Thursday, 23 February 2012

Kondominium NFC dibeli tanpa kelulusan lembaga pengarah


Pelaburan hartanah Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) telah dijalankan tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya, akhbar harian Inggeris the Sun melaporkan hari ini.
Kondominium di Marina Bay Suite, Singapura yang dibeli keluarga Shahrizat
Menurut muka depan akhbar itu, yang turut disiar Malaysiakini, melaporkan tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media.
Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas penyelewengan NFC, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun.
“Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi,” kata sumber itu.
KEADILAN sebelum ini membongkar pembelian hartanah oleh NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dari dana RM250 juta yang diperuntukkan kepada NFC.
Antaranya membeli dua unit kondominium di One Menerung Bangsar dan tiga lagi di Singapura berjumlah lebih RM50 juta, selain dua lot tanah di Putrajaya Jaya atas nama suami dan anak Shahrizat.
Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan.
Menurut akhbar itu lagi, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan berhubung perbelanjaan daripada dana pinjaman mudah RM250 juta yang disediakan oleh kerajaan.

Blog Archive

tambah panas

Followers