There was an error in this gadget

Sunday, 31 August 2014

dato' ramli ms ego tak habis diserbu Jais

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Ramli diminta mengulas mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian. 

tambah panas

Followers