Monday, 18 July 2011

Kastam padam butiran cincin berlian Rosmah?


Sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah.


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


“Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah ‘down’ hampir 3 jam.
“Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura,” kata Chegu Bard.
Katanya lagi, borang yang dinamakan ‘borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini.



Kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian  tersebut menggunakan ‘hand carry’ dan borang secara manual keluar ke Singapura.
Chegu Bard berkata, sumber itu juga  memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois.
“Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula,” Chegu Bard memetik sumber tersebut.
Bagaimana pula dengan gelang ‘zebra’ dan jam ‘zebra’ yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?,” soal beliau.

Blog Archive

tambah panas

Followers