There was an error in this gadget

Wednesday, 30 March 2011



 Lebih 300 buah rumah rosak akibat ribut yang melanda Kedah, Perlis dan Pulau Pinang petang kelmarin.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Di Baling, selain rumah rosak akibat ribut, lebih 1,300 penduduk daripada 305 keluarga terpaksa dipindahkan ke 14 pusat pemindahan setelah rumah mereka dinaiki air akibat limpahan Sungai Kupang.
Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memberitahu, kampung terlibat adalah Belakang Panggung, Pekan Khamis, Landak Hilir, Belakang Sekolah, Banggol Lahar, Cenerai dan Pekan Kupang.
Ribut yang berlaku selama dua jam mulai pukul 6 petang itu menyebabkan 212 buah rumah di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pendang serta 27 buah sekolah mengalami kerosakan.

Thursday, 24 March 2011

zulkifli nordin terima anugerah datok dari sultan pahang

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin (foto) berjaya mendapat"imunitinya" bila beliau dianugerahkan gelaran"Dato" oleh Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah hari ini. Beliau dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. 

cerita sebenar skandal video seks anwar


Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


PEROGOL YANG BEBAS



SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI

24 MAC 2011 

Rahim tamby chik memang dendam dengan anwar dah lama

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - bekas konsul besar Thailand di Malaysia - adalah mereka di sebalik video seks yang didakwa melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa Eskay adalah individu utama di sebalik penayangan video tersebut dan menjadi suara latar bercerita mengenainya.

NONE
Johari mendakwa, Eskay telah menunjukkan kepadanya video tersebut pada hari Isnin dalam sebuah bilik suit di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor - iaitu hanya beberapa jam selepas ia ditunjukkan kepada wartawan dan editor.

Katanya, selepas berbual, Eskay tiba-tiba menekan butang 'play' dan memainkan video tersebut di skrin besar komputer dalam bilik itu. Menurut Johari menyaksikan keseluruhan video tersebut.

Katanya, selepas itu, bekas ketua menteri Melaka, Abdul Rahim, masuk ke bilik tersebut menemui mereka.

Isnin lalu, satu video seks seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan 
editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Anwar telah menafikan terbabit dalam video tersebut.

Menurut Johari lagi, beliau kemudiannya menghubungi bapa saudaranya, yang menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, adalah seorang ahli perniagaan dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, untuk mengadakan pertemuan.

Beliau kemudiannya menemui bapa saudaranya itu pada jam 4 petang hari Isnin di Hotel De Palma, sebelum dibawa ke Hotel Flamingo.

Selepas melihat video tersebut, Johari berkata, beliau berbincang dengan pemimpin PKR mengenai langkah seterusnya.

Johari, bagaimanapun, menegaskan bahawa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Beliau menjelaskan ia kerana terdapat beberapa perbezaan fizikal antara Anwar dan lelaki dalam video tersebut.

NONEMenurut Johari, mereka yang kenal rapat dengan Anwar akan tahu itu bukan ketua umum PKR tersebut

Beliau kemudiannya menyebut empat ciri-ciri fizikal utama 'pelakon' tersebut dalam video hitam putih itu - berkulit terlalu cerah, punggungnya berisi, bahunya terlalu lebar dan tegap berbanding dengan Anwar, serta berperut buncit.

Sebaliknya, tambah beliau, mereka yang kenal rapat dengan Anwar akan tahu bahawa punggungnya 'tirus' (nipis), bahunya tidak berisi dan perutnya tidak buncit. 

"Kulit Anwar juga tidak cerah, kita semua tahu warna kulit beliau," katanya 

Wednesday, 23 March 2011

Kes liwat Anwar: Hakim tukar keputusan 3 barang diterima


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan - ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.
Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.
Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan jyang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Tuesday, 22 March 2011

Datok T takut serah video pada polis

Pita video seks yang didakwa memaparkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diserahkan kepada polis, menurut satu email yang didakwa ditulis oleh Datuk T dan diedarkan di kalangan wartawan hari ini.

Sebaliknya, dalam email itu, Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO.

