Zaid, presiden Kita, memberitahu The Malaysian Insider satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan tetap diadakan seperti yang dirancang.
.The Malaysian Insider memetik Sinar Harian Online yang mengatakan Zaid memutuskan untuk menarik semula keputusan membubarkan Kita.
Menurut artikel berbahasa Malaysia itu, Zaid telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri melalui pegawai kanannya.
Kenyataan Zaid ini menunjukkan laporan Sinar Harian Online tidak tepat.
“Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan,” kata bekas menteri Umno ini. “Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang.”
Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan.
Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid.
Selain itu, Zaid juga mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang.