Monday 10 October 2011

Kerajaan batal kenaikan elaun ahli parlimen


 Kerajaan pada Isnin menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun bagi kemudahan 222 ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan penarikan semula cadangan berkenaan dibuat berdasarkan bantahan empat pemimpin utama pembangkang.
Menurut beliau, penarikan tersebut membabitkan peruntukan kira-kira RM30 juta daripada Bajet 2012.
Menurut Mohamed Nazri, empat Ahli Perlimen yang membuat bantahan keras berkenaan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; SetiausahaAgung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun ahli Parlimen sekiranya mendapat sokonganpenuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan bebas.

Blog Archive

tambah panas

Followers