Sunday, 23 October 2011

Pelumba Honda maut di Litar Sepang



Gambar kombinasi menunjukkan urutan (atas ke bawah, kiri ke kanan) Marco Simoncelli (pakaian putih) ketika terlibat dalam kemalangan membabitkan pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducatis Valentino Rossi di Litar Sepang hari ini. – Foto Reuters
Penunggang Honda Marco Simoncelli meninggal dunia kerana cedera parah dilanggar dua pelumba lain dalam perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepangg di sini petang ini.
Dia dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala.Simoncelli berusia 24 tahun.
Dalam pada itu, perlumbaan dibatalkan berikutan kematian Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Dr Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC, lapor Bernama Online.
Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.

Blog Archive

tambah panas

Followers