Monday 30 April 2012

Baca rintihan Marina Mahathir dan lagi kekejaman polis..saksikan sendiri berpuloh polis belasah seorang peserta! walupun dimasjid



sila klik dibawah untuk melihat betapa sedihnya rakyat Malaysia seperti di Tel Aviv.





Pengalaman ngeri peserta bersih dibelasah polis 


 Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya...

Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara.

Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting dan disiarkan Malaysiakini hari ini.

Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

Fazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

Adrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.

Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.


S/U Umno Bandar Tun Razak dedah penyamaran polis di BERSIH 3.0

Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita....


ORI jangan tertipu! berita bergambar Bersih 3.0 - mari kongsi gambar siapa yang ganas





 

(Seorang peguam Mohd Hanijam (gambar kiri) yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan.Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam.
Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya.
Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu.
Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan.
Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya.)
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (gambar kiri) yang juga dikenali Chegu Bard mendakwa beliau turut dipukul semasa ditahan polis di kawasan Masjid Jamek semalam. Badrul Hisham bekata beliau dipukul sehingga luka di bahagian kepala malah tulang mukanya patah.Tambahnya, beliau dipukul oleh kira-kira 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Pada waktu hampir Maghrib, ketika saya berada di Masjid India, saya ditarik dan dipukul teruk oleh lebih 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman kemudian ditarik dan dibawa ke Dataran Merdeka. 
Beliau berkata perhatian hanya diberikan kepada tindakan ganas yang dilakukan peserta BERSIH. sebagai contoh, ianya berlaku di depan mata saya di Sogo, anggota polis membawa kereta dan merempuh seterusnya melanggar peserta BERSIH sehingga ada yang terperosok di bawah kereta.
“Malah peserta yang tiada pilihan lain bertindak menterbalikkan kereta terbabit apabila polis tidak menghiraukan permintaan mereka untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mangsa yang cedera teruk terbabit.
“Dan akhirnya polis mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa anggota polis itu meninggal dunia akibat dipukul,” katanya.

Seorang wartawan The Sundimasukkan ke hospital berikutan cedera tulang rusuk dan disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0.radzi razak najib 290412(Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.)
Alyaa Alhadjri ketika dipetik MalaysiaKini, berkata pemeriksaan ke atas Radzi Razak yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, menunjukkan wartawan itu mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya.
Mengikut wartawanMalaysiakini pula, Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan tempat  sedang berdiri kira-kira jam 5.30 petang.
Radzi dikatakan berdiri di sudut persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.
Kata Zulaikha, beliau nampak sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan sebelum menerpa ke sudut persimpangan itu dan ‘nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa anggota paramedik memeriksanya.”
Seorang lagi wartawan Malaysiakini, Nigel Aw kemudian melihat Radzi terbaring dalam keadaan separa sedar dan dikelilingi orang ramai.

     Seorang saksi kejadian kereta polis diterbalik berhampiran kompleks membeli belah Sogo semalam, menceritakan hal sebenar kepada Keadilan Daily.
Muhammad Nasrul Alam Ash’ari, 23, berkata, beliau nampak sebuah SUV polis datang dari belakang dengan laju dan tanpa hon hingga hampir melanggar ambulans dan demonstran.
Selepas itu, beliau berkata, sebuah kereta Waja polis muncul dari arah sama – laju dan tanpa hon – menyebabkan kebanyakan demonstran terkejut lari ke tepi jalan.
Reaksi spontan akibat pemanduan itu, katanya, menyebabkan demonstran marah hingga ada yang membaling botol plastik sambil menjerit meminta polis perlahankan kenderaan.
“Kereta itu kemudian terbabas ke sebelah kanan, melanggar kaki lima dan pokok, sebelum merempuh tiga demonstran yang berada di situ.
“Seorang terpelanting ke tepi, seorang lagi tersepit badan di celah-celah bahagian enjin yang sedia kemek,” katanya ketika dihubungi.
Nasrul bagaimanapun tidak pasti keadaan seorang lagi yang turut dilanggar berikutan suasana kelam kabut ketika itu.
Beliau berkata, sebilangan demonstran mengusung lelaki yang terpelanting ke ambulans sementara sebilangan lain membawa keluar seorang polis dari kereta itu.
“Lelaki yang terpelanting itu cedera di mulut dan perut tetapi saya tidak pasti sejauh mana teruknya kecederaan mangsa.
Katanya, anggota polis itu kemudian dibawa ke ambulans sama dan pada masa itulah kereta dialih dengan menterbalikkannya untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit itu.
Ketika berbuat demikian, Nasrul berkata, sebilangan anggota polis dilihat menuju ke tempat kejadian, menyebabkan ramai lari bertempiaran termasuk beliau.
“Apabila kembali ke situ, kereta sudah pun diterbalikkan dan sejumlah anggota polis sedang menangkap demonstran yang memakai baju Bersih,” katanya.


