Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.
Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan), ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.
Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.
Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.
AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17 microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia.