There was an error in this gadget

Tuesday, 28 February 2012

pengakuan wanita yang dituduh berkhalwat derngan Dr Badrulamin


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Bahron tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini Isnin untuk memberi keterangan berhubung kes khalwat yang membabitkan isteri orang. Badrulamin ditemani isterinya, Zumrah Husni (kiri). Foto BERNAMA

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!
“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.  

Thursday, 23 February 2012

Kondominium NFC dibeli tanpa kelulusan lembaga pengarah


Pelaburan hartanah Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) telah dijalankan tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya, akhbar harian Inggeris the Sun melaporkan hari ini.
Kondominium di Marina Bay Suite, Singapura yang dibeli keluarga Shahrizat
Menurut muka depan akhbar itu, yang turut disiar Malaysiakini, melaporkan tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media.
Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas penyelewengan NFC, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun.
“Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi,” kata sumber itu.
KEADILAN sebelum ini membongkar pembelian hartanah oleh NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dari dana RM250 juta yang diperuntukkan kepada NFC.
Antaranya membeli dua unit kondominium di One Menerung Bangsar dan tiga lagi di Singapura berjumlah lebih RM50 juta, selain dua lot tanah di Putrajaya Jaya atas nama suami dan anak Shahrizat.
Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan.
Menurut akhbar itu lagi, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan berhubung perbelanjaan daripada dana pinjaman mudah RM250 juta yang disediakan oleh kerajaan.

Tuesday, 21 February 2012

isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan mengaitkan dua individu berkenaan mendapat habuan kerana peranan mereka membantu rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009.

Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua syarikat yang menerima konsesi itu iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd
Manakala Isteri Tun Zaki pula merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.
Sehubungan itu,Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar antara lain menuntut Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis.

Monday, 20 February 2012

Pelakon 80an Latiff Ibrahim meninggal dunia - Alfatihah

Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Wednesday, 15 February 2012

NFC jelas pecah amanah - Nazri Aziz


Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.
“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.
“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkan kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.
“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.
Malah, Nazri (gambar) turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).
“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya,” katanya.

Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.
Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.
“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.
“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.
Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.
“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.
PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.
Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.
Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

Sunday, 12 February 2012

Kematian Whitney Houston berlebihan ambil dadah

Whitney Houston in Brisbane 2010 AFP melaporkan pada pukul 3:55 petang (semalam), Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles.
Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen. Polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha dibuat untuk memulihkan beliau.

“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,”

Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan

Thursday, 9 February 2012

Hubungan dagang kerajaan BN dengan Israel ada kaitan dengan felda

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda.

Menurut Chegu Bard, hasil dokumen yang berjaya diakses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan minyak sawit yang dibekalkan ke Israel.Pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia dengan Menteri Israel bukti hubungan diplomatik terselindung wujud
dokumen rasmi kastam yang mencatat antara hubungan dagang Malaysia - Israelkeratan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan Kastam dan MiTi membuktikan kemasukan barang dari Israel untuk dipasang dalam negara sebelum dijual semula ke luar negara dari Malaysia.
“SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran, tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.
“Rakyat sering didera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam masa sama negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel,” ujarnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Wednesday, 8 February 2012

SPRM panggil Shahrizat untuk soalsiasat

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan kepadaMalaysiakini bahawa Shahrizat Jalil kini di pejabat SPRM putrajaya. Shahrizat Abdul Jalil telah dipanggil ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.NONE
Shahrizat tiba sekitar jam 4 petang. Beliau dipercayai sedang disoalsiasat berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya.

Dua lagi kondo RM 34.6juta keluarga shahrizat di Singapura

Kondominium berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak  berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri itu di Brawn Steakhouse.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini., kondominium mewah yang dibeli pada 27 Mei 2010 itu dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Keluarga Shahrizat juga kata Rafizi, perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membayar balik pinjaman yang dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).Dengan pendedahan terbaru ini, katanya, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC ialah 62,160,913.
Ia termasuk pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar dan sebuah lagi di Orchard Scotts, Singapura,  pembelian Mercedez Benz, dan dua lot tanah di Putrajaya seperti yang didedahkan sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli telah melantik barisan peguam terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasanuntuk menghadapi saman yang dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Jalil. mengenai skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga menteri itu.

pdrm belum dapat pengesahan penahanan bekas kekasih Elizabeth Wong


Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas.
"Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes yang melibatkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.
Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran yang tertentu. - BERNAMA

puting beliung musnahkan bumbung apartment teratai, bukit subang


RANAP... Kelihatan sebahagian bumbung Blok Pangsapuri Teratai di Bukit Subang, Shah Alam ranap dipukul ribut kencang pada kejadian pukul 3.30 petang ketika tinjauan fotoBERNAMA malam Selasa. Sebanyak 120 unit rumah terbabit dalam kejadian ini, di mana sembilan unit rumah lagi mengalami kerosakan teruk.
Bumbung 120 unit rumah di Pangsapuri Teratai, Seksyen 16, Bukit Subang dekat sini diterbangkan angin dalam satu kejadian ribut petang Selasa.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri. - BERNAMA

