UM dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pelantikan semula itu adalah selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 12(1) Perlembagaan UM, menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online.
Ghauth mula berkhidmat sebagai Naib Canselor UM pada November 2008 dan sebelum itu pernah memegang jawatan sebagai Presiden Pengasas Universiti Multimedia selama 11 tahun.