Datuk T berkata keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi ini bagi menafikan sebarang pembabitannya.

Katanya, jika klip video berkenaan diserahkan kepada polis, Anwar akan mendakwa pihak berkuasa berkonspirasi menentangnya jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahinya.

“Justeru, saya memutuskan tidak menyerahkan rakaman itu kepada pihak berkuasa. Saya akan serahkannya kepada suruhanjaya awam yang dianggotai oleh media dan NGO,” petik email itu.

“Saya jangkakan beliau dan isterinya tidak berminat menerima salinan rakaman itu daripada saya Isnin depan.

“Oleh demikian, saya meminta mereka di kalangan media dan NGO untuk dengan segera membentuk suruhanjaya awam yang bebas bagi menyiasat ketulenan pita itu.

"Suruhanjaya itu boleh membawa pakar forensik daripada mana-mana negara bagi menentukan ketulenan rakaman berkenaan,” katanya.

Menurut Datuk T, beliau juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat.

“Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar,” katanya.

Bagaimanapun ketulenan email tersebut juga tidak dapat dipastikan dan dipercayai diedarkan oleh wartawan kanan daripada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, beberapa jam selepas laporan polis Anwar dibuat.

Monday, 21 March 2011

Anwar Ibrahim diserang lebih parah! viseo seks bersama pelacur

Menurut Malaysia Chronicles:


UPDATE2 A new and doctored video tape showing Opposition Leader Anwar Ibrahim with a female prostitute was shown to senior journalists of the mainstream media in a bid to "smear" him ahead of the crucial Sarawak by-election.
"Yes, it was a video to implicate Anwar. The person in the video who looks like Anwar was with a female prostitute," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
According to Tian, the video was shown at swanky Carcosa Negara by a group of people who asked for anonymity. That itself destroys their credibility and shows that the whole objective of the presentation was to further defame Anwar, Tian added.

Thursday, 17 March 2011

Siapa pernah main dengan Ummi Hafilda?


”Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya ‘birth mark’ yang ada di tubuh ini!”

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan Beginda Minda, yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.
Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa “menjaja” isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Wednesday, 16 March 2011

Penduduk Kg Baru akan jumpa Sultan Selangor


Penduduk Kampung Baru tidak akan berdiam diri jika kampung halaman mereka mahu dibangunkan sesuka hati tanpa persetujuan dan perbincangan yang telus.

Malahan, mereka tidak keberatan untuk bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika itu merupakan salah cara untuk mempertahankan tanah warisan mereka.

Salah seorang wakil penduduk berkata, mungkin istana sahaja yang mampu menyelesaikan masalah mereka sekiranya ia tidak berjaya diselesaikan di peringkat parlimen.

"Kalau kita tak berjaya di parlimen, kita menghadap Sultan Selangor, kalau itu juga tidak berjaya kita akan rayu seluruh penduduk Kampung Baru, kita adakan reformasi untuk membela tanah Kampung Baru ini,"katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Majlis menyaksikan beberapa ahli parlimen  Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan kepada penduduk Kampung Baru.

Namun malangnya, majlis yang sepatutnya turut disertai ahli parlimen BN itu, tidak berjaya menarik minat mereka untuk bersama-sama mendengar suara hati rakyat Kampung Baru.

Menurut Munir Nazir pula yang menetap di Kampung Baru sejak tahun 70-an lagi berkata, kerajaan sepatutnya melupakan hasrat untuk melakukan pembangunan di
kawasan yang menjadi lokasi kediaman dan sumber rezeki penduduk Kampung Baru.  

"Di sini saya hendak memberitahu, tolong beritahu kepada menteri-menteri yang dikatakan Menteri Wilayah itu, anak-anak Kampung Baru yang ada di sini, kalau tidur
tolong jangan bangunkan, anak-anak Kampung Baru kalau dia bangun susah nanti, tolong sedarkan Menteri Wilayah itu," kata Munir.

Beliau turut mengingatkan, jika kerajaan tetap berdegil mahu pembangunan dijalankan di satu-satunya kampung di ibu negara itu, pemilik dan pewaris Kampung Baru hendaklah dibayar dengan pampasan setimpal dan menyiapkan kawasan penempatan baru yang berbaloi seperti yang dimiliki sekarang.