Monday, 6 February 2012

Bekas kekasih (gambar bogel Eli) Elizebeth Wong ditahan Imigresen Indonesia

Portal berita detiknews.com dari Indonesia menyiarkan laporan penahanan seorang lelaki warga Malaysia yang dikenali sebagai Azmin Heli bekas teman lelaki kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.oleh Jabatan Imigresen negara itu pada Jumaat lalu di Batam kerana memiliki pasport palsu.
Hasil pemeriksaan pihak imigresen, Azmin mengaku berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975 dan beralamat di Jalan 4H, Ampang Selangor.
Berita itu juga menyebut bahawa Azmin yang memasuki Indonesia sejak 15 Februari 2009 menggunakan pasport Malaysia 
Pada 2009, negara digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth oleh bekas teman lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Hilmi Malek.
sumber: http://us.detiknews.com/read/2012/02/04/160653/1834235/10/miliki-ktp-kk-batam-palsu-warga-malaysia-ditangkap

Zaid tetap bubarkan KITA


 “Saya tidak tahu dari mana anda mendapat cerita ini (tarik semula). Seperti yang saya katakan di dalam blog, ia (pembubaran) akan dibentangkan semasa EGM,” kata Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa beliau menarik semula keputusan membubarkan  Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita).
Zaid, presiden Kita, memberitahu The Malaysian Insider satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan tetap diadakan seperti yang dirancang.
.The Malaysian Insider memetik Sinar Harian Online yang mengatakan Zaid  memutuskan untuk menarik semula keputusan membubarkan Kita.
Menurut artikel berbahasa Malaysia itu, Zaid telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri melalui pegawai kanannya.
Kenyataan Zaid ini menunjukkan laporan Sinar Harian Online tidak tepat.
“Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan,” kata bekas menteri Umno ini. “Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang.”
Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan.
Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid.
Selain itu, Zaid juga mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang.

Saturday, 4 February 2012

haji expres


 Satu sindiket 'haji ekspres' dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.
Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya.
Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.
Setiap jemaah haji dikatakan perlu membayar sejumlah wang kepada ahli sindiket tersebut bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai calon yang layak menunaikan haji.
Selain dua pegawai agensi itu, terdapat tiga orang perantara terdiri daripada bekas kakitangan TH yang bertindak sebagai pencari jemaah yang ingin menggunakan khidmat mereka.
Menurut sumber, sindiket tersebut bergerak di seluruh Malaysia dan dipercayai, ratusan jemaah haji sudah menggunakan khidmat sindiket berkenaan sejak ia mula beroperasi.
Katanya, kegiatan 'haji ekspres' itu dilihat tidak adil bagi orang ramai yang sudah lama menunggu dan mendaftar beberapa tahun kerana giliran mereka 'dicuri' sindiket berkenaan.
"Sebagai contoh, terdapat jemaah haji yang mampu menunaikan ibadat itu sebanyak 12 kali dengan menggunakan khidmat sindiket tersebut.
"Malah, sebahagian daripada jemaah yang menggunakan khidmat sindiket itu baru mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2010, tapi berjaya 'mencuri' slot jemaah lain yang terlebih dahulu mendaftar daripada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Difahamkan, seorang pegawai di agensi itu telah ditahan pihak berkuasa pada November lalu kerana menggunakan kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat (IT) untuk mengubah senarai jemaah haji yang membayar kepada mereka.
Dalang utama sindiket itu yang menguruskan nama-nama jemaah yang tidak layak menunaikan haji supaya dapat menunaikan ibadat itu pada tahun yang sama juga dikatakan sedang diburu.
Difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil keterangan puluhan jemaah haji yang pernah menggunakan khidmat sindiket tersebut.

Thursday, 2 February 2012

serangan babi dimasjid sekitar KL

Selepas kepala babi diletakkan disebuah masjid di Rawang beberapa hari lalu, kini Kepala babi ditemui pula di Masjid Hidayat  di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.
Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Wednesday, 1 February 2012

RM10ribu untuk maklumat kepala babi dimasjid rawang


 Kerajaan Selangor menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden meletakkan kepala babi di depan pintu pagar sebuah masjid di Rawang awal Selasa.
Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco negeri di sini hari ini, Pengerusi Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi pusat khidmat pelanggan di nombor 1800-888-2824.
Beliau bercakap kepada pemberita sebagai mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung insiden tersebut yang disifatkan oleh DAP sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.. - BERNAMA

Khabar angin skim ‘1 Care’ akan kenakan cukai ke atas pesakit

Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.

Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.
Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusbya mendapat sokongan orang ramai.
Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.
Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.
The Malaysian Insider difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.
Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac
Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.
Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.
Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .
"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.
Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.
"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.
"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.
"1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.
"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.
Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.
"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.
"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.
"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.
Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.
CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari.
 forum itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai Kementerian Kesihatan.

Blog Archive

tambah panas

Followers