Sunday 22 April 2012

menteri Sabah kemalangan jalanraya


Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kenderaan yang dinaiki oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun yang terlibat dalam kemalangan setelah kereta yang dinaikinya terbabas berdekatan Hotel Airport View, di KM6, Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, awal pagi Ahad. Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, kereta jenis Toyota Prado yang dipandu pemandunya, Yousriesyah Hujin, 33, tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan. Azizah dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman selepas dimasukan ke Hospital Queen Elazaberth 2.-fotoBERNAMA 



Menteri di Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun terselamat dengan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar pagar besi sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kepayan di sini pada pukul 7.45 pagi Ahad.
Azizah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, doktor dilaporkan memberi rawatan pesakit luar dan kecederaan itu dijelaskan sebagai kecederaan minor.
Bagaimanapun, pengawal peribadi beliau, Sairul Hamid, 51, dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan kaki yang serius dan mungkin memaksa doktor memotongnya.
Pemandu, Yousrie Syah, 33, juga mengalami kecederaan dan berada di bawah pemerhatian hospital.
Difahamkan Azizah dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampungnya di Beaufort apabila pemandu yang memandu Toyata Prado dikatakan hilang kawalan di Km6 Jalan Kapayan-Lok Kawi sebelum melanggar pagar dan sebahagiannya terbabas ke dalam sebuah longkang.
Azizah dan pemandu telah dibawa ke hospital oleh polis manakala ambulans membawa pengawal peribadi.
Seorang pembantu Azizah berkata bahawa beliau dalam keadaan baik walaupun terkejut dengan kejadian itu.
Beliau dalam perjalanan pulang ke Beaufort untuk menghadiri tiga majlis rasmi.

Blog Archive

tambah panas

Followers