Monday, 30 April 2012

ORI jangan tertipu! berita bergambar Bersih 3.0 - mari kongsi gambar siapa yang ganas





 

(Seorang peguam Mohd Hanijam (gambar kiri) yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan.Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam.
Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya.
Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu.
Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan.
Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya.)
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (gambar kiri) yang juga dikenali Chegu Bard mendakwa beliau turut dipukul semasa ditahan polis di kawasan Masjid Jamek semalam. Badrul Hisham bekata beliau dipukul sehingga luka di bahagian kepala malah tulang mukanya patah.Tambahnya, beliau dipukul oleh kira-kira 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Pada waktu hampir Maghrib, ketika saya berada di Masjid India, saya ditarik dan dipukul teruk oleh lebih 50 anggota polis di Jalan Tunku Abdul Rahman kemudian ditarik dan dibawa ke Dataran Merdeka. 
Beliau berkata perhatian hanya diberikan kepada tindakan ganas yang dilakukan peserta BERSIH. sebagai contoh, ianya berlaku di depan mata saya di Sogo, anggota polis membawa kereta dan merempuh seterusnya melanggar peserta BERSIH sehingga ada yang terperosok di bawah kereta.
“Malah peserta yang tiada pilihan lain bertindak menterbalikkan kereta terbabit apabila polis tidak menghiraukan permintaan mereka untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mangsa yang cedera teruk terbabit.
“Dan akhirnya polis mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa anggota polis itu meninggal dunia akibat dipukul,” katanya.

Seorang wartawan The Sundimasukkan ke hospital berikutan cedera tulang rusuk dan disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0.radzi razak najib 290412(Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.)
Alyaa Alhadjri ketika dipetik MalaysiaKini, berkata pemeriksaan ke atas Radzi Razak yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, menunjukkan wartawan itu mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya.
Mengikut wartawanMalaysiakini pula, Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan tempat  sedang berdiri kira-kira jam 5.30 petang.
Radzi dikatakan berdiri di sudut persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.
Kata Zulaikha, beliau nampak sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan sebelum menerpa ke sudut persimpangan itu dan ‘nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa anggota paramedik memeriksanya.”
Seorang lagi wartawan Malaysiakini, Nigel Aw kemudian melihat Radzi terbaring dalam keadaan separa sedar dan dikelilingi orang ramai.

     Seorang saksi kejadian kereta polis diterbalik berhampiran kompleks membeli belah Sogo semalam, menceritakan hal sebenar kepada Keadilan Daily.
Muhammad Nasrul Alam Ash’ari, 23, berkata, beliau nampak sebuah SUV polis datang dari belakang dengan laju dan tanpa hon hingga hampir melanggar ambulans dan demonstran.
Selepas itu, beliau berkata, sebuah kereta Waja polis muncul dari arah sama – laju dan tanpa hon – menyebabkan kebanyakan demonstran terkejut lari ke tepi jalan.
Reaksi spontan akibat pemanduan itu, katanya, menyebabkan demonstran marah hingga ada yang membaling botol plastik sambil menjerit meminta polis perlahankan kenderaan.
“Kereta itu kemudian terbabas ke sebelah kanan, melanggar kaki lima dan pokok, sebelum merempuh tiga demonstran yang berada di situ.
“Seorang terpelanting ke tepi, seorang lagi tersepit badan di celah-celah bahagian enjin yang sedia kemek,” katanya ketika dihubungi.
Nasrul bagaimanapun tidak pasti keadaan seorang lagi yang turut dilanggar berikutan suasana kelam kabut ketika itu.
Beliau berkata, sebilangan demonstran mengusung lelaki yang terpelanting ke ambulans sementara sebilangan lain membawa keluar seorang polis dari kereta itu.
“Lelaki yang terpelanting itu cedera di mulut dan perut tetapi saya tidak pasti sejauh mana teruknya kecederaan mangsa.
Katanya, anggota polis itu kemudian dibawa ke ambulans sama dan pada masa itulah kereta dialih dengan menterbalikkannya untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit itu.
Ketika berbuat demikian, Nasrul berkata, sebilangan anggota polis dilihat menuju ke tempat kejadian, menyebabkan ramai lari bertempiaran termasuk beliau.
“Apabila kembali ke situ, kereta sudah pun diterbalikkan dan sejumlah anggota polis sedang menangkap demonstran yang memakai baju Bersih,” katanya.


Blog Archive

tambah panas

Followers