"Kalau dibiarkan kawasan pasar minggu dibangunkan, biarkan kami dipindahkan tempat yang munasabah dan kami dibayar dengan baik baru dipindahkan, bukan halau begitu saja duduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR),"katanya lagi.

Tuesday, 15 March 2011

UMI HAFILDA KELENTONG DAN DI KELENTONG

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE
Baginda mengaku ada skandal dengan umi
Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Monday, 14 March 2011

Letupan ketiga di loji fukushima




EXPLOSION AT JAPANESE$ NUCLEAR PLANT - bbc

A second explosion has hit a Japanese nuclear plant that was damaged in Friday's earthquake, but officials said the reactor core was still intact.

A huge column of smoke billowed from Fukushima Daiichi's reactor 3, two days after a blast hit reactor 1.

The latest explosion, said to have been caused by a hydrogen build-up, injured 11 people, one of them seriously.

Soon afterwards, the government said a third reactor at the plant had lost its cooling system.

Water levels were now falling at reactor 2, which is to be doused with sea water, said government spokesman Yukio Edano.

A similar cooling system breakdown preceded the explosions at reactors 1 and 3.

Evacuations

Japanese officials are playing down any health risk, but the US said it had moved one of its aircraft carriers from the area after detecting low-level radiation 100 miles (160km) offshore

Friday, 11 March 2011

KEAS LIWAT ANWAR: JUDE PREIRA PECAH TEMBELANG


Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menemui pengadu Saiful Bukhari Azlan terlebih dahulu sebelum Saiful bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak Jun 2008, pegawai penyiasat kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah tetapi tidak mengambil keterangan daripada Najib.
Keterangan Jude memperakui pembabitan langsung Rosmah dan Najib dalam tuduhan fitnah liwat yang di kenakan terhadap Anwar yang selama ini menegaskan wujud agenda politik untuk sekali lagi mensabitkan beliau atas tuduhan liwat, menggunakan bukti reka cipta, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998.

"Saya ada ambil kenyataan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Hadirin yang berada di dalam mahkamah terkejut dengan maklumat tersebut.

Peguam Karpal Singh kemudiannya mengarahkan Jude untuk mengesahkan kenyataan beliau.

"Ada" kata Jude.

Sebelum itu, Jude mengakui tidak ada cubaan merekodkan kenyataan Anwar susulan laporan polis Saiful sehingga Ketua Pembangkang ditangkap pada 16 Julai 2008.

Jude juga mengakui Anwar diberikan notis untuk memberi  keterangan tetapi waran tangkap dikeluarkan terhadap Mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau ketika itu dalam perjalanan ke Balai Polis untuk memberi keterangan.
"Seksyen 112 adalah untuk merekodkan kenyataan, bukan untuk menangkap Anwar. Jadi kenapa Anwar ditangkap?", tanya Karpal.

Jude berkata beliau memohon waran itu atas pertimbangannya sendiri tetapi tidak pula menjelaskan asas-asas tindakannya itu.
Pengawai kanan polis itu terus menimbulkan kecurigaan apabila memeberitahu mahkamah beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana petugas lokap D9 IPKKL supaya tidak menyentuh barang-barang di dalam lokap.

Sebelum ini, petugas-petugas lokap yang dipanggil ke mahkamah sebagai saksi mengesahkan Jude sememangnya mengeluarkan arahan sedemikian.

Kredibiliti Jude terus tercemar apabila Karpal mengeluarkan laporan rasmi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang membuat perakuan bahawa pegawai polis itu memberi keterangan palsu berhubung siasatan badan berkenaan ke atas penahanan lima peguam tanpa waran tahun lalu.
Perbicaraan bersambung..


