Sunday 24 November 2013

Sultan Johor titah cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengumumkan perubahan cuti hujung minggu Johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014 pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar Johor pada Sabtu. Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan).-Foto BERNAMA
 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.
"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja, Muar.
Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

tambah panas

Followers