There was an error in this gadget

Monday, 12 August 2013

fonomema angkasa malam ini pada syawal petanda kiamat?

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi."Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan. 
Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama, 11 Ogos 2013.

Sunday, 11 August 2013

letupan bom di Tumpat....kini senjataapi bunuh dan letupan ?

Anggota polis memeriksa mayat Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 yang mati akibat satu bungkusan yang diletakkan di atas bumbung sebuah kereta yang diambilnya tiba-tiba meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di Tumpat, Ahad. Foto BERNAMA

Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.
"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ditempat kejadian.
Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam Sabtu bagi meraikan Aidilfitri.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.
Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.
Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.
Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.
"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.
Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian.
Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Monday, 5 August 2013

Aidil Zafuan Cerai Rita Guna SMS

DARI AWAL PERKAHWINAN SUDAH BERMASAALAH...KINI MASALAH ITU HAMPIR SELESAI DENGAN PENCERAIAN PELAKON RITA RUDAINI DAN PEMAIN BOLA AIDIL ZAKUAN
 Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.
Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.

Saturday, 3 August 2013

Pegawai Kanan Polis Didakwa Rogol Gadis 13 Tahun

Rohaizat (tengah) meninggalkan mahkamah bersama isteri dan peguamnya.


 Seorang pegawai kanan polis didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun.
Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 54, bekas ketua unit D7 di ibu pejabat polis Sabah yang juga pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Setiu tahun lalu didakwa merogol gadis tersebut di sebuah bilik hotel di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 1 Februari tahun lalu.
Rohaizat turut didakwa meliwat gadis tersebut pada hari dan tempat yang sama selain mengulangi perbuatannya itu kira-kira pukul 10 pagi keesokan harinya.
Ketika pertuduhan keempat merogol gadis di hotel yang sama sekitar Mei tahun lalu dibacakan, beliau bertanya:"Apa, tiada tarikh?"
Beliau kemudiannya menggelengkan kepala dan berkata:"Tidak bersalah."
Beliau turut menulis nota apabila pertuduhan awal dibacakan dan menjawab 'Tidak bersalah' setiap masa dengan jelas dan lantang.
Rohaizat yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang tiba di mahkamah dengan memakai jaket dan berseluar gelap serta ditemani isterinya.
Bapa kepada dua orang anak itu menutup mukanya dengan surat khabar apabila melihat pemberita dan jurugambar ketika memasuki bilik perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin meminta ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan amat serius.
Peguam Ram Singh yang mewakili Rohaizat bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memegang jawatan pegawai kanan polis dan dia tidak akan melarikan diri.
Ram berkata Rohaizat sanggup melaporkan diri kepada ibu pejabat polis Pulau Pinang dua kali seminggu jika perlu.
Beliau juga menggesa ikat jamin minimum RM5,000 ditetapkan untuk setiap pertuduhan tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ismail Berahim bagaimanapun menetapkan jumlah tersebut kepada RM40,000 dan membenarkan Rohaizat dibebaskan selepas menetapkan 9 hingga 13 Disember ini untuk tarikh perbicaraan.
Jamil berkata, pihak pendakwaan mempunyai senarai seramai 25 orang saksi tetapi belum menentukan berapa ramai yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.-TS

tambah panas

Followers