Kebanyakan sekolah-sekolah diseluruh negara telah mengagihkan habuan rakyat RM 100 untuk anak sekolah mulai Selasa. Namun sebuah sekolah rendah diKelang tidak membuat agihan tersebut. Tinjauan mendapati ramai ibubapa keliru, resah dan tertanya-tanya kerana semua sekolah telah hampir selesai membuat pengagihan sedangkan musim persekolahan berbaki beberapa hari lagi.
Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Kelang Selangor masih tidak berbuat apa-apa dan tidak menampakkan sebarang tanda pengagihan wang trersebut sehingga kehari ini.
Sidang pengarang menerima beberapa e-mail menyatakan kebimbangan ibu-bapa yang masih tidak mendapat habuan tersebut.Pihak sekolah telah dihubungi dan memberikan jawapan menyatakan hanya selepas 22Nov atau selewat-lewatnya pada bulan February tahun 2012?
Menurut Guru Penolong Kanan Pn. Hashimah ini kerana gurubesar belum balik dari menunaikan haji dan menyatakan pembayaran kepada ibu-bapa hanya melalui cek.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.
"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.
"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan 'cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.
Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.
Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.
"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong makin terbebanlah rakyat.
"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA