Wednesday, 7 March 2012

Pembunuhan Altantuya tanpa motif -Hakim

Penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motifuntuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.  
Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.
"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.
“Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.
“Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.
Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Blog Archive

tambah panas

Followers