Thursday, 10 March 2011

cubaan lindungi perbelanjaan isteri Rosmah yang tak logik


Cubaan menteri untuk menutup jumlah sebenar perbelanjaan lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke tiga buah negara di parlimen mendapat cemuhan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang ditemubual Tv Selangor menyifatkan perbelanjaan sebenar lebih besar daripada yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Justeru tuntutan supaya nilai sebenar dikemukakan selain penyelewengan fakta yang tidak munasabah memberi tanggapan bahawa kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) cuba membohongi rakyat secara langsung.
"Itu jelas dari segi persepsi ada penyelewengan fakta yang mungkin dilakukan kerana ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah membangkitkan perkara ini dan ianya menjadi isu nasional termasuk ada satu jabatan khusus untuk mengendali isteri Perdana Menteri yang tidak pernah dalam sejarah politik tanah air," kata beliau.
Nazri dalam jawapan bertulis kepada Parlimen mengemukakan senarai lawatan Rosmah ke dua negara Timur Tengah dan Bangladesh Januari lalu namun tidak menjelaskan secara terperinci wang rakyat sebanyak RM134 ribu itu dibelanjakan.
Menurut Nazri lagi, kelulusan telah diberikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri BN serta beberapa pegawai kanan kerajaan.
Shamsul menambah, pakatan rakyat sering meneliti perbelanjaan yang menggunakan wang rakyat justeru bertindak untuk melindungi penyalahgunaannya oleh pihak tertentu.
Beliau turut menyarankan agar pendekatan kebebasan maklumat yang dilaksanakan kerajaan Selangor digunapakai oleh kerajaan persekutuan seraya membuka ruang kepada pemantauan lebih efisien perbelanjaan wang rakyat.
"Sebab itu daripada awal lagi saya konsisten menjelaskan terdapat usaha untuk menutup perbelanjaan sebenar. Saya percaya kalau ada kebebasan maklumat seperti yang dilakukan di Selangor, kita boleh dapatkan perbelanjaan yang sebenar kerana daripada program yang dilakukan untuk mempromosi isteri Perdana Menteri telah menelan jutaan ringgit. Saya cabar menteri supaya memperincikan belanja RM134 ribu," kata Shamsul lagi.

Wednesday, 9 March 2011

SAIFUL BUKHARI TERASA BAGAI ANAK DARA

Dr Razuin berkata,dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat. "Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat."Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," 


Namun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.


Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.



Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.



Terdahulu, Dr Razuin juga mendakwa sebahagian tulisan dalam borang
proforma diisi pegawai penyiasat, Jude Pereira.



Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Tuesday, 8 March 2011

Anwar lega bukti tak boleh diguna


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.
Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.
"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.
Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.
Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.
Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.

