Sunday 24 July 2011

PM Najib sambut harijadi dengan pulut kuning 2 tingkat


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak lahir pada 23 Julai 1953.
Semalam Umno Negeri Kedah mengadakan majlis meraikan ulang tahun ke-58 Perdana Menteri Najib memotong pulut kuning dua tingkat diikuti bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Fadzli Abdul Halim sebaik sahaja Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, dalam rangka lawatan sehari ke Perlis.
Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di lapangan terbang itu pada 9.30 pagi dan sambutan bermula sebaik sahaja beliau memasuki Kompleks Bunga Raya.

Thursday 21 July 2011

Bukan Kanister Israel - Timbalan Ketua Polis Negara


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan  bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.
”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya
"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya. – BERNAMA

Laporan portal Keadilandaily.com mengatakan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih,  didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.
Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Monday 18 July 2011

Kastam padam butiran cincin berlian Rosmah?


Sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah.


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


“Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah ‘down’ hampir 3 jam.
“Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura,” kata Chegu Bard.
Katanya lagi, borang yang dinamakan ‘borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini.



Kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian  tersebut menggunakan ‘hand carry’ dan borang secara manual keluar ke Singapura.
Chegu Bard berkata, sumber itu juga  memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois.
“Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula,” Chegu Bard memetik sumber tersebut.
Bagaimana pula dengan gelang ‘zebra’ dan jam ‘zebra’ yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?,” soal beliau.

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo Lo' Ghazali meninggal dunia

Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun. Beliau mengidap penyakit barah.
Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
ALFATIHAH.

Friday 15 July 2011

Farid Ridzuan (CEO TV3) bertaraf menteri sebagai penasihat PM Najib


Chief Executive Officer, CEO Media Prima, Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan dilantik oleh Perdana Menteri DS Najib menjadi penasihat komunikasi bertaraf Menteri. 

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/big-boss-tv3-farid-ridzuan-penasihat.html#ixzz1S62ncZYQ

Thursday 14 July 2011

11 doktor bertugas sahkan hospital tung shin diserang polis

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital
Kenyataan media sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan Hospital Tung Shin ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong mengesahkan pihak berkuasa polis telah "menyerang' hospital tersebut dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan 'water canon' air berkimia.tear gas fire at tung shin hospital 090711 1
Lapor portal Harakahdaily.net para doktor tersebut mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. Semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.
Menurut kesebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa dan Menteri Kesihatan tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.



Wednesday 13 July 2011

Rukun Negara: Keluhuran Perlembagaan tercemar

Mutakhir ini hak  rakyat Malaysia telah dinafikan oleh pemerintah. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagai hak orang ramai untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.


Sejauh manakah penafian hak ini berlaku?dan adakah keluhuran perlembagaan sebagaimana termaktub dalam rukun negara telah tercemar? 


Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya ReidPerlembagaan Persekutuan Malaysia ini telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan penyertaan SabahSarawak, dan Singapura ke dalam Malaysia, di mana dalam perlembagaan itu telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September, 1963.
Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu, atau mana-mana pihak lagi. Perlembagaan Negara Malaysia juga telah menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat negara ini.
Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah berlaku. 
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.


Polis berhak menentukan tahap keselamatan dan membuat keputusan yang sesuai demi kebaikan orang ramai 


RUKUN NEGARA:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Monday 11 July 2011

Sebentuk Cincin datin Seri Rosmah bernilai USD 24.4 juta 9RM 73JUTA)tanpa cukai kastam

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mendakwa mempunyai maklumat bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah membeli sebentuk cincin bernilai USD24.4 juta(RM 73 juta) tanpa membayar  cukainya.


“Kita dapat maklumat daripada skrin KDRM yang ada nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York.Cincin berkenaan jelas tertera butirannya, natural fancy blue gray cushion CV7 diamond ring daripada Jacob & Co,” kata Badrul yang lebih dikenali CheguBard.
maklumat yang diperolehi:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York 
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee 
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot
: KLIA
Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.
Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Amerika Syarikat bermula 10 hingga 16 April- tarikh yang sama berlian berharga RM24.4 juta dibeli.Mengikut laporan media 9 April lalu, Najib bersama Rosmah, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). mereka terbang ke negara itu untuk lawatan kerja ke Washington dan New York.



persoalan menurut jurublog Umno:
menghantar cincin berlian bernilai RM73 Juta menerusi syarikat kurier DHL atau Federal Express ke lapangan terbang KLIA yang kemudiannya akan diimbas mesin X ray oleh ‘customs operations manager’ bernama A Krishnan?

Jabatan Kastam tidak mempunyai jawatan ‘customs operations manager’ . Yang ada hanya pegawai kastam dengan beberapa gred dan pangkat. Jadi dari mana datangnya ‘customs operations manager’ bernama A Krishnan ini?

