Wednesday 6 April 2011

Pegawai kastam maut jatuh bangunan semasa disiasat SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuahmembabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, dipercayai jatuh dari tingkat ketiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pagi ini


Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.
Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.
"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.
SPRM dijangka mengadakan sidang akhbar petang Rabu..

Blog Archive

tambah panas

Followers