PRK Merlimau dan Kerdau: PR gagal hakis majoriti BN



Ia semestinya berita buruk buat Pakatan Rakyat, apabila kecundang dalam kedua-dua PRK DUN Merlimau dan Kerdau, menjelang ulang tahun ketiga selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.  Lebih-lebih lagi, matlamat PR untuk "menghakis undi majoriti" turut gagal, apabila BN berjaya meraih majoriti yang lebih besar berbanding tahun 2008.
PRK Merlimau
Di Merlimau, calon UMNO-BN Roslan Ahmad menewaskan calon PAS-PR Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi.  Berbekalkan peratusan pengundian setinggi 78.98%, Roslan memenangi 5,962 undi, sementara Yuhaizad hanya memperolehi 2,319 undi.
Jumlah pengundi untuk N.27 DUN Merlimau adalah 10,679 orang, dengan 6,850 orang Melayu (64.14%), 2,225 orang Cina (20.83%), 1,567 orang India (14.67%) dan lain-lain (0.34%).  Pada PRU ke-12, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN memperolehi 4,981 undi, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas Jasmi Tompang (PAS).  Peratusan pengundian pada tahun 2008 itu adalah 76.18%.
PRK Kerdau
Di Kerdau pula, calon UMNO-BN Syed Ibrahim yang meraih 5,060 undi, berjaya menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi, dalam PRK yang mencatat peratusan pengundian setinggi 83%.
Untuk N.28 DUN Kerdau, jumlah pengundi ialah 8,999 orang, dengan 7,988 orang Melayu (88.7%), 454 orang Cina (5%), 298 orang India (3.3%), dan lain-lain (2.9%).  Dalam PRU pada tahun 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim daripada BN memperolehi 4,135 undi, menewaskan Hassanuddin Salim daripada PAS dengan majoriti 1,615 undi.  Peratusan pengundian pada PRU ke-12 adalah 75.3%.
Dengan kata lain, BN berjaya meningkatkan undi majoriti sehingga melepasi paras yang dicapainya pada tahun 2008, malah lebih tinggi daripada PRU ke-11 di Kerdau.  Pada tahun 2004, Redzwan Harun dari BN menang dengan majoriti 2,565 undi di Kerdau.  Kekesalan PR mungkin hanya terubat dengan keputusan di Merlimau, memandangkan pada tahun 2004, Mohamad Hidhir Abu Hasan menang dengan majoriti 5,087 undi.
Sesetengah pemimpin dan penyokong UMNO-BN masih menyimpan keputusan PRU ke-11 pada tahun 2004 sebagai nostalgia, memandangkan BN meraih sokongan yang tinggi di bawah pimpinan PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi yang baru mengambil-alih tampuk kerajaan pada ketika itu.  Bagaimanapun, sokongan kepada BN menjunam secara mendadak pada tahun 2008, dilihat sebagai fenomena "luar biasa" buat BN.
Keadaan tidak memulih, meskipun Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009.  dalam tiga PRK serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, BN hanya mampu menang satu daripadanya, ketinggalan dengan kedudukan 1-4.  BN hanya menamatkan kekalahan dirinya di Semenanjung, apabila Isa Samad menyumbang melalui PRK Bagan Pinang, pada 11 Oktober 2009.
Bagaimanapun, BN gagal mendakwa bahawa itu detik kebangkitan semula dirinya.  Meskipun menang di Hulu Selangor selepas itu, tetapi tewas pula di Sibu, belumpun genap sebulan selepas pertarungan di Hulu Selangor.  PRK kemudiannya memperlihatkan pola pengundian, di mana pengundi Melayu, kampung masih memihak kepada BN; sementara pengundi Cina, golongan muda dan bandar lebih menyebelahi PR.
BN kini berjaya mencipta kemenangan lima PRK berturut-turut dalam masa terdekat, dari Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau hinggalah Kerdau.  Kesemua negeri telah menjalani sekurang-kurangnya satu PRK selepas PRU ke-12, melainkan negeri Perlis.  Keputusan ini semestinya melemahkan semangat PR, lebih-lebih lagi apabila langkah PRU ke-13 semakin mendekat.

Mengikat kedudukan 8-8
Berikutan kemenangan ini, BN berjaya mengikat kedudukan 8-8 dalam 16 PRK yang diadakan selepas PRU ke-12.  BN menerima tamparan pertama dalam PRK Permatang Pauh, menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar, pada Ogos 2008.  Kemudian, BN tewas sekali lagi, memberikan kerusi parlimen tambahan Kuala Terengganu kepada PAS-PR, pada awal tahun 2009.

Friday, 4 March 2011

UMI HAFILDA KAKI FITNAH - AZWAN ALI


Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.
Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

Umi Hafilda meraung merengek, Anwar buat tak layan

Suasana panas seawal jam 9 malam lagi apabila pengerusi majlis juga saling cabar-mencabar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila tempat ceramah cuma dipisahkan sebatang jalan raya apabila Ummi Hafilda mengadakan ceramah di Felcra Rumpun Makmur, di tempat yang sama dengan Anwar 
NONENONE
Ketika ceramah bermula, daripada 1,000 penonton - 700 di pihak Pakatan Rakyat dan 300 di pihak BN - ratusan orang masih berdiri di bahu jalan untuk menjerit, menyorak, mengejek dan mengebu lawan mereka.Bagaimanapun, suara penyokong Pakatan Rakyat nyata menenggelamkan sorakan lawan mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan tua.


Jangan layan dia. Lagi dilayan harganya makin naik, daripada upah RM500 jadi RM600," sindir Anwar sesekali.

Blog Archive

tambah panas

Followers