Marina Mahathir turut berhimpun Bersih 2.0

Friday 8 July 2011

permit bersih tidak dapat sebenarnya


BERSIH 2.0 gagal mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan aman esok, setelah dimaklumkan lebih awal oleh polis bahawa gabungan itu telah diberikan kebenaran.
Sekretariat BERSIH 2.0 menjelaskan pihaknya dimaklumkan secara lisan oleh polis bahawa permit itu sudah diluluskan namun tidak lama kemudian Polis Dang Wangi menjelaskan bahawa ia telah menolak permohonan itu.
Status terbaru Facebook Bersih berbunyi "Minta maaf semua, Wakil BERSIH bertanyakan kepada polis sebanyak 3 kali adakah ini permit ? Polis kata "ya". Tetapi sekarang polis menjelaskan ia adalah surat menolak permohonan permit".
NONETimbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

BERSIH 2.0 dapat permit polis untuk berhimpun

Berita mutakhir daripada  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter.

Nazri AZIZ: PATRIOT PEMUDA UMNO MEMANG PERTUBUHAN HARAM


Datuk Seri Nazri Aziz (gambar)mengesahkan “Patriot” yang digerakkan oleh Pemuda Umno juga sebuah pertubuhan haram seperti Bersih 2.0 dan sewajarnya tertakluk kepada tindakan ditahan polis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu The Malaysian Insider bahawa tidak akan ada pilih kasih dalam soal itu memandangkan kedua-dua kumpulan tersebut tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
“Sudah tentu mereka (Patriot) haram. (Peruntukan) undang-undang ini mudah. Di negara ini, jika anda mahu menubuhkan sebuah pertubuhan dan diiktiraf sebagai satu pertubuhan, anda kena mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,” kata beliau ketika dihubungi.
Oleh kerana Patriot bukan merupakan badan yang didaftarkan, kata beliau, ahli-ahlinya sepatutnya sudah ditahan jika mereka telah mengadakan perhimpunan atau majlis di bawah nama itu.
“Polis boleh menahan mereka, ya. Tiada pilih kasih. Patriot bukan (badan) didaftarkan dan tidak boleh melakukan apa-apa di bawah namanya,” kata beliau.

Thursday 7 July 2011




Berikut kenyataan rasmi Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dikeluarkan kira-kira jam 11 malam tadi .

Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.
Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.
Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.
Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.
Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali.
Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Jul selain duduk di rumah.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral.
Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.
Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.
Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik.

Yang benar,

Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato ‘Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato ‘Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.



OHCHR PRESS BRIEFING NOTE – Malaysia
Spokesperson for the UN High Commissioner for Human Rights: Rupert Colville
Location: Geneva 5 July 2011
Malaysia
OHCHR has recently been receiving reports of a crackdown by the Malaysian authorities, including harassment, intimidation, arrests and threats, targeting members of the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) in the lead-up to a peaceful demonstration scheduled for this coming Saturday, 9 July. According to reliable sources, at least 150 people have been summoned, arrested or charged, including a number of opposition Members of Parliament.
The authorities have also reportedly arrested activists simply for possessing Bersih’s distinctive yellow T-shirts and campaign pamphlets. We are very concerned about the various measures that are being taken by the authorities to restrict freedom of expression in Malaysia, including preventive detention, and the Government’s decision to reportedly declare Bersih an unlawful organization.
We call on the authorities to release all those being detained for peacefully exercising their freedom of expression. We also urge the Government to take steps to repeal preventive laws, including the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance of 1969, as already called for by the Working Group on Arbitrary Detention.
For more information or interviews, please contact spokesperson Rupert Colville (+41 22 917 9767 or rcolville@ohchr.org ) or press officers: Ravina Shamdasani (+ 41 22 917 9310 or rshamdasani@ohchr.org ) or Xabier Celaya (+ 41 22 917 9383 orxcelaya@ohchr.org )

Wednesday 6 July 2011

jem teruk!...KL haru biru sekatan jalan merata oleh polis.


Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis mengadakan sekatan jalanraya di merata tempat sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.
Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.

