Sekumpulan penguat kuasa DBKL merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, kira-kira jam 1.45pagi tadi.
“Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!” tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.
“Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?” tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.
---------------------------------------------------------------
+ Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik kepada sesiapa yang layak?
+ Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih?
+ Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah?
+ Kenapa orang mati masih layak mengundi?
+ Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari?
+ Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya?
+ Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12?
+ Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali ganda pada 2004?
Terkini, Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia.