif elektrik daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53 sen/KWJ, beliau berkata kerajaan akan menyelaraskan semula tarif elektrik yang melibatkan pengguna domestik, komersil dan industri.
"Bagi pengguna domestik, purata tarif akan dinaikkan kepada 31.66 sen/KWJ daripada 28.63 sen/KWJ iatu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/KWJ (3.03 peratus).
Purata tarif komersil akan dinaikkan kepada 47.92 sen/KWJ daripada 41.01 sen /KWJ iatu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/KWJ (16.85 peratus)," katanya.
"Bagi tarif industri, kadarnya dinaikkan kepada 36.15 sen/KWJ iatu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/KWJ (16.85 peratus) daripada 30.94 sen /KWJ," katanya.Dr Maximus berkata peningkatan itu melibatkan empat komponen. "Ini termasuk kesan penyelarasan harga gas domestik, daripada RM13.70 MMBtu kepada RM15.20/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 1.52 peratus atau 0.51 sen/KWJIni juga melibatkan kesan penetapan harga gas asli cecair (LNG) yang diimport pada harga RM41.68/mmBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 10.17 peratus atau 3.41 sen KWJ," katanya.
Selain itu, Ongkili berkata kesan penyelarasan harga arang batu daripada AS$85 metrik tan kepada AS$87.5 metrik tan ke atas tarif elektrik adalah sebanyak 0.51 peratus atau 0.17 sen/KWJ.
"Semakan tarif asas TNB iatu kenaikkan sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen KWJ daripada kadar purata tarif semasa.
"Tarif asas tenaga ini akan dikawal selia melalui mekanisme insentif berasaskan peraturan (IBR) oleh Suruhanjaya TenagaBagi mengukuhkan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh kerajaan," katanya.
Di samping itu, Ongkili berkata kerajaan juga perlu memastikan syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkat pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.
Beliau berkata ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.
Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, termasuk RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama," kata Ongkili.
Selaras dengan penyelarasan kadar purata tarif elektrik daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53 sen/KWJ, beliau berkata kerajaan akan menyelaraskan semula tarif elektrik yang melibatkan pengguna domestik, komersil dan industri. "Bagi pengguna domestik, purata tarif akan dinaikkan kepada 31.66 sen/KWJ daripada 28.63 sen/KWJ iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/KWJ (3.03 peratus).
Purata tarif komersil akan dinaikkan kepada 47.92 sen/KWJ daripada 41.01 sen /KWJ iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/KWJ (16.85 peratus), manakala bagi tarif industri, ia dinaikkan kepada 36.15 sen/KWJ atau 5.21 sen/KWJ (16.85 peratus) daripada 30.94 sen /KWJ," kata Ongkili.
Beliau berkata peningkatan itu melibatkan empat komponen termasuk kesan penyelarasan harga gas domestik daripada RM13.70 juta MMBtu kepada RM15.20/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 1.52 peratus atau 0.51 sen/KWJ.
Ini juga melibatkan kesan penetapan harga gas asli cecair (LNG) yang diimport pada harga RM41.68/mmBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 10.17 peratus atau 3.41 sen KWJ," katanya.
Selain itu, Ongkili berkata ia juga disebabkan oleh penyelarasan harga arang batu daripada AS$85 metrik tan kepada AS$87.5 metrik tan ke atas tarif elektrik sebanyak 0.51 peratus atau 0.17 sen/KWJ "Semakan tarif asas TNB itu melibatkan kenaikan sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen KWJ daripada kadar purata tarif semasa. Tarif asas tenaga ini akan dikawal selia melalui mekanisme insentif berasaskan peraturan (IBR) oleh Suruhanjaya Tenaga.
Bagi mengukuhkan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh kerajaan," kata Ongkili.
Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkat pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.

tambah panas

Followers