Tuesday 5 July 2011

pembunuhan sosilawati :diugut pemandunya sendiri

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dipercayai mati akibat dibunuh sebelum mayatnya dibakar didakwa menerima ugutan daripada pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin atau dikenali sebagai 'Kamal' yang mengugut mahu menyebarkan 'gambar tidak elok' berkaitan dirinya.
Perkara tersebut terkandung dalam ucapan pembukaan barisan pendakwaan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff di Mahkamah Tinggi di sini pada hari pertama perbicaraan kes pembunuhan yang telah menggemparkan negara sewaktu umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Anak kepada pengasas produk kecantikan Nouvelle Vissages itu, Erni Erinawati Sofia Buhari yang membuat laporan polis berhubung kehilangan emaknya pada 31 Ogos 2010 juga didakwa sekali lagi berkunjung ke Balai Polis Dang Wangi pada pukul 1.32 petang, 2 September 2010 untuk membuat laporan setelah mengesyaki ahli perniagaan itu diugut, diculik dan dikurung oleh orang yang berkaitan.
Erni Erinawati Sofia dan kakak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana juga merupakan individu terakhir yang melihat Sosilawati sebelum beliau bertolak ke Banting, dekat sini untuk berjumpa dengan seorang peguam, N. Pathamanabhan untuk mempercepatkan tarikh dua keping cek daripada 9 September 2010 kepada 30 Ogos 2010 bagi urusan jual beli tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Ishak juga memberitahu, Erni Dekritawati Yuliana akan memberi keterangan berhubung tujuan emaknya ke Banting, bersama dengan Kamaruddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.
Sosilawati dan Kamaruddin menaiki kereta BMW X5 bernombor pendaftaran WTL 11 manakala Ahmad Kamil dan Noorhisham mengikuti dari belakang dengan menaiki kereta BMW 5 series bernombor pendaftaran AAJ 5.
Sosilawati juga dikatakan ada menghubungi anaknya pada pukul 8.40 malam, hari yang sama tetapi tidak dijawab kerana Erni Dekritawati Yuliana tidak perasan panggilan tersebut sebelum menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi "Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang hubungi Bisah (rakan Sosilawati) dia ambil gambar mak."
Selain itu, pihak pendakwaan juga akan memanggil rakan Sosilawati, Habishah Bahari bagi mengesahkan bahawa Sosilawati ada menghubunginya semasa dia sedang berbuka puasa pada pukul 7.30 malam, 30 Ogos 2010.
"Sosilawati mengubungi beliau dan memberitahu 'Wei! Aku tak percaya kat Kamal masuk dalam bilik aku, pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?' sebelum talian terputus," kata Ishak semasa membacakan ucapan pembukaan setebal 20 halaman tersebut.
Selain itu, pihak pendakwaan juga akan memanggil isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit untuk memberi keterangan bahawa mangsa telah menghubunginya pada pukul 4 petang, 30 Ogos 2010 untuk memaklumkan bahawa dia akan ke Banting bersama Ahmad Kamil atas urusan kerja berkaitan Sosilawati.
"Pada pukul 8.15 malam, Suzana yang berada di rumah sekali lagi menerima panggilan telefon dan diberitahu suaminya tidak akan balik selama tiga hari kerana hendak menolong Sosilawati kerana Kamal ada mengambil gambarnya dan dikatakan Kamal ada mengugut Sosilawati.
"Dia minta maaf banyak-banyak dan minta Suzana faham," kata Ishak.
Sementara itu, isteri kepada Ahmad Kamil, Sabrina Adnan dimaklumkan akan memberi keterangan bahawa suaminya ada memberitahu bahawa beliau juga tidak akan pulang selama tiga hari dan diberitahu 'seorang orang kanan Sosilwati bernama Kamal mengugut hendak menyebarkan gambar Sosilawati, iaitu gambar tidak elok'.
"Suaminya juga memberitahu Sosilawati sedang menangis dan dia hendak menolong," tambah Ishak yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin dan Idham Abd Ghani.
Selain itu, pihak pendakwaan juga akan memanggil seorang jurujual untuk mengesahkan bahawa seorang lelaki Melayu yang dipanggil oleh Kamal oleh Sosilawati telah berkunjung ke gerainya untuk membeli kerepek dan kuih raya yang bernilai lebih RM200.
Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, dan tiga perkerja ladangnya, T. Thailayangan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin antara pada pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, perbicaraan pada Isnin, juga menyaksikan empat jurufoto polis daripada Unit Forensik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan dari Bahagian Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberikan keterangan.
Secara keseluruhan, terhadap 618 keping gambar dirakamnkan oleh empat jurufoto terbabit, iaitu Detektif Koperal Mokhtar Hussain, 51: Lans Koperal, Abdul Aziz Ahmad, 47; Detektif Sarjan Mhd Rashdi Mhd Safien, 48, dan Detektif Koperal K. Velamal, 33.
Secara keseluruhan, terdapat 618 keping gambar yang dirakamkan termasuk di sekitar kawasan ladang, Sungai Panchau dan Sungai Kanchong Darat serta kawasan berhampiran Pekan Banting.
Sementara itu, kehadiran Erni Deriktawati Yuliana dan ayahnya, Buhari Mohamed di mahkamah menjadi perhatian wartawan dan nama kedua-dua mereka juga disenaraikan sebagai saksi pendakwaan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Selasa.

Blog Archive

tambah panas

Followers