There was an error in this gadget

Monday, 28 November 2011

perkahwinan terhebat RM15juta VVIP Malaysia

setiausaha bekas MB Idris Jusuh dihukum penjara

dr ahmad ramzi mohamad zubirBekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut bunuh ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.




Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Saturday, 26 November 2011

Bekas Pengarah JSJK, Bukit Aman dibebaskan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan pelepasan dan pembebasan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff atas dakwaan gagal mengisytihar pemilikan saham dan kepentingan dalam dua hartanah bernilai RM1.03 juta.
Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap responden dalam pertuduhan pertama hingga ketiga.
Bagi pertuduhan pertama, terbukti bahawa Ramli tidak mempunyai kepentingan dalam dua bangunan pejabat milik syarikat Bonus Circle Sdn Bhd, yang mana kakak dan adik Ramli menjadi pengarahnya.
Pertuduhan kedua iaitu gagal mengisytiharkan 154,000 unit saham Permaju Industries, beliau berkata jelas Ramli tidak mempunyai sebarang pengetahuan terhadap syer dan dokumen berkaitan dengannya.Bagi pertuduhan ketiga yang membabitkan saham Telekom, hakim itu berkata semasa pertuduhan dibuat, Ramli belum lagi menjadi pemegang saham secara sah.
Pada 2007, Ramli didakwa atas tiga pertuduhan iaitu gagal mengistiharkan kepentingannya dalam hartanah berupa dua buah pejabat, pemilikan 154,000 saham Permaju Industries Berhad serta pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad.

Thursday, 24 November 2011

jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) persoal kementerian pertanian keluar wang sebelum perjanjian

 Pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Januari depan berhubung kontroversi yang menyelubungi badan itu.
Jawatankuasa itu juga mempersoalkan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh keluar wang tanpa perjanjian dengan NFC ditandatangani tahun lalu.
Mengumumkan demikian, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (gambar) berkata keputusan itu dibuat susulan pertemuan PAC dengan wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada pendengaran dalaman pertama mengenai NFC di Bangunan Parlimen hari ini.
“Mesyuarat hari ini tidak membincangkan secara khusus mengenai NFC. Kita memutuskan untuk memanggil (pengurusan NFC) ke PAC Januari depan,” katanya dipetik Bernama Online.
Seramai 10 pegawai dari kementerian itu, yang diketuai oleh Ketua Setiausahanya Datuk Che Mohd Hisham Abdullah, hadir pada pertemuan itu. Turut hadir ialah bekas KSU kementerian Datuk Mohd Mokhtar Ismail.
Azmi berkata pada pertemuan hampir dua jam itu, pegawai-pegawai berkenaan memberitahu bahawa wang telah dikeluarkan kepada satu akaun khas dari 2008 hingga 2009, yang mana ia kemudian memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun pengurusan NFC.
Bagaimanapun, perjanjian antara kementerian itu dan NFC hanya ditandatangani pada 2010.
“PAC mempersoalkan bagaimana wang boleh dikeluarkan sebelum perjanjian dimeterai tetapi jawapan terperinci tidak diperolehi. Kita telah bertanya kepada pegawai tetapi alasan yang diberikan macam-macam... mereka kata ia adalah mengikut sistem,” katanya.
Kontroversi melanda NFC, yang mengendalikan projek perternakan lembu RM250 juta itu di Gemas, Johor, berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Azmi berkata PAC juga memutuskan untuk memanggil Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan wakil dari Kementerian Kewangan untuk memberi penerangan dari sudut sistem pengurusan dan pemantauan kerajaan.

Wednesday, 23 November 2011

Protes di Dataran Tahrir berterusan malam tadi, mengecam majlis tentera Mesir. Ekoran tekanan kerajaan sementara menjanjikan pilihan raya Julai depan. — Foto Reuters
Protes di Dataran Tahrir berterusan malam tadi, mengecam majlis tentera Mesir. Ekoran
 tekanan kerajaan sementara menjanjikan pilihan raya Julai depan. — Foto Reuters

Monday, 21 November 2011

Skandal NFC: Belanja Umrah pun guna duit projek lembu


Mengejutkan! berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Pembiayaan umrah terhadap suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.
“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Friday, 18 November 2011

Laporan Audit Negara tidak tepat kata suami Shahrizat Jalil

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.
Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.
Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.
"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.
"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Thursday, 17 November 2011

Polis guna ISA tangkap 10 lelaki di Sabah : TPM enggan komen.

NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini enggan mengulas berhubung penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap sekumpulan lelaki yang dituduh militan di Sabah.Beliau meminta perkara itu diserahkan kepada ketua polis negara untuk menanganinya.

Walaupun perdana menteri mengumumkan akan memansuhkan ISA SPenahanan terbaru sekumpulan lelaki bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan "mengesahkan kesangsian" rakyat terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu sebelum ini.

bukit gantang by election mafrel pc 300309 syed ibrahim"Kini ia amat pasti bahawa pengumuman itu hanyalah untuk kepentingan politik Najib dan tidak serius dan jujur dalam memansuhkan akta zalim ini," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras NGO hak asasi Suaram E Nalini.
September lalu, akta itu dilaporkan terus digunakan di Sabah pada minggu ini.


SRK Jalan Kebun perap duit bantuan RM 100

Kebanyakan sekolah-sekolah diseluruh negara telah mengagihkan habuan rakyat RM 100 untuk anak sekolah mulai Selasa. Namun sebuah sekolah rendah diKelang tidak membuat agihan tersebut. Tinjauan mendapati ramai ibubapa keliru, resah dan tertanya-tanya kerana semua sekolah telah hampir selesai membuat pengagihan sedangkan musim persekolahan berbaki beberapa hari lagi.
Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Kelang Selangor masih tidak berbuat apa-apa dan tidak menampakkan sebarang tanda pengagihan wang trersebut sehingga kehari ini.
Sidang pengarang menerima beberapa e-mail menyatakan kebimbangan ibu-bapa yang masih tidak mendapat habuan tersebut.Pihak sekolah telah dihubungi dan memberikan  jawapan menyatakan hanya selepas 22Nov atau selewat-lewatnya pada bulan February tahun 2012?
Menurut Guru Penolong Kanan Pn. Hashimah ini kerana gurubesar belum balik dari menunaikan haji dan menyatakan pembayaran kepada ibu-bapa hanya  melalui cek.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.
"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.
"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan 'cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.
Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.
Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.
"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong makin terbebanlah rakyat.
"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA

Tuesday, 15 November 2011

Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN

Penyertaan Abdul Hadi diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
 di Taman Tun Abdul Razak, semalam.


 Bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN. Abdul Hadi pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam TUDM .
Abdul Hadi kini merupakan penaung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim, Perak.

Zahid Hamidi mengaku guna jet peribadi ke Mekah tunai haji


 Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.
Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.
“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau (gambar)dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”.
Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.
Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.
“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?
“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.
Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.
Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya.


Monday, 14 November 2011

Tony Fernandez (Air Asia) dan Tan Sri Azman tipu rakyat


Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini dengan berang menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin (gambar)mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada  penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.
“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.
Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”
“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.
“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.
“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.
Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna “pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi.”
Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Saturday, 12 November 2011

PM Najib dan Rosmah ke Hawaii


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini untuk menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
Diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas, tiba di Pangkalan Tentera Udara Hickam berhampiran Pearl Harbour pada pukul 3.45 petang waktu tempatan, semalam.
Ketibaan beliau dan isteri disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Datuk Seri Jamaludin Jarjis serta isteri masing-masing.PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeluk kanak-kanak bernama Kuulei Wright, 8, sejurus tiba di Honolulu. Turut kelihatan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor. Najib tiba di sini bagi menghadiri persidangan kemuncak Apec. - Foto oleh MERGAWATI ZULFAKAR 

Najib juga dijadualkan menghadiri mesyuarat sulung para pemimpin Pakatan Trans-Pasifik sembilan anggota hari ini, yang akan dihoskan Presiden Amerika Barack Obama.
Sidang kemuncak Apec akan bermula esok dengan para pemimpin terbabit dijangka memberi fokus terhadap usaha ke arah memperkukuh integrasi serta pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serantau.
Sebahagian daripada jadual asal Perdana Menteri, termasuk pertemuan dua hala beliau dengan Presiden Mexico Feliope Calderon hari ini, dibatalkan apabila pemimpin Mexico itu membatalkan kedatangannya ke Hawaii berikutan kematian Menteri Dalam Negeri Jose Francisco Blake Mora dalam nahas helikopter awal hari ini.

Friday, 11 November 2011

Siapa nama najib yang sebenar


Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan  Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan namanya yang sebenar ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Menurut Mat Zain, Najib meletakkan Muhammad atau Mohd di pangkal namanya ketika berbuat demikian dan semasa mengumumkan barisan kabinetnya pada 9 April 2009.
Namun kata Mat Zain, pada 21 dan 23 September 2011, ketika mengenepikan sepina dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib hanya mengikrarkan namanya sebagai “Najib bin Tun Abdul Razak” sahaja.
Nama itu katanya, ditulis sebanyak lapan kali dalam kedua-dua afidavitnya.“Menerusi afidavit-afidavit yang diikrar Najib dan isterinya, tidak syak lagi nama sebenarnya seperti dalam kad pengenalannya ialah “Najib bin Tun Abdul Razak” dan bukan “Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak” sepertimana yang beliau bersumpah ‘demi Allah’ di hadapan YDPA di-Istana Negara pada 3 April 2009,” kata Mat Zain.
“Namun, jika sumpah jawatan PM Najib itu diistihar tidak sah, akibat mengguna nama yang bukan nama sebenarnya, maka beliau bukan Perdana Menteri Malaysia yang sah mengikut undang-undang,” katanya.
Presiden Amerika, Barrack Obama terpaksa mengangkat sumpah buat kali kedua pada 21 Januari 2009 akibat kesilapan sebutan satu perkataan sahaja dalam upacara mengangkat sumpah kali pertama sehari sebelumnya.

miss universe malaysia 2012


Finalis persaingan Miss Universe Malaysia 2012 yang mengambil bahagian dalam pusingan akhir di Kuala Lumpur semalam. Juara pertandingan akan mewakili Malaysia tahun depan. — Foto Reuters
Finalis persaingan Miss Universe Malaysia 2012 yang mengambil bahagian dalam pusingan akhir di Kuala Lumpur semalam. Juara pertandingan akan mewakili Malaysia tahun depan. — Foto Reuters



Thursday, 10 November 2011

Skandal NFC Shahrizat makin panas - Terbongkar NFC beli kondo mewah untuk apa?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendakwa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli sebuah kondominum mewah berharga RM9.8 Juta.


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, NFC telah membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan di cawangan Tun Dr Ismail, kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.
“Ini sebagai bayaran penuh pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar,”
“Bayaran untuk pembelian kondominium RM9.8 juta direkodkan sebagai ‘hutang’ National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC pada 31 Disember 2009,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
.
Butiran bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka


Wednesday, 9 November 2011

Anak PM Najib beli saham syarikat balak RM1.69juta.


Anak lelaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli saham berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd.
Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit, sekaligus menyaksikan harga saham dalam syarikat berkenaan turut melonjak paling tinggi dalam masa sembilan tahun.
Nazifuddin adalah seorang daripada tiga anak Najib hasil perkahwinan pertama beliau dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
Ini merupakan kali pertama beliau membeli saham Harvest Court dan beliau kini memiliki 1.19 peratus saham dalam syarikat itu, lapor Malaysian Chronicle.
Turut sama meningkatkan milikan sahamnya dalam syarikat itu ialah Raymond Chan Boon Siew, 39 yang menguasai Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd.
Menurut Malaysian Chronicle, Nazifuddin juga merupakan pengerusi Sagajuta, yang merupakan pemaju bagi kompleks membeli belah 1Borneo di Kota Kinabalu.
Sagajuta juga turut memiliki beberapa projek yang masih berjalan seperti 1Sulaman dan 1Likas di Kota Kinabalu dan 1Gateway di Klang.
Kedua-dua mereka menyertai lembaga pengarah Harvest pada 28 Oktober, 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court apabila memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.
Penyertaan Nazifuddin dan Raymond Chan melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham sementara waran pula meningkat sebanyak  30 sen kepada RM1.05
Namun, penganalisa pasaran tetap memberikan amaran terhadap lonjakan itu kerana seminggu sebelum Raymond Chan dan Nazifuddin menyertai Harvest Court, syarikat itu menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia.
Sehingga kini, syarikat itu telah menerima dua pertanyaan aktivi pasaran luar biasa daripada Bursa Malaysia.

Buku terbaru ditulis ahli Umno akui Najib dipertikai dan tidak dipercayai.


Tulisan buku tersaebut mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.
Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.
"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."
"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.

"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.

Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.

"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.

"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.
Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "satu Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".

Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", 
"Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".
Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.

Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.

"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi.

Blog Archive

tambah panas

Followers