Thursday 20 October 2011

aziz bari digantung kerja UIA

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.


Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.


penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Prof Dr Aziz Bari, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.




Blog Archive

tambah panas

Followers