kejadian bulan dilingkari bulatan dapat disaksikan diseluruh negara malam tadi mulai sekitar jam 10.00 hingga 12.00mlm.
LUNAR HALO EFFECT nie terbentuk apabila berlaku pembentukan crystal ice kecil pada ketinggian lebih dari 20,000 kaki. Bila bulan atau matahari terpacak selari dengan bumi biasan dari cahaya bulan dan matahari akan reflect pada permukaan crystal ice ini. So jadi ler LUNAR HALO EFFECT .Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu. Fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.
Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak. Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (kerana bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari), maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan.
Fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais. Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais. Ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah.
Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui segala kejadian.
Wallahuallam...