Thursday 28 April 2011

Kuan Yew menang tanpa bertanding

 Menteri Mentor, Lee Kuan Yew dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen Tanjong Pagar selepas pembangkang, Perikatan Demokratik Singapura (SDP) tidak menghantar wakil untuk bertanding sehingga masa penamaan calon berakhir semalam.
Kuan Yew yang merupakan bekas Perdana Menteri Singapura menang tanpa bertanding di kawasan itu sejak 1991.
Menurutnya, beliau mahu melihat seseorang bertanding bagi menentangnya tetapi pasukan SDA tidak hadir pada waktu penamaan yang ditetapkan menjelang pukul 12 tengah hari.
"Semua orang tahu bahawa anda perlu mengisi dokumen menjelang pukul 12 tengah hari. Justeru ia adalah percubaan tidak bersungguh-sungguh yang menunjukkan mereka mahu bertanding," kata Kuan Yew selepas beliau menang tanpa bertanding.
Menurut laporan agensi berita Bernama, dalam ucapan terima kasihnya yang dilapor televisyen tempatan, Channel NewsAsia, Kuan Yew memberi jaminan bahawa beliau akan berkhidmat untuk penduduk Tanjong Pagar bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sementara itu, Jabatan Pilihan Raya Singapura menyatakan, parti-parti pembangkang buat pertama kali meletakkan calon paling ramai yang bertanding sejak republik itu memperoleh kemerdekaan pada tahun 1965.
Calon-calon dari enam parti pembangkang akan bertanding di 82 kerusi manakala PAP bertanding di 87 kerusi.
Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong berdepan dengan pilihan raya umum kedua selepas beliau menjadi perdana Menteri pada 2004.
Parti PAP sudah menguasai politik Singapura lebih lima dekad. - Agensi

Blog Archive

tambah panas

Followers