There was an error in this gadget

Sunday, 24 November 2013

Sultan Johor titah cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengumumkan perubahan cuti hujung minggu Johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014 pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar Johor pada Sabtu. Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan).-Foto BERNAMA
 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.
"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja, Muar.
Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

Zed Zaidi diisytihar Presiden Seniman tidak sah oleh Mahkamah Tinggi

Pada Khamis lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, di sini, adalah terbatal dan tidak sah.
Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).
Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.
Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.
Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang terpaksa akur jawatannya telah gugur selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis lalu memutuskan semua ahli jawatankuasa persatuan berkenaan tidak sah.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, kesilapan yang dilakukan oleh pasukan pemimpin Seniman sebelumnya adalah satu perkara yang amat menyedihkan kerana ia turut mengheret kepimpinan terbaharu dalam kemelut tersebut sehingga peranan mereka dibatalkan.

Monday, 18 November 2013

DANGA BAY BERHANTU KERANA VILLA NABILLA TELAN 23 KANAK-KANAK?


Pintu masuk ke Villa Nabila.
Baru-baru ini, portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo itu terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Terdapat beberapa versi bagaimana banglo berusia 40 tahun itu mendapat namanya termasuk kisah pembunuhan keluarga Caucasian kaya yang pernah tinggal di situ.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.
 Laporan mengenai kehilangan seramai 23 orang kanak-kanak di banglo berhantu, Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima satu laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.
"Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Khabar angin tersebar di Internet mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di rumah tinggalan itu dilaporkan hilang.

Friday, 15 November 2013

DJ HOTFM FAIZAL ISMAIL LETAK JAWATAN

"Saya berhenti bukan kerana ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan tapi saya memang nekad untuk berhenti daripada tugasan rutin sebagai penyampai radio.
: Penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail tuduhan peletakan jawatannya yang diumumkan secara mengejut sebelum ini disebabkan menghadapi krisis dengan pihak pengurusan stesen radio berkenaan.
Faizal atau nama sebenar Mohd Faizal Ismail, 37, berkata, peletakan jawatan itu merupakan satu keputusan untuk dia menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diceburinya.
Tambah Faizal, dia ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat produksi FBI Entertainment yang baru ditubuhkannya sejak dua bulan lalu.
Dalam pada itu, dia juga sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai motosikal hasil usaha sama dengan sebuah syarikat permotoran.
"Saya mahu cuba bidang lain terutamanya dalam penerbitan program-program untuk televisyen dan penganjuran majlis.
"Saya rasa sudah sampai masa untuk saya berhenti dan cuba perkara baharu. Saya tidak mahu menjadi penyampai radio untuk selama-lamanya.

Thursday, 14 November 2013

MBSA sudah kena jolok...Ada masyuk????

Sebuah restoran di Kota Kemuning Shah Alam sungguh meriah pada malam hari. Restoren ini khabarnya milik orang melayu namun dikendalikan oleh orang Siam.
Huh...sampai nak parking pun tiada tempat dah. Manakan tidak  tempat parking habis semua dikongker restoren tersebut. Beberapa petak parking penuh dengan kerusi meja...Amboi...hebat nampak.
Ni ha...MBSA tido ka?perut kenyang fulus masyuk..tidolah tutup mata apedehal?

Thursday, 7 November 2013

Agen Zionist Yahudi Israel muncul di Jalan Kebun

Pencerobohan sempadan ala Israel menindas Palestine dilakukan oleh PPD Kelang.
Ada masyuk?
Tanah jiran diceroboh tanpa pengesahan sempadan oleh Pentadbir tanah. Hanya mengikut juruukur yang dilantik oleh kontraktor tender projek mendirikan pagar.
PPD pejabat Pelajaran Daerah Kelang umpama Israel!. membuat sempadan sendiri?
Kenapa tak ikut batu sempadan?
Kenapa dirikan pagar sebelum disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Kelang?
Tender ini ada unsur rasuah?
Hanya sebualan tender dibuka sudah terus buat kerja tanpa surat aku terima?
Bantahan pemilik tanah  bersebelahan mengenai garis sempadan (my point of view)
tidak diendahkan!















Sempadan yang diceroboh PPD Israel..mendirikan pagar dahulu sebelum ada kepastian.Kepala hotak bingai!
melayu yang berjiwa Israel...Takbir Alahuakbar.
Tanah ini asal tok nenek yang mebuka kampong ini. Suka hati mak bapak dia alih sempadan. PPD yang bejat!
Kami tidak berdiam diri!......demikianlah rungut pemilik tanah lot3615 kg batu 7 jalan kebun kelang kepada admin Blogterhot mengadu pencerobohan tanah yang dilakukan oleh PPD kelang pada sempadan tanahnya.

Wednesday, 6 November 2013

Remaja Ditemui Mati, Bermain Komputer Tanpa Henti

p.pinang: Seorang remaja, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.
Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.
Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.
Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
"Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu.
"Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya," katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.
Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.

tambah panas

Followers