There was an error in this gadget

Wednesday, 31 July 2013

Polis kesan suspek pembunuhan pengasas Ambank

Polis berjaya kesan suspek tembak pengasas AmbankIsteri pengasas AmBank Group, Cheong Mei Kuen, 49, yang mengalami kecederaan selepas ditembak dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Polis berjaya mengesan penjenayah yang menembak mati pengasas Arab Malaysian Bank, Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, 75, di sini, kelmarin, dari rakaman litar tertutup (CCTV) kelmarin dan percaya dia ialah pembunuh upahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil penelitian rakaman CCTV di kawasan tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang itu, polis berjaya merakam sepenuhnya pembunuhan itu dan wajah penjenayah tersebut.

“Siasatan ini menunjukkan perkembangan positif kerana (kita berjaya) merakam secara keseluruhan lokasi kejadian.

“Kita sedang merakam percakapan saksi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, polis percaya pembunuhan itu dirancang dan motifnya ada kaitan dengan urusan jual beli hartanah.

“Ia dilakukan pembunuh upahan, tetapi siapa dalang di sebalik pembunuhan ini masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan teksi yang dinaiki tiga suspek pada masa kejadian itu.

Polis, katanya, sudah mengambil keterangan tujuh orang saksi di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan mengambil keterangan daripada individu yang dijumpai mangsa sebelum beliau ditembak kira-kira jam 2 petang.

“Kita masih belum mengambil keterangan daripada isteri dan rakan niaga mangsa, dan (perkara ini) akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuen, 49, terkena tembakan di tangan dan paha. Beliau kini di rawat di Pusat Perubatan Prince Court. Keadaan beliau stabil.

Sementara itu, jenazah Hussain dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak semalam.-SH

Thursday, 25 July 2013

Gurubesar terlampau digantung tugas?

Sekolah di Sungai Buloh diarah tukar tempat makan  Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh Mohamad Nasir Mohd Noor berkata beliau diarahkan bercuti seminggu ekoran kontroversi melibatkan bilik persalinan sekolah tersebut yang dijadikan kantin sementara untuk muridnya.
Laporan Utusan Online yang memetik kenyataan Mohamad Nasir menyebut, Jabatan Pelajaran juga akan memutuskan tindakan selepas tempoh tersebut.

Mohamad Nasir berkata beliau juga membuat laporan polis atas dakwaan difitnah oleh ibu bapa dan pihak tertentu “secara tidak bertamadun”.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya seperti dipetik Utusan Online.

Wednesday, 24 July 2013

Sekolah sewel....Guru Besar arah murid makan ditandas.

Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, dekat sini ke tempat lebih bersih dan munasabah.

(Gambar tidak dapat disiarkan untuk mengelak dari tindakan akta hasutan.... Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.
Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan “boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum”.

"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Gambar yang berlegar di Facebook itu dilaporkan mencetus kontroversi di kalangan pengguna Internet 

Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu.

Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.
Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut. ,.....MK)

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama Islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali.

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan Selasa.

Beliau mengulas dakwaan kononnya murid bukan Islam di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di tandas semasa Ramadan. Gambar yang tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Kamalanathan berkata: "Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara.

"Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum."

Sambil memohon maaf sekiranya apa yang berlaku mewujudkan perasaan tidak selesa dalam kalangan ibu bapa, timbalan menteri itu berharap kejadian seumpama itu tidak berulang. - Bernama.

Sunday, 21 July 2013

Karpal masuk hospital: Perbicaraan liwat Amwar mungkin dittangguh esok

 Mahkamah yang sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, esok, mungkin ditangguhkan.

Menurut The Malaysian Insider, penangguhan itu ekoran peguam bela Anwar, Karpal Singh tidak sihat.

"Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi.

"Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal kepada portal itu.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan dua hari bermula esok bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Thursday, 18 July 2013

Pelakon Asraf Muslim nikah lagi di Siam

Ashraf Muslim Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Mohd Ashraf Muslim yang sebelum ini memfailkan permohonan berpoligami, menarik balik permohonan tersebut, di Mahkamah Tinggi, di sini.

Tindakan menarik semula permohonan tersebut dibuat ekoran mahkamah dimaklumkan, Ashraf telah pun bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi di Thailand, minggu lepas.

