Wednesday, 20 April 2011

Lynas hasilkan 20,000 tan sisa radioaktif


Ramai penduduk tempatan menentang syarikat perlombongan Lynas, daripada membina loji nadir bumi di Gebeng Kuantan, dan jumlahnya semakin membesar untuk bergabung tenaga bagi membantah projek itu.
Portal dalam talian Malaysiakini hari ini memaparkan ketakutan dan perasaan marah penduduk di kawasan sekitar tempat pembinaan loji berkenaan apabila ramai penduduk tempatan tidak yakin dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut.
Salah seorangnya Pekerja pelabuhan Kuantan, Saufi Harun, 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3 kilometer dari tapak projek berkenaan.
“Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut. Ada yang tak kena,”  ujarnya.
Saufi, bapa kepada enam orang anak pula mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari loji Lynas.
Beliau juga memberitahu pernah mendengar  keluhan penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan yang dialami mereka akibat kesan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia.
“Bila anda sebut ‘radioaktif’, penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang,” katanya.
Abdul Majid Ishak, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana pula, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya.
Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan tempat tinggal nya jatuh menjunam.
Lynas sebelum ini telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan kini sedang menjalankan projek itu yang dijangka siap pada September.
Syarikat itu kononnya memberi jaminan bahawa operasi loji tersebut tidak akan mengeluarkan radiasi, dan berbeza dengan loji  Asia Rare Asia yang ditutup di Bukit Merah, Perak, pada 1992.
Bagaimanapun, menurut pakar kesihatan awam, Dr T Jayabalan, projek memproses nadir bumi itu tetap akan menjejaskan kesihatan orang ramai apabila ia menghasilkan sekurang-kurangnya 20,000 tan sisa radioaktif setahun setelah beroperasi kelak.
“Walaupun Lynas dan Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menyatakan tahap radiasi lebih rendah, tetapi ianya akan berbahaya apabila terkumpul dengan jumlah yang lebih banyk.
“Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng  adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium,” kata Jayabalan.
Beliau juga menegaskan bahawa pelbagai istilah akan digunakan oleh industri bagi mengelirukan rakyat walaupun sedar akan bahaya radioaktif.
“Sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk,” ujarnya.

Blog Archive

tambah panas

Followers