There was an error in this gadget

Monday, 31 October 2011

najib dan rosmah tunai haji berlepas ke Mekah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan  haji.

Mereka ditemani oleh ibu, Najib, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Nuh dan adik beliau, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL, di sini pada kira-kira 05:00 untukMadinah.

Dalam Twitter posting sebelum berlepas ke Arab Saudi, Najib berkata: "saya akan berangkat untuk menunaikan haji haji tidak lama lagi. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semuauntuk doa anda. "

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet adalah antara pembesar-pembesar yang berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Najib dan isterinya

Kedatangan Najib ke Australia disambut dengan Demo anti Najib



Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Perth Australia disambut dengan demontstrasi anti beliau oleh rakyat Malaysia di negara itu.
Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), pada Rabu lalu.
Lebih 3000 rakyat Malaysia bersama-sama rakan Australia mereka berhimpun di luar konsulat Malaysia di Perth, sebagai tanda solidariti bersama tuntutan Bersih 2.0.Himpunan itu diadakan sebagai memperingati rakan senegara mereka di Malaysia yang dilayan dengan buruk sewaktu keluar ke jalan raya pada 9 Julai lalu.
Mereka mengetahui layanan buruk polis terhadap peserta himpunan Bersih apabila stesen televisyen Australia SBS menyiarkan rakaman keganasan polis memukul peserta himpunan dan menggunakan air kimia serta gas pemedih mata.

Anak Sosilawati tunang dengan SU Sulit Kanan timbalan menteri Masitah Ibarahim

Anak sulung jutawan Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bertunang dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, di rumahnya di Gombak dekat sini malam tadi.
Kamarulazlan merupakan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Pertunangan Erni Dekritawati Yuliana atau Rita dengan Kamarulazlan menamatkan spekulasi berkaitan lelaki pilihannya kerana Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa individu.
Sosilawati ditemui mati dibunuh bersama tiga yang lain di kawasan Banting tahun lalu.
Laporan Harian Metro hari ini berkata jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya, yang dijangka berlangsung 4 Disember ini, dianggarkan RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember.
Kisah peribadi Rita mula menjadi perhatian umum selepas ibunya bersama tiga yang lain, dibunuh kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke sungai dalam kejadian di Ladang Gadong, Banting pada Ogos tahun lalu.
Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan, yang diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak dekat sini.
Turut hadir Mashitah dan suaminya.
Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba pukul 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Saturday, 29 October 2011

Kementerian Pertahanan membeli kenderaan pertahanan enam kali ganda mahal dari harga pasaran


Kementerian Pertahanan  telah membeli 257  kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.



Dibandingkan tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.
Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.
Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.
Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.
Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu.

Tuesday, 25 October 2011

Laporan Audit Negara : Kepincangan serius urustabir kerajaan BN

johorMengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam, sehingga akhir tahun 2010, Johor berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta

Laporan audit menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.
Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Agreement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.
Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah terlebih bayar pencen membabitkan pesara yang telah meninggal dunia dan masih hidup melibatkan jumlah lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun sejak 2007.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini menyebut berdasarkan Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih dibayar bagi tempoh 2007 hingga September 2010, sejumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan telah dibayar kepada 1,975 pesara atau penerima pencen yang telah meninggal dunia.
Laporan Ketua Audit Negara juga berkata semakan terhadap Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih bagi tempoh 2007 hingga September 2010 juga menunjukkan sejumlah RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup.
Daripada lebihan bayaran RM2.57 juta, kata laporan tersebut, sejumlah RM850,000 telah dapat dikutip balik daripada 965 waris dan baki RM1.72 juta yang sepatutnya dituntut daripada 1,010 waris mendapati, hanya RM390,000 sedang dikutip daripada206 waris secara bayaran ansuran.
“Manakala sejumlah RM1.33 juta masih belum dapati dikutip balik disebabkan notis tuntutan tidak dapat diserahkan kepada waris sama ada mereka tidak dapat dikesan, telah berpindah ke tempat lain atau telah meninggal dunia. Namun begitu bagi notis tuntutan yang telah dapat diserahkan kepada waris pula masih tiada bayaran balik dibuat,” katanya.
Mengenai RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup, laporan berkata, “berdasarkan maklum balas Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP), kes-kes terlebih bayar berpunca daripada kelonggaran kawalan dalaman antaranya tiada amaran sekiranya amaun pencen melebihi gaji akhir, tiada akaun pencen dan tiada had maksimum tempoh perkhidmaan yang boleh diambil kira untuk pengiraan pencen.”
Laporan itu menambah, semakan Audit juga menunjukkan BP telah mengambil tindakan mengutip balik jumlah pencen terlebih dibayar secara ansuran melalui potongan sebahagian pencen bulanan yang diterima oleh pesara atau penerima pencen.
“Bayaran pencen terlebih dibayar tersebut melibatkan pembayaran pencen terbitan kepada yang tidak layak seperti anak melebihi 21 tahun yang tidak melanjutkan pelajaran, jumlah pencen terbitan kepada balu atau duda tidak disusutkan kepada 70 peratus selepas 12 setengah tahun dari tarikh persaraan, khususnya bagi kes sebelum 1 Januari 2009, kesilapan membayar ke dalam dua akaun pencen serentak, kesilapan membuat dua kali pelarasan dan kesilapan perkiraan gaji akhir.
“Selain itu didapati satu kes kesilapan meletakkan titik perpuluhan telah menyebabkan pencen terlebih bayar berjumlah RM133,051 sejak Januari 2006 sehingga Mei 2007.
“Mengikut perkiraan, pencen sebenar yang patut diterima adalah berjumlah RM214.33 sebulan tetapi pesara telah dibayar sejumlah RM21,433 sebulan untuk tempoh selama 16 bulan,” katanya sambil menambah, bagaimanapun pesara berkenaan telah meninggal dunia pada 2007 dan potongan telah dibuat daripada pencen bulanan pesara mulai Julai 2007.
“Selepas pesara meninggal dunia, kutipan masih diteruskan daripada pencen terbitan sehingga Mei 2044,” katanya lagi.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan untuk membeli peralatan elektrik seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran, dedah Laporan Audit 2010.
Beberapa barangan itu seperti ketuhar dibeli pada harga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419; Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding RM100; Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
Mesin gunting rambut yang dibekalkan berharga RM250 berbanding harga pasaran iaitu RM79 seunit dan Pengisar pada RM140 dan bukannya RM60.
Laporan tersebut juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus tanpa melalui tender terbuka serta kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
aporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.
Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut, lapor Malaysiakini.
Laporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.
Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.
 Pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.
“Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.
“Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.
“Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran,
Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap unit.
Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga pasaran.
Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.
Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.
Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.
Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

 Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) memberikan projek  ruangan iklan secara runding terus sebanyak RM194.31 juta, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Laporan Audit menjelaskan LPPM, yang diletakkan di bawah kementerian Pelancongan telah membuat tempahan ruangan iklan berkenaan dalam tempoh dua tahun, yang lebih tinggi berbanding nilai secara tender.
“LPPM telah membuat perolehan tempahan ruang iklan secara rundingan terus berjumlah RM194.31 juta atau 72.1 peratus berbanding sejumlah RM75.38 juta secara tender bagi tahun 2009 dan 2010,” laporan itu dipetik.
Menurut laporan Audit, pembelian sebanyak 1,000 unit rak besi risalah Visit Malaysia 2007 berjumlah RM1.95 juta juga dibuat secara runding terus tanpa kelulusan kementerian kewangan.
“Perjanjian tidak disediakan bagi menetapkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran antara kementerian Pelancongan atau LPPM dengan pembekal,” petik laporan Audit.
Menurutnya, pemasangan papan tanda di Indonesia juga tidak mengambil kira pandangan pengarah  Pelancongan Malaysia dan Indonesia terhadap cadangan lokasi pemasangan yang dianggap kurang sesuai.
“Lawatan Audit di lokasi pengiklanan sekitar Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang mendapati lokasi pemasangan yang telah dibina juga kurang strategik, berlaku kehilangan dan kerosakan lampu.
“Perolehan aktiviti pengiklanan dan promosi yang dibuat melalui arahan kementerian Pelancongan tidak dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah LPPM,” jelas laporan Audit.
Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta secara runding terus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Pendedahan itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini.
Lebih mengejutkan, lapan belas daripadanya yang dibeli bagi menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak dikategorikan sebagai tidak layak dan terpaksa diserahkan kepada pelbagai jabatan kerajaan.
Ini kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre  Internationale.
Dari jumlah itu, hanya lima kuda didapati layak untuk memasuki pertandingan di peringkat kejuaraan dunia.
Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.
Kuda-kuda itu dibeli daripada Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) bernilai RM1.98 juta, El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta, Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
Lapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan iaitu Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia  (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga), Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua), Universiti Putra Malaysia (tiga), Universiti Teknologi  Malaysia (dua), Majlis Sukan Terengganu (dua) dan Royal Terengganu Endurance Stable (lapan).

 Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta.
Ekoran perkembangan itu Ketua Audit Negara mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan ‘capping’ yang akan diperuntukkan oleh kerajaan.
Pada awalnya syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu.
Lebuh Raya Senai-Desaru merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia. Laluan itu menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor.
Fasa pertama sepanjang 77 kilometer siap pada Ogos 2009 manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011.
Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004.
Dalam laporannya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, pada pendapat pihaknya Lembaga Lebuh Raya (LLM) tidak meneliti perancangan pembinaan lebuh raya dan aggaran kos pengambilan balik tanah menyebabkan berlakunya pertambahan kos yang ketara.
“Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta iaitu peningkatan sejumlah RM375.6 juta atao 102.9 peratus.
“Sehubungan itu, syarikat konsesi tidak membuat anggaran kos pengambilan balik tanah projek lebuh raya ini dengan tepat dan realistik,” katanya.
Kata Amrin, walaupun perancangan awal telah dibuat dengan teliti, namun faktor pertukaran status tanah dan pemberian oleh pihak nerkuasa negeri telah menyumbang kepada kenaikan kos pengambilan tanah.
“Ini kerana kerajaann terpaksa membayar pampasan yang tinggi ke atas bangunan yang telah dibina,” katanya lagi.
Selain itu, anggaran kos pengambilan balik tanah telah disediakan pada 2002, katanya.
“Mengikut rekod di Bahagian Pengurusan Tanah LLM, Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah diwartakan pada 4 Novemver 2004 bagi Daerah Kota Tinggi dan 18 November 2004 bagi Daerah Johor Baru.
“Penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta adalah berdasarkan harga semasa pada November 2004 yang mana lebih tinggi daripada 2002 dan ini menyebabkan pertambahan kos yang ketara,” 
Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007.
Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikat Lembaga Beras Nasional (Bernas) yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim.
Manakala peruntukan yang tidak mencukupi mengakibatkan kerajaan masih belum membayar insentif kepada pesawah berkenaan.
Laporan Audit turut mengesyorkan kerajaan memastikan perjanjian penswastaan antara kerajaan dan Bernas dimuktamadkan.

Laporan Audit berpuas hati prestasi kewangan Selangor

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam secara umumnya berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan,” laporan Audit berkenaan dipetik.
Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010, berbanding RM1,319.97 juta pada 2009.
Bagaimanapun hasil kerajaan negeri berjumlah RM1,571.50 juta menurun RM192.36 juta berbanding 2009  sebanyak RM1,763.86 juta.
Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 berbanding tahun sebelumnya.
“Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri,” laporan itu dipetik.

Namun, pulangan atas pelaburan jangka panjang yang dilakukan tidak memuaskan di mana secara purata, kerajaan Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah RM5.89 juta (1.6%).
Manakala pencapaian pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri pula, secara umumnya dicatatkan berada pada tahap sangat baik, jelas laporan itu.
Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM58.91 juta (5.5%) menjadi RM1,004.64 juta berbanding RM1,063.55 juta pada tahun 2009.
Penurunan ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membayar balik hutang sejumlah RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan Projek Ladang Hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta.




Blog Archive

tambah panas

Followers