Hakim, Muhamad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonan tersebut dan memerintahkan Ashraf membayar kos sebanyak RM8,000 kepada isteri pertamanya, Nordayana Mohd Lokman sebagai kos.

Tuesday, 16 July 2013

bahan kimia punca kebakaran di uitm, shah alam




Kejadian pukul 4.15 petang itu, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam terbakar petang semalam.."Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.

- Bernama

Tuesday, 9 July 2013

Nenek glamour janda hero sukan negara bertunang dgn org mude

Dalam botol....Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Mohd Eddie Ghazali pada 15 Julai ini.
Menurut laporan Kosmo! pada Selasa, Raja Azmi, 54, akan mengadakan acara pertunangan itu di kediamannya di Ampang kira-kira pukul 6 petang dan diikuti solat Maghrib berjemaan serta majlis berbuka puasa.
Tambahnya lagi, desakan daripada anak-anaknya yang mahu melihat hubungannya dengan Eddie mempunyai ikatan yang lebih kuat membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertunang.
"Pada usia saya sekarang ini, sudah tentu tidak sesuai untuk bertunang tetapi menerusi perbincangan bersama anak-anak, mereka mendesak saya supaya ada ikatan yang lebih kuat antara saya dan Eddie.
"Tujuan mereka mendesak saya bertunang kerana mahu melihat sejauh mana Eddie serius dengan saya. Apabila saya menyatakan perkara ini kepada Eddie, akhirnya dia bersetuju untuk masuk meminang," ujarnya.
Raja Azmi swbelum ini pernah berkahwin dengan bekas jaguh badminton negara iaitu Jailani Sidek sebelum bercerai talak satu pada 27 Jun tahun lalu di Mahkmah Syariah Rendah Gombak Timur selepas 28 tahun berumah tangga-.Ms

Tuesday, 2 July 2013

Pelakon Fida Ibrahim jadi peserta Akademi Fantasia 10

Astro ambil Fida Ibrahim sebagai peserta AF sebagai untuk menarik rating.
 Setelah beberapa kali mencuba untuk menembusi program realiti, Akademi Fantasia akhirnya salah seorang juri, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi mengesahkan pelakon dan penyanyi, Rafida Ibrahim telah berjaya diserap sebagai peserta yang disenarai pendekkan dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).
Pun begitu, Cikgu Syafi berkata dia kurang bersetuju apabila Rafidah Ibrahim atau dikenali sebagai Fida Ibrahim diberi peluang untuk menyertai AF 2013 kerana penyanyi lagu versi baru Apa Kono Eh Jang itu sudah pun membina nama di luar tanpa perlu memasuki pertandingan nyanyian seumpama itu.
"Sebenarnya dia mendapat markah yang paling rendah daripada saya dan markah tinggi daripada 2 juri lain oleh kerana itu dia dipilih untuk menjadi peserta yang disenarai pendekkan.
"Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja.
"Kalau boleh saya mahu peserta yang berbakat dan belum pernah diberi peluang untuk menghadiri ujibakat seterusnya diserap masuk ke AF 2013. Bukan apa, kasihan kepada mereka yang benar-benar mahu mendapat peluang ini," katanya kepada murai.com.my
Cikgu Syafi ditemui ketika menjadi juri kepada lokasi terakhir ujibakat AF 2013 di Shah Alam Convention Centre, pada Sabtu lalu.
Selain Cikgu Shafi, 2 juri lain yang terlibat di kesemua lokasi ujibakat AF 2013 adalah pelakon dan pengacara, dari Singapura, Najib Ali dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqeem.
Menurut, Cikgu Syafi lagi, dia tidak menggalakkan artis atau pun penyanyi untuk menyertai program realiti seperti Akademi Fantasia kerana merasakan mereka sudah punya peminat tersendiri dan tidak adil untuk peserta yang baru dalam indusrti.
"Kalau boleh, biarlah semua peserta yang terpilih terdiri daripada mereka yang belum ada pengalaman dalam bidang ini. Selain Fida, sebelum ini Iz Sulaini dan Chaq iaitu abang kepada Stacy juga ada menyertai ujibakat dan sudah tentu mereka berjaya diserap sebagai peserta yang disenarai pendekkan," jelasnya lagi.

tambah panas

Followers