Sunday 29 April 2012

Friday 27 April 2012

Dataran Merdeka Ditutup Sementara



DBKL Tidak Akan Tutup Jalan Ke Dataran Merdeka


Tidak ada jalan menuju ke Dataran Merdeka ditutup, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Jumaat.
"Walaupun kita menasihati orang ramai untuk tidak untuk berkumpul di Dataran Merdeka kerana ia ditutup, mereka yang merancang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu mematuhi peraturan," katanya, sambil menambah bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan keputusan yang tidak untuk membenarkan Bersih 3.0 yang dicadangkan Sabtu ini mengadakan perhimpunan di sana.
DBKL juga akan cuba sedaya upaya untuk tidak menutup mana-mana jalan menuju ke Dataran Merdeka pada hari Sabtu, katanya pada sidang akhbar di sini.
"Kami akan memaklumkan kepada pengguna jalan raya jika ada jalan ditutup, dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan orang awam," katanya.
"Nasihat kami ialah tidak berarak di jalan-jalan utama tetapi menggunakan kaki lima."
Sebelum ini dilaporkan bahawa DBKL akan menutup Dataran Merdeka dan jalan-jalan menuju ke situ bermula Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 6 pagi Ahad

Butiran keahlian UMNO Pengerusi SPR dan Timbalannya

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof no ahli UMNO: 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad no ahli UMNO: 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

Pengerusi SPR dan Timbalannya mengaku ahli UMNO

Tan Sri Abdul Aziz Mohd YusofAkhbar sinarharian.com hari ini melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof   tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti UMNO.“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat ,” katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.
Datuk Wan Ahmad Wan OmarTimbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain.

Thursday 26 April 2012

DBKL tutup Dataran Merdeka mulai esok

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi esok.-lapor malaysiakini.com

Pengerusi SPR dan Timbalannya adalah ahli UMNO


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar didakwa sebagai ahli Umno.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno.NONE
“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” katanya, lapor Sinar Harian.com hari ini.

DBKL bertindak jahat rampas baju bersih 3.0

smiley-bersih
Sekumpulan penguat kuasa DBKL merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, kira-kira jam 1.45pagi tadi. 

“Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!” tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.
“Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?” tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.
---------------------------------------------------------------

+ Kenapa BN takut pilihanraya bersih?
Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik      kepada sesiapa yang layak? 
Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih?
Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah?
+ Kenapa orang mati masih layak mengundi?
Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari?
Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya?
+ Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12?
 Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali  ganda pada 2004?


Terkini, Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia.
 

Wednesday 25 April 2012

PELAKON ZAHIDA RAFIQUE SAMAN ZURAIDA KAMARUDDIN MELALUI PEGUAM UMNO

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin NONEtelah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida.  Surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.NONE

(Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis  beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang  telah mula diduduki awal April lalu.)


Surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan membawa kes dakwaan rasuah RM1.5 juta yang diterima Zahida Rafik ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas berakhir perhimpunan Bersih 3.0."Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Tuesday 24 April 2012

ADUN BERI KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING


Portal Keadilandaily.com hari ini melaporkan Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.
Abu Talib Abdul Rahman, 28 yang memegang status pemastautin sementara mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.
Beliau mendakwa, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.
“Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan ‘segera’ dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.
“Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah,” katanya ketika datang ke pejabat Suara Keadilan.
Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal.
Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN.
Berdasarkan rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun.
“Selepas saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan,” kata ayah kepada lima anak ini.
Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia.
Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan.
“Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan,” katanya kesal.

Monday 23 April 2012

Madu ketiga dekan universiti ialah seorang lelaki?

Sri Wani Choo Abdullah
Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya,Bahrom Sunagi, 61 bekas dekan universiti memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.
Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan DNA dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 19 Jun ini untuk memberi keputusan sama ada pengusaha kosmetik, 


Sri Wani Abdullah perlu menjalani pemeriksaan jantina atau tidak.
Pendaftar Mahkamah Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh itu berikutan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang menghakimi kes berkenaan berada di luar daerah atas urusan rasmi.




menteri pertahanan Zahid Hamidi kecut perut tiada mahu jadi saksi kes Scorpene

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi pada 11 Mei tahun lalu berkata, beliau  memberi jaminan akan memberi keterangan di mahkamah Perancis, jika diminta berbuat demikian untuk membuktikan ketelusan kerajaan dan supaya mahkamah menentukan kebenaran dalam kes itu.
Bagaimanapun,  Zahid Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan hadir atau menghantar wakil dalam perbicaraan berkaitan rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.
Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram, antaranya PM Najib selaku menteri yang bertanggungjawab ketika pembelian Scorpene pada 2002 dan Zahid yang kini menjadi menteri pertahanan.

Sunday 22 April 2012

menteri Sabah kemalangan jalanraya


Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kenderaan yang dinaiki oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun yang terlibat dalam kemalangan setelah kereta yang dinaikinya terbabas berdekatan Hotel Airport View, di KM6, Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, awal pagi Ahad. Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, kereta jenis Toyota Prado yang dipandu pemandunya, Yousriesyah Hujin, 33, tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan. Azizah dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman selepas dimasukan ke Hospital Queen Elazaberth 2.-fotoBERNAMA 



Menteri di Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun terselamat dengan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar pagar besi sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kepayan di sini pada pukul 7.45 pagi Ahad.
Azizah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, doktor dilaporkan memberi rawatan pesakit luar dan kecederaan itu dijelaskan sebagai kecederaan minor.
Bagaimanapun, pengawal peribadi beliau, Sairul Hamid, 51, dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan kaki yang serius dan mungkin memaksa doktor memotongnya.
Pemandu, Yousrie Syah, 33, juga mengalami kecederaan dan berada di bawah pemerhatian hospital.
Difahamkan Azizah dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampungnya di Beaufort apabila pemandu yang memandu Toyata Prado dikatakan hilang kawalan di Km6 Jalan Kapayan-Lok Kawi sebelum melanggar pagar dan sebahagiannya terbabas ke dalam sebuah longkang.
Azizah dan pemandu telah dibawa ke hospital oleh polis manakala ambulans membawa pengawal peribadi.
Seorang pembantu Azizah berkata bahawa beliau dalam keadaan baik walaupun terkejut dengan kejadian itu.
Beliau dalam perjalanan pulang ke Beaufort untuk menghadiri tiga majlis rasmi.

tan sri kadir (bekas menteri penerangan) sertai bersih 3.0

Bekas menteri Kabinet Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir hari ini mengumumkan akan menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka 28 April ini.   
                                             
Abdul Kadir yang merupakan bekas Menteri Penerangan berkata,"Pilihan raya yag adil dan bersih adalah perkara utama dalam sistem demokrasi, termasuk juga media yang bebas.

"Saya menyokong perhimpunan Bersih 3.0, dan akan turut serta dalam perhimpunan itu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda di sini.
Jelas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) ini berkata, beliau tidak menolak kenyataan dirinya merupakan sebahagian daripada kerajaan pada suatu masa dahulu, namun atas faktor situasi yang tidak "sedap", beliau memutuskan untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat.
"Zaman sekarang sudah berubah. Rakyat sudah cerdik.
"Najib bohong bila kelam kabut gubal undang-undang, konon nak tunjuk kepada rakyat ada transformasi, tapi sebenarnya untuk pilihan raya," tegasnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 19 April lalu yang berakhir jam 3.20 pagi.
Tambah bekas ahli majlis tertinggi Umno ini juga, kepimpinan parti tersebut adalah pihak yang bertanggungjawab menjadikan parti itu mengalami banyak penyelewengan dan ketirisan.
"Bukan ahli bawahan Umno yang salah. Mereka kerja bertungkus lumus untuk parti. Tapi pimpinan parti yang menjalankan kegiatan penyelewengan.
"Kita perlu ubah perkara itu. Kita kena pakat ubah mereka,  suruh mereka berubah, kalau tidak kita akan ubah mereka," katanya disusuli tepukan gemuruh daripada sekitar 800 peserta konvensyen yang hadir dari seluruh negara di Universiti Industri Selangor (Unisel).

Saturday 14 April 2012

Umno Jln Kebun mencuri lebih 1000 batang pokok buluh untuk dibuat tiang bendera bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri

Memang betul mereka ini adalah penyamun. Sudahlah menceroboh kebun orang kemudian menyamun dan melarikan lebih 1000 batang pokok buluh milik seorang penduduk kampong Jalan Kebun, Batang -batang buluh tersebut dipercayai dilarikan menggunakan tiga buah lori menurut beberapa saksi.Mereka melaklukannya seperti penyamun seolah-olah tanah dan kebun tersebut bapak mereka punya!
Pemilik kebun tersebut, seorang warga emas mengakui telah ditipu dan diperdaya dan terkilan dengan kejadian itu.
Kejadian ini berlaku diKg Jalan kebun Kelang yang terkenal dengan samseng.
Batang-batang buluh tersebut dikatakan akan digunakan sebagai tiang bendera untuk dipacak disepanjang  tepi jalan bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri Malaysia Dattuk Seri Najib Tun Razak melawat kampung tersebut pada Sabtu 14 April.
Ini adalah kes niaya....teruk betullah!...kalau nak free..pergilah cari dihutan..memang dasar penyamun....
.

Tuesday 3 April 2012

Datok K diberi pangkat Kelonel Kehormat


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Selasa.  BERNAMA

Monday 2 April 2012

gengster atur kenaikan pangkat polis

malaysiakini.com melaporkan dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa Hassan beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakinibahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom.

Blog Archive

tambah panas

Followers