Sunday, 3 July 2011

Penyanyi Hatan nak kahwin.

Penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 46, kini telah bersedia untuk berumah tangga semula tetapi masih belum menemui calon yang sesuai untuk disunting sebagai isteri.
"Ketika menunaikan umrah baru-baru ini, saya berdoa agar ditemukan seorang isteri yang baik dan solehah. Kalau diizinkan saya mahu berkahwin pada tahun ini.
Terus-terang saya tidak kisah pun siapa calonnya tetapi masalahnya memang tiada. Seandainya ada jodoh, saya sudah bersedia tetapi seandainya tiada saya reda," katanya.

"Pada usia begini, sudah tiba masanya untuk saya berhijrah pada perkara-perkara kebaikan. Hijrah itu memadailah dalam diri saya iaitu menjaga tanggungjawab sebagai Muslim dan ketua keluarga.
"Saya masih Hattan yang dulu dan tidak perlu berlaku perubahan drastik pada imej pula," 

Blog Archive

tambah panas

Followers