Saturday, 9 April 2011

Rasuah RM122,140 empat pegawai Imigresen dibicara bersama

Berita Harian hari ini melaporkan Empat daripada lapan pegawai Imigresen yang didakwa memperoleh suapan bernilai RM122,140, pagi kelmarin, bakal dibicarakan bersama, bermula 13 Julai ini. 

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan permohonan pendakwaan untuk keempat-empat tertuduh, Ahmad Zahed Abd Alim, 28, Mohd Hafiz Zakaria, 27, Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26 dan Azmir Mahadi, 28, dibicarakan bersama berikutan ia membabitkan saksi sama dan lebih memudahkan serta menjimatkan masa mahkamah.

Selain itu, ia juga membabitkan transaksi yang sama dan ia tidak bersifat prejudis kerana semua tertuduh bukan didakwa bersama.

Blog Archive

tambah panas

Followers